ADUN PKR INANAM AKAN KOSONGKAN KERUSI DUN INANAM

OLEH: THOMAS SUNGGIUK


KOTA KINABALU”- Anwar Ibrahim adalah pakar strategi Pakatan Rakyat. Langkah Kajang tidak pernah terfikirkan oleh siapa. Kini, langkah Inanam juga merupakan satu langkah Anwar, jika benarlah sepertimana kenyataan yang dimuatnaik pada laman FB ADUN Inanam itu.

Pengumuman ADUN PKR Inanam Dr Roland Chia Ming Shen untuk mengosongkan kerusi itu melalui laman facebook pada awal hari Rabu dengan menyatakan masalah kesihatan adalah puncanya,kalau benar-benar berlaku memang salah satu strategi Anwar bagi menjawab Lapran RCI PATI Sabah yang diumumkan pada 3 Disember.

Anwar mentafsir kenyataan Pemimpin Utama DAP Lim Kit Siang, jika Laporan RCI diumumkan sebelum PRU-13, maka Sabah kini bukan lagi diperintah BN, sebaliknya oleh Pakatan Rakyat.

Dun Inanam merupakan kawasan campuran Bukan Islam, Islam dan Cina, dengan komposisi 25%-44%-31%. 

Dun Inanam terletak dalam Parlimen P171 Sepanggar, di mana penyandangnya adalah Umno yang dimenangi oleh calon UBN Datuk Jumat Idris pada PRU-13 lalu. Parlimen Sepanggar sememangnya wilayah BN.

Pada PRU-13 lalu, DUN Inanam yang diwakili PBS sejak tahun 1985, kalah kepada calon PKR Dr Roland Chia. Sementara Dun Karambunai pula masih dimenangi calon UBN.

Dun Inanam pada tahun 2013 mempunyai 24,403pengundi. Berasaskan jumlah yang turun mengundi sebanyak 19,653 (80.54%) kemungkinan pecahan yang mengundi menurut kaum adalah bumi islam-8,647, bumi bukan islam 4,913 dan kaum cina 6,093.

Keputusan PRU-13 calon BN mendapat undi 5,724, calon PKR 8,926, manakala calon SAPP 5,003 undi.

Melihat kepada jumlah pengundi islam yang mengundi dibandingkan dengan undi yang diperoleh Bn, menggambarkan bahawa pengundi islam tidak sepenuhnya menyokong Bn.

Trend pengundian bagi Dun itu pada PRU-13 bukan dicerminkan oleh komposisi kaum, melain kombinasi berbagai kaum.

Daripada jumlah undi, calon yang menang hanya mendapat 45.42 peratus, ertinya pemenang tidak mendapat undi popular. Calon Bn mendapat 29.13 peratus undi popular, manakala SAPP salah satu parti pembangkang mendapat 25.46 peratus undi popular.

Memandangkan Laporan RCI tidak diterima oleh kaum KDM termasuk para pemimpinnya, maka PR memanfaatkan situasi itu untuk mencipta memontum bagi memperlancar usaha mereka mendapatkan seberapa banyak kerusi di Sabah. Sabah dan Sarawak merupakan penghalang utama PR merampas Putrajaya bagi PRU yang telah dijalankan.

Jika berlaku PRK Inanam, maka ianya flatform BN terutama parti-parti komponen Bn yang berpaksi kepada KDM. Visi Do or Die mungkin akan berlaku. POSTED BY FREE SANDAKAN TODAY 




CAPS DESAK KPDNKK AGAR SIASAT TONG-TONG GAS KOSONG DISELUDUP KE FILIPNA


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Pertubuhan Perlindungan  Pengguna Sabah  (CAPS) mendesak pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya menyiasat tentang kekuranan tong/botol gas sama ada jenama Petronas dam mahupun Shell diseluruh  pelusuk daerah di negeri ini.

Timbalan Presiden CAPS merangkap Pengerusi Pertubuhan Perlindungan Pengerusi Sabah Bahagian Sandakan Hj  Ali Ahmad berkata demikian kepada media ketika mengulas sebuah berita yang tersiar diportal online Sabahkini.Net  yang beertajuk “Kekurangan Tong Gas Kerana Diseludup Ke Filipina” tarikh 18hb Disember 2014.

Ali berkata pihak CAPS sejak kebelakangan ini banyak menerima aduan daripada pengguna tentang kekurangan tong gas dua-dua jenama itu dijual dipasaran sekarang ini.

“Kalaupun ada tong gas kosong dijual hanya dikedai India sahaja dengan harga setong RM200.00 dan tong berisi pula dijual harga RM350.00” katanya.


Katanya lagi agen-agen penjual gas Shell atau Petronas lebih cenderongu8ntuk   menjual tong-tong  gas kosong kepada pelanggan dari negara Filipina kerana hara setong kosong mencecah RM250.00
 

“Disebabkan tiada pemantauan  ketat dilkukan oleh pihak kementerian yang bekenaan maka  barang-barang di negara ini dengan mudah diseludup ke nagara jiran salah satu sebab para peniaga di sini mahu mengaut keuntungan yang lebih  besar dan sebagai contoh macam gula mereka seludup ke Filipina harga sekilo RM350.00 minyak ma harga biasa RM2.50 mereka jual kepada pengguna Filipina RM3.60 sebungkus” katanya.ujarnya.

PM DIGESA UNDUR DIRI JIKIA SAYANGKAN UMNO.....SYED ROSLI


OLEH:  KARUNAKARAN A/L RAMASAMY


KUALA LUMPUR:- Suara tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, sehingga sokongan Melayu pada Umno melemah, mencetuskan hasrat akar umbi parti itu mendesak beliau berundur.

Ketua Penerangan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata, anggota cawangan itu menganggap Najib "liabitliti teramat besar" kepada BN, selain kelemahan sokongan Cina dan India.

Calon ketua Pemuda Umno pada pemilihan lalu itu berkata akar umbi merasakan khidmat Najib "tidak diperlukan" dan "lebih baik berundur secara terhormat" sebelum pilihan raya umum ke-14 demi memberi nafas baru kepada Umno.

"Jikalau Datuk Seri betul-betul sayangkan Umno dan BN maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundurlah," katanya Syed Rosli dalam surat terbukanya kepada presiden Umno itu.

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang teramat kepada Datuk Seri yang telah juga banyak berjasa kepada kami namun disebabkan liabiliti yang teramat besar dan kuat untuk kami tanggung maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundur," katanya lagi.

Bagaimanapun Syed Rosli yang juga penolong setiausaha Pemuda cawangan enggan menjelaskan lebih terperinci desakannya itu kerana bimbang disaman oleh Najib.

"(Tetapi) bantulah kami supaya menjadi kuat semula dengan Datuk Seri berhenti," katanya.

Kritikan terbuka terhadap pentadbiran Najib semakin jelas sebelum ini apabila pelbagai pihak termasuk mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengenai firma pelaburan negara 1MDB.

Selain itu, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman turut mengkritik Najib supaya tidak menipu rakyat dan menjelaskan perkara sebenar isu-isu yang berbangkit dalam negara.

NGO pendesak Melayu PERKASA turut mendesak Najib supaya mengurangkan lawatannya keluar negara, menumpukan perhatian kepada pentadbirannya atau berdepan kehilangan jawatan. POSTED BY SABAHKINI.NET

POLIS DAN IMIGERESEN GAGAL PANTAU PENGEMIS DARI CHINA BERGELANDANGAN DI BANDAR SANDAKAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: MUSTAFAH MOHD HASSAN

SANDAKAN:- Sejak beberapa hari kebelakangan ini terdapat  beberapa orang wanita asing dari China berkeliaran di sekitar bandar Sandakan mengemis.

Mereka memakai seluar  blue jean ada macam  yang tak kena sambil menyebut perkataan “Oooo ne topho” chin ooo dan bilangan mereka yang mengemis itu bukan satu atau dua orang malahan ramai gelandangan di bandar ini.

Kenapa Jabatan Imigeresen dan pihak polis tidak bertindak untuk menangkap para pengemis wanita asing dari China dan membiarkan mereka untuk meneruskan melakukan perkara itu.


“Fenomena itu kalau dibiarkan begitu saja tanpa adanya tangkapan dibuat oleh Jabatan Imigeresen atau polis nescaya ia boleh merebak dan menular lebih ramai lagi rakyat asing khususnya dari China itu melakukan perkara sedemikan” kata Jurucakap itu.

ADUN TG PAPAT DIGESA AMBIL TINDAKAN TERHADAP ORANG GELANDANGAN DI BANDAR

CATATAN DARI MEJA PARLIMEN SANDAKAN



Di bawah arahan Ahli Parlimen  Sandakan Stephen Wong (DAP), pembantu khasnya Amsi Liew telah mengatur lelaki terbiar yang dimandikan oleh lelaki baik hati dalam video yang tersebar hangat di Internet, untuk mendapatkan rawatan dan bantuan daripada hospital dan Jabatan Kebajikan.

Semasa Amsi Liew menjumpai lelaki terbiar tersebut di bandar, Liew mendapati lelaki tersebut telah buta dan menjangkiti penyakit kulit, tidak dapat berjalan, lemah dan hanya mencangkung di tepi jalan. Lelaki terbiar tersebut difahamkan bernama Ahmad Bin Lajim, berlahir di Sandakan pada tahun 1952, kaum Kadazan, umur 62 tahun, tiada keluarga.

Disebabkan keadaan lelaki terbiar itu agak serius, Liew telah menghubungi ambulans untuk menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi pihak hospital tidak dapat mengenal pasti sama ada lelaki terbiar itu adalah warganegara Malaysia, dan atas sebab Jabatan Kebajikan juga tidak menerimanya, oleh itu tidak dapat memberikan rawatan kepada lelaki terbiar tersebut.

Oleh yang demikian, Liew cuba mendapatkan maklumat lelaki terbiar tersebut melalui orang ramai di kawasan bandar yang dia selalu berada, dan mendapati dia tinggal di Sim-Sim sebelum ini, tetapi telah lama merayau di bandar.

Akhirnya, Liew menyemak senarai nama pengundi dan mendapati terdapat seorang mempunyai nama dan umur yang sama dengan lelaki terbiar tersebut. Liew seterusnya menyemak di Jabatan Pendaftaran untuk membuat pengesahan. Menurut siasatan, nama yang terdapat di senarai pengundi tersebut didaftar dengan nombor IC yang lama, tetapi pada ketika itu jabatan berkenaan tidak dilengkapi dengan kemudahan komputer, oleh itu kini gagal untuk menunjukkan gambarnya. Yang hanya dapat dikenalpasti ialah kad pengenalan tersebut tidak pernah diperbaharui sejak berpuluh tahun dahulu, dan tiada rekod kematian.

Menurut pegawai Jabatan Pendaftaran, pengesahan identiti lelaki terbiar tersebut hanya dapat dibuat melalui pemeriksaan cap jari, dan oleh kerana dia cacat penglihatan dan tidak dapat berjalan, kerja pengesahkan identiti melalui cap jari hanya dapat dilakukan apabila Jabatan Pendaftaran mengadakan perkhidmatan mudah-alih.

Liew berkata, oleh kerana pihak hospital menggesa lelaki terbiar tersebut meninggalkan hospital pada hari yang sama, akhirnya mereka terpaksa membantu lelaki terbiar itu membuat laporan polis. Dengan adanya laporan polis, maka dia dapat menerima rawatan di hospital buat sementara waktu, yang selainnya hanya dapat diaturkan selepas pengesahkan identitinya.

Berhubung dengan masalah yang dihadapi oleh lelaki terbiar tersebut, Liew meminta Timbalan Ketua Menteri merangkap ADUN Tanjung Papat Datuk Raymond Tan dan Unit Kemajuan Masyarakat Tanjung Papat untuk memandang serius terhadap masalah orang terbiar di bandar. Liew juga menyifatkan kes sebegini hanyalah sebilangan kecil antara semua, ramai lagi orang yang bertualang di bandar Sandakan.

Katanya, orang yang terbiar dan merayau di bandar menjejaskan imej bandar Sandakan, dimana kawasan tersebut adalah "wilayah" Datuk Raymond Tan. Jika beliau berniat untuk membantu, masalah orang terbiar di bandar pasti dapat ditangani, tetapi sehingga kini beliau belum lagi mengambil tindakan.


KERAKUSAN PEMBANGUNAN SANGGUP MEROBOH PASAR LAMA SANDAKAN MERUPAKAN KHAZANAH WARISAN



SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI

 
KERAKUSAN pihak tertentu untuk kepentingan diri sendiri sehingga menyebabkan bangunan Pasar Umum di daerah Sandakan yang merupakan khazanah warisan diroboh begitu saja.

Seharusnya bangunan ini dikekalkan sehingga hari ini kalaupun pihak tertentu hendak menambahkan bangunan yang lain seperti yang ada sekarang ini akan tetapi bangunan Pasar Umum lama janganlah diroboh dikekalkan.


Alang kah baiknya bangunan pasar lama  itu dinaik taraf  dijadikan pasar seni sebagai  pusat perniagaan barang-barang antik atau produk-produk diperbuat daripada anyaman atau  buluh dan rotan.


Dengan adanya pasar seni bagi menempatkan jualan produk-produk tempatan itu  sudah tentu  ini satu tarikan kepada para pelancong luar dan dalam untuk berkunjung dipasar itu.
 

Pasar Umum lama itu banyak membawa kenangan manis kepada masyarakat setempat khusus anak watan Sandakan  kerana bermacam-macam jenis perniagaan yang ada didalam pasar itu, selain tempat menjual sayur-sayuran,buah-buahan ikan masin itu  di bahagian bawah manakala disebelah atasnya tempat menjual pakaian,barang-barang runcit dan gerai makan minum.


Sepatutnya pihak yang berkenaan sebelum  merobohkan bangunan pasar umum itu terlebih  dahulu minta pandangan daripada orang-orang tertentu yang tahu tentang sejarah pembinaan pasar itu kerana bangunan pasar lama itu  boleh dijadikan khazanah dan warisan  turun-menurun hingga ke cucu cicit.


Dalam beberapa buah bangunan lama yang masih kekal sekarang selain bangunan pejabat Pos, masjid jamek dan bangunan Mahkamah Tinggi ini  khabarnya tak lama lagi akan diroboh.


Yang paling ketara sekali Masjid Jamek  nyaris-nyaris diroboh ini mengenai   status tanahnya pula  mujurlah ada beberapa hamba Allah yang berani menentang untuk mempertahankan  kedudukan masjid yang berusia lebih 100 tahun itu kalau tidak musnah juga seperti pasar lama.
 

Sayang sekali bangunan Pasar lama diroboh  bagi generasi baru kelahiran pada 2003 sudah pasti  tidak dapat melihat bangunan khazanah itu mereka boleh melihat daripada gambar sahaja apapun fenomena itu sudah berlaku “nasi sudah menjadi bubur”





KEMALANGAN DIJALAN SIMPANG BELURAN TIADA KELANGAN JIWA DILAPORKAN


OLEH:  GEORGE WONG

SANDAKAN:- Satu kemalangan  berlaku antara Pacuan 4 Roda DMax dengan sebuah lori di Jalan Sandakan –Kota Kinabalu berhampiran dengan simpang Jalan Beluran kelmarin.

Menurut saksi   tragedi  itu  berlaku ketika itu  hujan lebat dan  jalan tersebut  dalam keadaan licin  diDMax yang  dikatakan coba memotong lori yang membawa muatan  batu tiba-tiba muncul kenderaan lain dari arah bertentangan untuk mengelakan agar  tidak berlakunya pertembungan antara satu sama lain DMax itu kemudian terbabas.

Dalam kemalangan tersebut  tiada  sebarang   kecedaraan dilaporkan hanya mengalami sedikit kerosak pada kenderaan pacuan 4 roda yang terbabas itu.


UTUSAN MALAYSIA DIARAH MEMBAYAR RM250.000 KEPADA LIM KIT SIANG KERANA MEMFITNAH...MAHKAMAH TINGGI

KUALA LUMPUR:- Utusan Malaysia diarahkan membayar RM250,000 selepas didapati bersalah memfitnah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dalam artikel yang memetik “Father Augustus Chen”.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menetapkan bayaran kos RM25,000 kepada anggota parlimen Gelang Patah itu.

“Hore untuk (peguam) Gobind Singh Deo atas kejayaan hebat menentang politik pembohongan,” tulis Lim di Twitter.

Lim sebelum ini memfailkan saman berhubung satu rencana bertarikh di 
Utusan bertarikh 18 Ogos 2013 bertajuk "Kit Siang manipulasi CEC?".


Rencana yang memetik sumber bernama Father Augustus Chen mendakwa Lim memanipulasi kehadiran perwakilan serta pengiraan undi pada kongres parti Disember tahun lalu bagi memastikan kedudukannya 'selamat'.
Posted by sabahkini.net at 12:18 AM



JALAN SEGALIUD....... TUNGGU RAMAI PEMANDU MATI TERLIBAT KEMALANGAN BARU DISIAPKAN SEPENUHNYA?

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO HAJI NASIR MUSLI


GAMBAR MENUNJUKKAN JALAN BERMASALAH.....Tunggu ramai pemandu kenderaan lainnya mampus  terlibat dalam kemalangan yang amat  mengerikan baru projek pembinaan jalan ini disiapkan sepenuhnya itukan yang dimahukan oleh kontractor
































SANDAKAN:- Kegagalan pihak kontraktor penyiapkan sepenuhnya pembinaan semula jalan di Segaliud bermula dari Check Point Sandakan-Kota Kinabalu dan menghala ke Lahad Datu dan Tawau sudah  setahun lamanya kini  telah menimbulkan kontravrsi di kalangan pengguna jalan.

Projek pembinaan jalan itu bermula pada tahun 2013 lagi sehingga kehari ini projek itu belum siap lagi kenapa jalan tersebut tidak diturap atau diaspal seperti sedia kala  apakah masalahannya.
Para pemilik kenderaan yang berulang alik menggunakan jalan itu banyak menhadapi masalah terutama sekali tayar kereta merekadan bukan itu saja semenjak pembinaan jalan tersebut banyak mengundang kecelakaan dalam tempoh 6 bulan saja sudah berlaku kemalangan lebih 16 kali  yang melibatkan kenderaan dan 70  peratus menyebabkan kematian.

Pihak kontraktor nampaknya macam sengaja melambat-lambatkan menyiapkan  sepenuhnya pembinaan projek jalan itu tunggu orang ramai khususnya para pemandu  lainnya mati terlibat dalam kemalangan di jalan  gravel itu itukan yang dimahukan. POSTED BY FST NEWS (FREE SANDAKAN TODAY.)



PENDUDUK PERUMAHAN LPPB DAN SRI TAMAN MENDAPAT KEMUDAHAN REKREASI TERMODEN......AU

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO DAVID ONG

ELOPURA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Datuk Au Kam Wah memberi jaminan bahawa penduduk perumahan LPPB dan Sri Taman di kilometer 6.9 Jalan Utara akan mendapat kemudahan rekreasi moden kini projek pembinaannya  sedang berjalan lancar berhampiran dengan kawawan perumahan tersebut.

Au  berkata demikian  kepada media sejurus selepas dalam rangka lawatan ketapak projek tersebut  bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (MMP) sambil diiringi Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakat Dalam Bandar (JKDB) Datuk Haji Alipudin KK Puyon dan Pengerusi Rukun Tetangga Sri Taman Hussien Sukan kelmarin.

Selanjutnya beliau juga memberitahu bahawa projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia ini dilaksanakan bawah rancangan Jabatan Landskap Negara bagi membina sebuah taman dengan kemudahan – kemudahan rekreasi dan landskap supaya menggalakkan penduduk berdekatan untuk bersenaman dan riadah.

Katanya Taman rekreasi baru ini mempunyai sebuah padang bola sepak luar, dan juga sebuah taman permainan bagi kanak – kanak yang lebih  luas, di mana lantai bagi kawasan tersebut akan diliputi dengan pad getah bagi menjaminkan  keselamaan.


“Di samping itu, terdapat juga plaza riadah dan kecergasan dengan kemudahan beberapa peralatan kecergasan, menawarkan lokasi yang sesuai dan selamat kepada penduduk untuk menjalankan aktiviti kesihatan yang mudah.
 Bangku – bangku batu dan laluan pejalan kaki simen juga akan dibinakan di sekeliling taman serta untuk mewujudkan persekitaran yang hijau dan nyaman, pihak berkuasa juga akan menanam pokok di sekitarnya.: Ujarnya
Tambahnya walaupun projek pembinaan baru sahaja dilancarkan, namun keseluruhan projek ini dijangka akan siap sepenuhnya  dalam masa terdekat ini  dan akan terbuka kepada orang ramai selepas penyiapan.

Sementara Pengerusi JKDB Sri Taman dan Pengerusi Rukun Tetangga Sri Taman disaran supaya mewujudkan program mengajar penduduk tempatan dan kanak – kanak tentang penggunaan dan penjagaan harta awam supaya mengelakkan berlakunya vendalisme kemudahan taman tersebut kerana pernah kemudahan yang baru dipasang telah dirosakkan sepenuhnya dalam masa 1 minggu sehingga orang lain tidak dapat menggunakannya.

Au  memandang serius  terhadap isu – isu penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan taman rekreasi dan  berharap penduduk tempatan supaya menghargai dan memelihara harta benda awam yang disediakan khususnya kemudahan yang direka cipta, kerana apabila peralatan ini dirosakkan ia amat sukar diperbaiki.


Au berkata  lagi bahawa Perumahan LPPB adalah kawasan Elopura pertama mempunyai taman rekreasi moden, halatuju pembangunan seterusnya pada tahun hadapan akan memberi tumpuan lebih dalam menaiktaraf kemudahan di taman – taman rekreasi di sekitar kawasan Elopura bagi tujuan  menggalak dan memupuk tabiat bersenam dan tempat riadah yang lebih selesa untuk penduduk  setempat.

Kesimpulannya, beliau turut harap selepas penyiapan Taman Elopura Ujana di bekas tapak terminal bas ekspress, Batu 2 ½ yang dibiayai oleh Kerajaan boleh meningkatkan kesedaran senaman dan kesihatan di Sandakan dalam usahanya untuk mewujudkan masyarakat yang cergas dan sihat. 


HARI AIDS SEDUNIA 1024 DISAMBUT SEDARHANA TAPI MERIAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: DAVID ONG


SANDAKAN: Saban tahun  1hb Disember adalah Hari AIDS sedunia yang disambut merata dunia, ia bertujuan untuk menyedarkan kita bahawa HIV masih menjadikan salah satu wabak ancaman yang paling serius di kalangan masyarakat kita di negara ini.
 


Hari AIDS sedunia juga memberi peluang untuk kita memperingati mereka yang telah dijangkiti HIV dan keluarga mereka, membanteraspenyakit HIV, menunjukkan semangat dan sokongan kita kepada pembawa wabak HIV. Pada waktu yang sama kita juga memperingati yang yang terkorban kerana dijangkiti wabak AIDS

Datin Rosemary Au berkata demikian ketika berucap dimajlis World AIDS Day Charity Dinner 2014 baru-baru ini.

Katanya Menteri Kesihatan Malaysia telah memaklumkan bahawa bilangan kes HIV di negara ini telah menunjukkan penurun an mendadak semenjak 12 tahun yang lalu.

Menurut Menteri berkenaan tambah Rosemay lagi strategic Plan Malaysia telah menetapkan matlamat  mencapai sifar HIV (Getting to Zero)  iaitu sifar infeksi baru, sifar kematian disebabkan AIDS dan sifar baru bayi yang dilahirkan. Dengan usaha gigih itu kita nampak impaknya.

Katanya  mengikut statistic telah menunjukan penurunan kes HIV baru di kalangan penagih dadah dan jangkitan ibu kepada anak, tetapi kes jangkitan melalui seksual masih lagi membimbangkan.

“Kalau   dilihat sepintas lalu semenjak kes pertama HIV pada tahun1986 sehingga September tahun ini telah mencecah seramai seratus  empat ribu dan seratus Sembilan puluh tujuh   kes HIV (104,197) di Malaysia kita juga catat rekod dua puluh satu ribu seratus sebelas kes (21.111) AIDS” ujarnya.


Katanya pada tahun lepas sahaja terdapat seramai  3,393 kes baru di mana 728 adalah terdiri daripada kaum wanita, yang meruncingkan kebanyakan kes ini berlaku menimpa di kalangan surirumah tangga,


AMPONG SARAN AHLI-AHLI UMNO SUPAYA BEKERJASAMA RAPAT DENGAN AHLI-AHLI PARTI KOMPONEN BN

OLEH:  AZMI AZMAN
FOTO: APEK ANSUKOI


SANDAKAN:- Ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) disaran akan sentiasa berganding bahu untuk memikul tanggungjawab masing-masing dalam mempertahakan perjuangan parti BN yang menjadi tunggak dan nadi pemerintahan negara sekarang.


Dengan adanya gadingan mantab dan kerjasama yang intim sesame  ahli komponen BN sudah semestinya jentera BN khususnya di daerah Sandakan dapat menawan semula kerusi BN yang jatuh kepada pembangkang pada PRU 13 lalu.


Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Puyon membuat saranan itu  demikian ketika berucap merasmikan Majlis Program Membara Jasamu Dikenang 2014 anjuran bersama UMNO Bahagian Sandakan dan JASA Sandakan.


“Kekalahan calon BN pada PRU13 lalu ini adalah disebabkan permainan kotor  orang dalam sendiri yang mahu menghancurkan calon BN kecundang  dan sebaliknya memberi ruang kepada calon pembangkang untuk meraikan kemenangan untuk kerusi Parlimen Sandakan” ujarnya.

“Jadi kekalahan itu ia boleh dijadikan satu ikhtibar kepada semua penyokong dan pengundi BN agar fenomena sebegini tidak akan berulang lagi pada masa PRU14 nanti apa yang penting ahli-ahli komponen BN seperti UMNO,LDP, UPKO, PBRS, MCA,MIC dan Gerakan harus berganding bahu untuk menentukan calon BN tidak kecundang sebaliknya meraikan kemenangan yang besar” Katanya.


Tambahnya ahli-ahli diperingkat semua cawangan sama ada Putri, Pemuda dan Wanita UMNO harus bergerak turun padang untuk mencari ahli baru UMNO di samping itu mereka harus membuka kaunter bagi  mengadakan program daftar pemilih baru.

Sambil itu Ampong berterima kasih kepada ahli-ahli komponen BN iaitu LDP kerana setiap UMNO mengadakan apa saja program mereka telah menghantar beberapa orang  ahlinya untuk hadir sama.

Dalam pada itu lebih 40 orang ahli UMNO yang telah berjuang sama-sama dengan  UMNO mula UMNO ditubuhkan di Sabah mereka masing-masing menerima hamper daripada bahagian sebagai menghargai perjuangan mereka. POSTED BY FST NEWS (FREE SANDAKAN TODAY)





BEKAS PRESIDEN PELAJAR FAHMI ZAINOL DIDENDA RM600 DAN DIGANTUNG DUA SEMESTER OLEH UM..


OLEH: KAMARUL AZMAN


SHAH ALAM:- Ekoran perbuatan  seorang pelajar Universti Malaya (UM) yang menjelaja keseluruh negara bagi menghasut para mahasiswa UiTM dan lain-lain Universiti  supaya membencikan kerajaan yang ada sekarang pihak UM terpaksa menggantung pengajian mantan presiden Persatuan Fahmi Zainol selama dua semester dan didenda RM600.00

Dia didakwa antara lain menganjurkan ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus tanpa kebenaran universiti itu.

Fahmi adalah antara dua daripada lapan pelajar yang menghadiri pendengaran tatertib hari ini, yang digantung pengajian.

Pelajar Safwan Shamsudin digantung pengajian selama satu semester berkuatkuasa serta merta, didenda dan diberi amaran, kata Fahmi di laman Facebooknya.

Empat yang lainnya diberi amaran dan didenda RM150 setiap seorang.


Khairol Najib pula merupakan satu-satunya aktivis yang digelar UM8 yang dilepaskan dengan hanya diberi amaran.

Sementara itu, Abraham Au pula didapati tidak bersalah.

Fahmi sebelum ini disoal siasat oleh tiga orang anggota yang diketuai Profesor Dr Zanariah Abdullah bermula jam 9.20 pagi tadi sehingga kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Beliau menghadapi sembilan pertuduhan di bawah Kaedah-kaedah Tatatertib UM 1999 berhubung himpunan di UM pada 27 Oktober lalu.

Keputusan dijangka malam

Menurutnya, dalam pendengaran pagi ini beliau ditunjukkan beberapa keratan akhbar arus perdana tentang himpunan itu.

Dakwanya pihak universiti turut mengemukakan beberapa keping gambar dari pihak keselamatan berhubung kejadian malam itu.

Namun, empat orang pegawai keselamatan yang menjadi saksi tidak mengakui gambar tersebut dirakam mereka.

"Mereka (seorang demi seorang) cakap bukan saya bukan saya.

"Masing-masing tidak mengaku dan cuma cakap ada masa kami akan panggil orang yang ambil gambar itu," katanya.

Fahmi adalah salah seorang daripada lapan mahasiswa UM yang dihadapkan ke jawatankuasa itu.

Pendengaran bersambung semula pada sebelah petang petang dan Safwan Shamsuddin, 22, pengerusi Pro-Mahasiswa akan dipanggil membela diri.




Kata jurucakap itu Fahmi sebelum ini pernah pergi ke Sabah untuk menemui para mahasiswa UMS dan UiTM bertujuan untuk menghasut para pelajar di kedua-dua university itu tetapi niat dan hajatnya tidak kesempaian untuk membuat ceramahnya.

Semua mahasiswa dikedua-dua university itu satu hati menolak kedatangan Fahmi yang berniat jahat itu, kerana budaya yang dibawa oleh Fahmi itu bukan budaya orang Sabah  ini  adalah budaya orang semenanjung yang suka menimbulkan huru hara.


“Kami sebagai pelajar di kedua-dua universiti khususnya dari Sabah kami terpaksa akur dan sentiasa menyokong dasar-dasar pihak universiti jangan ganggu kami kami orang Sabah tidak suka dengan kekacauan seperti yang berlaku di Semenanjung kami mahu keamanan dan kami amat penyokong tindakan pihak UM terhadap Fahmi ”Kata jurucakap itu.

SELAMAT HARI JADI KE 75 TAN SRI AMPONG.....NORAINI SULONG



OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong mewakili seluruh ahli-ahli UMNO diperingkat  Bahagian dan cawangan serta akar umbi mengucapkan Selamat Hari Jadi yang ke 75 kepada Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Puyon.

“Semoga Allah lanjutkan usia Tan Sri Ampong dan beroleh kesihatan  walafiat selalu hendaknya dan dimurahkan rezeki” Noraini melafaskan ucapan itu ketika menghadiri Majlis Hari Jadi ke 75 yang disambut secara sedarhana di Restoran Medan Selera dekat sini tengahari tadi.

Sempena upacara sambutan majlis tersebut berapa kek telah dihadiahkan salah satunya sumbangan daripada Majlis Tertinggi Dewan Peniagaan Bumiputera Sabah Abang Joegy Hj Juana termasuk kek sumbangan daripada AJK Bahagian UMNO Sandakan.






MP BATU SAPI LINDA TSEN RASMI HARI AIDS SEDUNIA 2014


OLEH: AZMI AZMAN


LINDA ( 2 KIRI) MENYEMPURNAKAH
HARI AIDS SEDUNIA

 

SANDAKAN: Hari AIDS Sedunia adalah satu peluang untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit HIV dan mengingatkan masyarakat agar mengamakanl  ilmu yang diperolehi .

“Sekiranya kita memahami bagaimana HIV boleh  berjangkit, maka kita pasti tahu bagaimana  untuk mengelak daripada dijangkiti, dan bagi mereka yang positif, anda mesti tahu dan mengambil langkah untuk melindungi diri anda daripada menjangkiti orang lain,” kata Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Tahun Lin semasa merasmikan program sempena Hari AIDS Sedunia di Pasar Mingguan Sandakan Street Fair kelmarin.

Semenjak kes pertama di Malaysia pada tahun 1986 sehingga Disember 2013
terdapat seramai hampir  102000 ( 101672) orang yang dikesan menghidap penyakit HIV. Yang merungsingkan adalah 34% daripada mereka yang dikesan adalah terdiri daripada kalangan golongan orang muda umur sekitar 13-29 tahun, kata Linda.

Statistiks menunjukkan ada 60 % pengurangan kes baru  di kalangan lelaki tetapi kes semakin bertambah di kalangan wanita . Pada 5 tahun kebelakangan ini 10% daripada kes yang dikesan terdiri daripada golongan surirumah , tambah beliau.

“Tahun lepas sahaja di Malaysia seramai 728 kes wanita dikesan daripada  seramai 3393 jumlah kes baru HIV. Negeri yang paling ramai surirumah yang dikesan positif adalah dari negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan,” katanya.

Punca utama wanita dijangkiti yang dikenalpasti  adalah melalui jangkitan heteroseksual  dan menyedihkan adalah seramai 2% bayi yang dilahirkan dijangkiti oleh ibu yang positif. Melalui saringan HIV yang dibuat ke atas semua ibu yang hamil yang berklinik untuk penjagaan antenatal menunjukkan bahawa punca jangkitan di kalangan wanita yang telah berkahwin  adalah melalui pasangan mereka yang berisiko, kata Linda.

Menurut Linda, sudah tiba masanya di mana kita perlu berganding bahu untuk memperkasakan wanita dan golongan pemudi mengenai pengetahuan yang betul mengenai HIV, cara mencegah , membuat saringan, mencegah daripada mendapat jangkitan , mendapat rawatan dan bagaimana mendapatkan rawatan.

Sempena Hari AIDS Sedunia ini SAGA telan mengedar riben merah di Bandar. Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan akan mengadakan ceramah HIV pada 12 Disember di bilik  seminar Lembaga Hasil Dalam Negeri di Batu 7 untuk semua kakitangan awam, agensi-agensi dan para pekerja estet.