UMNO IBARAT PUMP BOAT



OLEH: ISMAILY BUNGSU 
www///sabahinsider14.blogspot.com
Wednesday August 03/2016

HARI ini  Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA)  hubungi saya dan kami bicara macam-macam hal dan seperti biasa setiap yang dikatakan selalu saya simpan dalam memori kepala otak saya dan kekadang ada yang terlupa yang barangkali memori tidak mampu menyimpannya.

Sebelum ini kami bicara soal KEPALA IKAN yang busuk kepala dan biasa isi/badan termasuk ekor juga busuk dan itu saya katakan secara sinis penuh hati-hati.

Pagi tadi DSSA menyentuh soal PUMP BOAT dan kenapa dia dekat dengan pump boat sebab dia anak nelayan yang hidup di tepi pantai dan tahu membaca irama dan lagu nyanyian laut dan ombak di pantai dan kesannya dia bicara soal PUMP BOAT itu.

PUMP BOAT ini memang laju dan kekadang sukar dikejar oleh boat keselamatan negara dan memang PUMP BOAT ini banyak di Semporna dan biasanya diguna untuk mengangkut penumpang dari satu pulau ke satu pulau atau tanah besar dan dari segi keselamatan memang PUMP BOAT bukan saja laju tetapi selamat tak mudah karam.

Nah, merujuk apa yang saya jelaskan jelas PUMP BOAT itu memang dijadikan alat untuk kebaikan semua orang.

Lalu, disebalik demi kebaikan itu ada pula yang salah guna dan akhirnya ianya digunakan untuk mencuri, merompak, melanun di tengah lautan dan ini tentunya salah sebab apa saja perbuatan namanya merompak dan melanun itu tetap salah dan semua orang benci tak suka.

Kalaulah sang lanun itu tertangkap kesan merompak tadi di tengah lautan, maka sekaligus bukan saja yang merompak kena tangkap malah PUMP BOAT itu sendiri akan dirampas, disita dan dijadikan bahan bukti untuk bicara di Mahkamah dan sekaligus PUMP BOAT itu dianggap subahat yang menyebabkan perompak bisa bergerak secara pantas dan memudahkan.

Nah, terkait kasus UMNO jelas dua kali lima dan lima kali dua ceritanya bila membicarakan hal PUMP BOAT tadi.

UMNO sekadar perlembagaan didaftar di ROS dan visinya jelas baik dan itu sama juga dengan parti2 lain di Malaysia sebab tidak mungkin ROS melulus daftar jika visinya mencuri rampok dan melanun.

Jadi dasar/visi/misi UMNO itulah yang menjadi pedoman buat presiden, Naib presiden dan semua ahli-ahli UMNO dan apa saja visi dalam perlembagaan yang ROS lulus itu haruslah ditaati dan sesiapa yang tidak perpandukan apa yang diterangkan dalam visi makna yang berkenaan dianggap pengkhianat.

Ramai yang kritik dan katakan DSSA itu tidak mengenang budi dan namanya naik kerana UMNO dan konon asyik memburuk-burukkan UMNO serta segala macam tuduhan. Sebenarnya tuduhan itu agak liar dan tidak melihat menyeluruh.

Sayangnya DSSA terhadap UMNO itu tidak boleh dipertikai sebab kesan DSSA sendiri terlibat dalam usaha memulakan kegiatan UMNO di Sabah sejak 30 tahun lalu dan ketika itu Salleh Said, Rahman dan pandikar serta yang lain belum tahu apa-apa lagi ketika itu malah ada antara mereka baru saja belajar berpolitik sepertinya Rahman Dahlan.

UMNO yang dulu bawah Tungku Abdul Rahman, Tun Razak hingga ke Mahathir sama sekali beda sangat.

Mereka berjuang untuk negara bangsa serta seluruh rakyat. Mereka tidak membina kekayaan diri dan tidak merampok, melanun harta negara bangsa sebalik yang kita lihat sekarang seolah mereka bermaharaja dan kesan lupa diri mereka lupa rakyat jelata, itu seolah khazanah negara bangsa milik rakyat menjadi milik mereka sendiri punya rumah seperti istana dan ninja kereta mewah berbaris di halaman rumah.

Ketika mereka lupa diri dan menjadi orang yang maha berkuasa, maka akhirnya sesiapa saja yang menentang baik di peringkat bahagian, negeri dan kebangasaan akan dituduh sebagai pengkhianat parti dan orang itu pasti dipecat.

Apakah menegur itu satu kesalahan? Kenapa saja setiap teguran tidak diambil perhatian, tidak disiasat dan akhirnya perompak terus merompak dan melanun itu seolah semacam budaya dalam UMNO dan akhirnya itu semacam sesuatu yang tidak salah bila mana menjadi orang kuat UMNO, tetapi tidaklah semua demikian sikap kalangan ahli-ahli UMNO. Memang masih ramai yang baik dalam UMNO.

Untuk menilai seorang pemimpin rasanya naik bukan kerana parti tetapi kerana kepercayaan rakyat terhadap seseorang pemimpin itu sendiri dan kenyataan Armizan mengatakan DSSA ke atas kerana orang-orang UMNO tetapi jangan lupa yang mengundi DSSA dan menyebabkan duduki kerusi ketua bahagian dan Naib Presiden UMNO mahukan DSSA suarakan yang benar dan bukan menipu, bohong dan pencuri.

Itu satu amanah yang harus dipikul oleh DSSA berdasarkan kepercayaan rakyat, sebalik atasan tidak menjalankan tugas malah memecat/gantung DSSA yang mewakili rakyat yang menaruh kepercayaan.

Apalah rakyat/pengundi yang memberi kuasa terhadap DSSA seharusnya akur saja perintah seorang Najib meski perintah itu salah?

Jika DSSA akur apa saja perbuatan yang mungkar macam menteri-menteri  lain dari Sabah, maka itu jelas pengkhianat rakyat dan DSSA tidak akan sekongkol dengan perbuatan yang memang salah.

Kesan DSSA nampak semua perkara dan sudah disuarakan di kabinet malah tidak peduli maka terpaksa melakukan cara lain dan kesannya apa yang kita tahu dan maklum.

Cuba saja diri kita berada di situasi yang dimakudkan, apa saja tindakan yang kita lakukan dan apakah kita mahu bersubahat bakal ditanya di mahkamah Allah nanti.

Jadi, keluarnya DSSA bukan kerana tidak cintakan UMNO, bukan tidak sayang UMNO sebalik kerana unsur-unsur PUMP BOAT itu tadi dan tentunya rakyat lebih tahu akan hakikat ini.




ADUN GUM-GUM BANTU BINA SEMULA RUMAH SITI DI KAMPUNG GUM-GUM

OLEH: BERKUDIS A/L BERPEKONG
www///sabahinsider14.blogspot.com
Wednesday August 03/2016

Gambar Kelihatan…….Zakaria (kanan) meninjau kerja-kerja membina semula rumah Siti Terpilih di Kampung Gum Gum yang sedang dilaksanakan


GUM-GUM:-  Seorang ibu tunggal menzahirkan rasa syukur kepada Kerajaan Barisan Nasional yang membantu membina semula rumah beliau di Kampung Gum Gum. 

Kerja-kerja pembinaan kini giat dilaksanakan oleh pekerja sebuah kontraktor di atas tapak asal rumah papan milik Siti Terpilih Pentah yang sebelum ini dalam keadaan daif.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum telah membuat tinjaun untuk melihat sendiri kerja-kerja tersebut serta berjumpa dengan Siti dan keluarganya kelmarin.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan dan juga Datuk Zakaria  atas keprihatinan mereka terhadap  masalah kami,” kata ibu tunggal yang berusia 46 tahun itu kapada media ketika lawatan Zakaria ke perkampungan berkenaan.

Siti yang mempunyai tujuh orang anak, telah menetap di kampung berkenaan sejak beliau dilahirkan pada tahun 1970. Enam dari anaknya kini berada dibangku sekolah dan beliau berjual makanan untuk sara hidup setelah suaminya meninggalkan beliau serta anak-anak mereka.

Masalah yang dihadapi Siti Terpilih Pentah dan keluarganya mendapat perhatian dari Zakaria yang telah berjumpa dengan beliau pada bulan Mac lepas.

Sementara itu, Zakaria memberitahu bahawa kos membina semula rumah papan untuk Siti yang berjumlah lebih kurang RM 20,500 adalah peruntukkan dari Kerajaan Negeri dan FELCRA.

Menurut Zakaria, rumah asal Siti yang daif telah dirobohkan melalui gotong royong pihak Ketua Kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

“Manakala kerja-kerja membina semula rumah pula kini sedang dilaksanakan oleh pihak kontraktor di tapak asal,” tambah beliau.

Turut hadir ialah Pemimpin  Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan DUN Gum Gum Rosly Aziz serta kakitangan UPPM DUN Gum Gum dan pemimpin masyarakat setempat.



ADUN KARAMUNTING CHARLES O PANG OFFICIATED CLOSING CEREMONY OF TENNIS TOURNAMENT



BY:  SONTOLOYO A/L KONTOLKULUB
www///sabahinsider14.blogspot.com
Wednesday  August 03/2016


PICTURE SHOW…..Charles and his father Vincent (8th right) present the prize to the team captains

 

SANDAKAN:  The Commercial and Government teams shared the honours in this year’s Datuk Vincent Pang Shield tennis tournament played at the Sandakan District Tennis Association (SDTA) clubhouse.

Both teams were tied at 3-3 and finished as joint champions when heavy rain forced the organizers to cancel the remaining matches during the two-day tournament which was held on July 29 and 30.

Karamunting Assemblyman Charles O Pang officiated the closing ceremony on Saturday evening while his father who is the tournament sponsor Datuk Vincent Pang, presented the Datuk Vincent Pang Shield to the team captains.

In his address, Charles said he was impressed with the tournament which was aimed in promoting the spirit of “muhibbah”, rapport and understanding between the private and public sectors through sports.

Charles gave SDTA a pat on the back for having successfully organized the tournament.

Meanwhile, SDTA president Fernando D. Rulloda thanked SDTA patron Datuk Vincent Pang who has been sponsoring the tournament since 1987.

Fernando also took the opportunity to congratulate the Sabah tennis team players, officials and Sabah Tennis Association president Johnson Koh for their achievements at the just concluded SUKMA in Kuching.



UMNO TIDAK SEPERTI DULU UMNO SEKARANG BANYAK SKANDEL-PECAH AMANAH



OLEH: ISMAILY BUNGSU 
Pengarah Komunikasi DSSA
www///sabahinsider14.blogspot.com
Tuesday August 02/2016

UMNO asal tidak seperti sekarang. Yang sekarang tidak seperti dulu. UMNO sekarang sama sekali beda. Dulu perjuangkan rakyat dan sekarang perjuangkan diri, kerabat suku sakat, saudara mara serta kroni.
Masuk UMNO dalam kepala perjuangan rakyat terbiar dilontar ke tong sampah dan itu sebab Sabah muncul negeri termiskin dan keperluan asas masih ada yang sama macam zaman jepun, malah zaman jepun lagi baik barangkali masuk hutan/memancing di kali/sungai mudah dapat makanan.
Kenapa ramai tinggalkan UMNO?Mereka tinggalkan UMNO bukan kerana tak sayang dan bukan kerana tak cinta, tetapi UMNO tidak lagi sebuah parti tidak perjuangkan rakyat sebalik hanya berRETORIKA di media TV/Utusan konon meraka pejuang rakyat dan pejuang Islam.
Apa yang mereka perjuangkan kala perbuatan banyak sangat bercanggah dengan ucapan dan itu sebab selalu saya katakan jangan bicara soal agama sedang pemerintahan di Malaysia ini banyak sangat bobroknya.
Jika kita bicara soal agama, apakah benar di Malaysia ini tiada judi, adil kepada semua bangsa, adil pengagihan kekayaan dan adil dari segi undang-undang.
Adilkah akta OSA dan NEC sekarang?pencuri bebas sedang pelapor masuk penjara. Pencuri 1MDB bebas guna duit rakyat berjudi dan joli serta bermewah-newah di kapal laut dan duit 1MDB diguna untuk semua perbuatan mungkar.
Rakyat bertanam padi, mereka datang mencuri. Semula ke isu kenapa tinggalkan UMNO dan itu jelas kita tahu maksudnya. Seperti saya kata UMNO dulu bukan UMNO sekarang.
Lihatlah apa jadi saudaraku Jumat Idris, apa jadi mantan TPM dan menteri besar Kedah termasuk DSSA kita?mereka itu wakil rakyat dan diamanahkan. Mereka sudah bersuara di kabinet tetapi tidak dipeduli seolah tidak penting sangat dibincang wang berbilion-bilion itu, lalu disuarakan sedikit di luar agar Najib mendengar dan rakyat tahu.
Bila PM yang pimpin UMNO/Negara tidak lagi peduli makna ia sudah lupa diri kesan pengaruh sang seorang Rosma barangkali dan kesannya suara wakil rakyat tadi tidak dipeduli malah digantung dan pecat.
Lalu apa saja guna wakil rakyat bernama DS Shafie di Kabinet?
Mereka di amanah dan mereka kena tanggung amanah itu dan suarakan apa saja demi kebaikan. Bukankah itu amanah rakyat yang menyebabkan Datuk Seri  Shafie Apdal (DSSA) duduki semua kerusi?
Kalau sudah suara tak didengar dan tidak dipeduli, lalu kepada siapa lagi harus bersuara dan bukankah kembali ke rakyat sesuatu yang tepat? makanya DSSA kembali kepada rakyat dan biar rakyat tahu bahawa DSSA wakil yang bertanggungjawab.
Jika DSSA sudah jalankan amanahnya dan rakyat sudah tahu maka biarlah rakyat buat pilihan di PRU14 akan datang.
Memang benar UMNO sekarang tidak lagi sama macam UMNO dulu dan UMNO sekarang buka mata terus melihat projek mega masuk ke kantung sendiri.
Apakah menegur itu satu kesalahan? dan apakah tindakan UMNO terus memecat menggantung itu satu tindakan yang baik dan jika baik maka terserahlah kepada rakyat.
Dalam UMNO siapa yang puji bodek ampu pasti cepat naik ke atas dan yang menegur demi kebaikan tetap kena singkir malah dikata pengkhianat.
UMNO pimpinan Najib mahu lahirkan pemimpin yang kaki bodek ampu dan mereka tak mahu sepertinya Hang Najib di Singapura dulu kesan bijak dibunuh.
UMNO sekarang tidak sama macam UMNO dahulu kala. UMNO sekarang rakyat miskin, pemimpin jutawan.


ISLAM MODEN ISLAM MILENIUM BOLEH PEGANG ANJING WALAUPUN HUKUMNYA HARAM??

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www///sabahinsider14.blogspot.com
Tuesday August 02/2016


SEBAGAI seorang muslim dan muslimah harus pandai jaga tatatertib dan menjaga akidah dan kesucian  Islam agar tidak tercenar.

Tambahanlah lagi seorang muslimah berpakaian sopan pakai tudung (hijab)  menunjukan seseorang wanita yang patuh pada ajaran Islam kerana berpakaian menutup uarat.


Tetapi pada masa yang semasa kesopanan dan tertatertip seorang Islam harus dipelihara sebaik-baiknya agar menjadi contoh dan tauladan kepada masyarakat Islam  yang lain.

Orang Islam tidak salah kalau membela anjing sebanyak manapun tetapi sebagai orang Islam memang tidak digalakan dan tidak boleh memegang anjing hukumnya haram

Seorang surirumah Mastika Ngun Falsyah berpendapat  bila membela anjing dari  kecil, kasih sayang telah  terpupuk hingga anjing itu membesar dan  keakraban sedia ujud.

 Kata Mastika lagi akan tetapi  mereka disegi hukum agama walaupun adakalanya mereka tahu sebenarnya memegang anjing itu haram mutalak  meskipun demikian tidak harus dibiarkan kerana ia terkait agama Islam


Dari itu  bukan contoh untuk diteladani lebih-lebih kepada  kanak-kanak  yang tidak tahu akan hukum haram halalnya yang  penting tidak menganiaya binatang!

‎‎Hukum menyentuh anjing tidak haram walaupun haiwan itu tergolong dalam najis berat, kata bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Asri berkata ulama sepakat mengatakan anjing yang kering tidak najis, namun ‎najis boleh disentuh tetapi dengan syarat perlu dibasuh jika hendak beribadat atau pun berurusan dengan masyarakat.

"Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah.

"Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis, "Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah," katanya memetik Riwayat al-Bukhari dalam responnya terhadap program "I Want To Touch A Dog", semalam.

Katanya, jika najis itu dianggap haram, ‎maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. ‎

Begitu juga dengan ‎mereka yang bekerja yang membabitkan bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain, katanya.‎

"‎Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek."
‎
Menyentuh isu memelihara anjing dalam rumah, katanya jika tiada tujuan selain buruan atau menjaga ternakan, hukumnya adalah makruh.

Katanya, walaupun ada ulama yang mengharamkan, tetapi hadis Islam tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja.

"Maka hukum makruh dipilih oleh sebahagian ahli fekah.
"Hikmahnya mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakatan," katanya.

Menurut pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Islam ada sebab menghalang penganutnya memelihara anjing, antaranya baunya dan salakannya menakutkan sesetengah orang.‎

Katanya aspek fizikal anjing itu bertentangan dengan agama yang mementingkan kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara dan sahabat sandai.‎

"Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan.

"Salakan anjing dan bulu di sana sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu," katanya.

Tambahnya, anjing juga berisiko dari segi keselamatan dan kesihatan termasuk gigitan, najis, serta jilatannya.

Namun beliau menegaskan, cubaan Islam mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian tidak bererti membenarkan penindasan terhadap anjing.

"Un‎tuk mengelak jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan saintifik, maka Islam melarang kita memelihara anjing dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan," katanya.

Program itu dianjurkan bagi menghapuskan perasaan takut dan skeptikal masyarakat terutamanya Melayu dan Islam terhadap anjing.

Walaupun mendapat sambutan, namun ia juga mendapat kecaman termasuk mufti di beberapa negeri yang menganggapnya melanggar budaya masyarakat.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapa dilaporkan berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung anjuran tersebut yang dianggap tidak sepatutnya berlaku.

Kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini, katanya Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis berat.

"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.

"Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada," katanya dipetik laporan    

UBAH SABAH SALAM……SABAH for SABAHAN (S4S) TANPA UMNO/BN RAKYAT SABAH TAK KEBULUR

UBAH SABAH  SALAM……SABAH for SABAHAN (S4S)  TANPA UMNO/BN RAKYAT SABAH TAK KEBULUR UMNO/BN MASUK  SABAH RAKYAT SABAH BERTAMBAH SUSAH

Oleh:L Evangeline Soraya Kigis
www///sabahinsider14.blogspot.com
Tuesday August 02/2016











1.KETUA Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata BN harus menunjukkan hasil perbincangan menurunkan kuasa Persekutuan kepada Sarawak, atau berdepan risiko kemenangan pembangkang dalam PRU14.

2. Amaran yang keras dikeluarkan oleh KM.Sarawak sebagai pemimpin yang bertanggungjawab pada negeri dan rakyatnya.

Ramai meramalkan isu penurunan kuasa ini akan mengalami kegagalan sebagaimana RCI dan masalah kebanjiran PATI di Sabah.

3.Tidak seperti pemimpin KDMR tidak mementingkan intergeriti sanggup melindungi BN Sabah dan membelakangi aspirasi sukunya yang mahu pembaharuan dan memartabatkan kembali KDMR yang semakin terhakis di mata masyarakat.

4.TS.Pairin sebagai pemimpin paromount perlu berhati hati melangkah kerana beliau bukan hanya dianggap sebagai ahli politik oleh masyarakatnya tetapi lebih jauh dari itu dengan tidak keterlaluan sebagai dewa dari puncak Kinabalu sebagai penyelamat masyarakat yang tertekan dari permasalahan tekanan ekonomi akibat dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan tidak mesra rakyat.

5.Beliau hanya dua pilihan untuk menyelamatkan dirinya sebagai pemimpin agong atau terus diperalatkan oleh persekutuan sebagai batu loncatan supaya cengkaman mereka tidak terlepas dari menguasai Sabah yang subur dan kaya dengan hasil semula jadi.

6.Apa jadi dengan jawatan kuasa susulan RCI sudah bertahun menaruh harapan kepada TS.Pairin semua perhatian rakyat tertumpu kepada beliau dan menunggu terus menunggu tanpa kesudahan dan rakyat hanya menunggu hasilnya tapi bukan alasan demi alasan.

7.Kegagalan beliau melanggar prinsip perjuangannya mungkin dapat dimaafkan oleh masyarakatnya dengan harapan KDMR boleh dibawa jauh merentasi arus pembangunan yang dinikmati oleh orang Melayu,Cina dan India yang melahirkan dozenan billionare tetapi KDMR siapa boleh di banggakan malahan Dewan Perniagaannya pun Hidup Segan Mati Tak Mahu..


8.Untuk pemertabatan pendidikan masyarakat pendalaman sebagai mana dijanjikan penubuhan kolej KDM apa dah jadi? Apalagi janji bulan dan bintang dapat digapai,unggas ditepian bendangpun sukar didakap....

PERJUANGAN SHAFIE TITIK MULA SEDARKAN RAKYAT SABAH TOLAK UMNO/BN PADA PRU14


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www///sabahinsider14.blogspt.com
Tuesday August 02/2016
  
"Kenapa Saya Keluar UMNO Sebab  30 Tahun Berjuang Dengan UMNO Saya  Telah Dikhianati Oleh PresidenUMNO dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO

BERMULA digantung ketika Datuk Seri Shafie Apdal  (DSSA)  umrah kesan kritik 1MDB itu bermulanya sejarahnya hitam setelah 30 tahun dalam parti konon berkeramat.

Sebelumnya memang punca digantung ada tuduhan yang DSSA bersama satu pentas pembangkang kritik 1MDB dan itu kononnya laporan MUSA AMAN dan disokong oleh Rahman Dahlan.

Kesan digantung akhirnya DSSA memilih meninggalkan parti dan itu diumum di Semporna di hadapan 6000 orang yang datang dan serentak itu hampir 300 cawangan UMNO di sana bubar yang menyebabkan lumpuh.

Sesudah itu di Sandakan juga berlaku ahli2 UMNO pertamanya di Kinabatangan dan keduanya di bandar Sandakan dan itu juga lebih
memburukkan keadaan.

Selanjutnya di Kota Belud sekitar 4000 yang datang dalam perhimpunan itu dan di situ juga diumumkan ahli-ahli  bahagian agama meninggalkan UMNO kesannya keadaan UMNO di sana yang merupakan kubu UMNO sedikit bermasalah dan itu akan menyusul yang lain kemudian.

Paling bersejarah sekali di Tenom pada 30 Julai lalu di sekitar 15,000 orang datang dan itu menjelaskan UMNO benar-benar tertembak dan kegusaran semakin menjadi-jadi.

Sesudah di Tenom, terjadi pula di Kg Brunei Membakut kelmarin sekitar 3,500 hadir sama meski di sana ada 7 acara lain lagi UMNO adakan untuk maksud menggaggalkan acara tetapi semangat rakyat sukar dibendung dan di sana juga diumumkan ahli-ahli  UMNO dalam BN keluar beramai-ramai.

Saya difahamkan akan ada pertemuan lagi di Kalabakan Tawau pada 7 Ogos nanti dan difahamkan PM Najib bakal datang diacara lain di Tawau.

Setahun saya ada banyak lagi bakal mengadakan perhimpunan sama dan yang pasti kesedaran rakyat di Sabah sudah mula kelihatan dan tidak hairan bersama PKR, PCS termasuk DAP kepimpinan BN akan tersungkur di PRU14 akan datang.

Sesungguhnya kerjasama semua parti pembangkang di Sabah seperti PH/DSSA/USA dan sebagainya merupakan mimpi ngeri buat BN di Sabah.


ADVERTISEMENT PRODUCT TONE PLUS




Tuesday August 02/2016


SPECIAL ADVERTISEMENT






THOSE WHO INTERESTED  YOU MAY   CONTACT MR JUN PACIFICO ABDULLAH  H.P NO: 013-8553168  AT ANY TIME.

MP SANDAKAN WONG SENTIASA MEMBANTU MASYARAKAT ISLAM TERGOLONG KURANG BERADA



Tuesday  August 02/2016


RENCANA KHAS 
SHAIMON S JUMADI (TSI)
www:sabahinsier14.blogspot.com



 TERIMA KASIH YB..... Salah seorang ibu tunggal dua tahun berturut-turut mendapat wang raya daripada Ahli Parlimen Sandakan di bulan Ramadan Al-Mubarak

SEBILANGAN warga emas-ibu-ibu tunggal anak-anak yatim serta Orang Kurang Upaya (OKU) mereka tidak pernah  terpinggir di musim-musim bulan  Ramadan Al-Mubarak seterusnya hingga menyambut hari lebaran yang semakin hampir di mana mereka tetap dijaga akan kebajikannya.


Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong sebagai seorang wakil rakyat  yang telah diberi mandate oleh semua pengundi daripada pelbagai golongan terus memainkan peranannya serta mengambil berat terutama sekali soal kebajikan penduduk-penduduk khususnya di kawasan parlimen Sandakan.


Sudah tiga tahun berturut-turut  bila menjelangnya bulan Ramadan Wong terpaksa mengorbankan  sedikit kewangannya  sebagai  persedian untuk  wang  raya (Ang Paw) untuk diagih-agihkan kepada golongan warga emas-ibu-ibu tunggal,anak-anak yatim dan tidak ketinggalan orang kurang upaya  (OKU) untuk kegunaan dan  keperluan  dimusim  hari raya nanti.

Selain itu Ahli Parlimen itu juga terpaksa belanja sedikit untuk membeli makan untuk majlis-majlis berbuka puasa di beberapa buah kampung bersama-sama masyarakat Islam setempat.



Walaupun Wong seorang wakil rakyat daripada pihak pembangkang namun peranan dan tanggungjawabnya untuk membuat kerja-kerja amal terutama sekali dimusim-musim bulan Ramadan bulan yang mulia  untuk kebajikan masyarakat Islam setempat semakin menyerlah  dan semakin  hari perjuangannya diterima oleh masyarakat Islam.


Sementara masyarakat pengundi atas pagar rasa bersyukur kerana  penduduk Sandakan mendapat seorang wakil rakyat iaitu ahli parlimen Sandakan memang benar-benar berjiwa rakyat seperti Stephen Wong yang  suka membantu orang-orang yang terus terpinggir terutama sekali golongan miskin