PERINTAH BERKURUNG ZON SELATAN TIMUR SABAH DILANJUTJAN HINGGA 21 OKTOBER KATA PESURUHJAYA POLIS SABAH

OLEH: THOMAS SUNGGIUK

KOTA KINABALU:- Fasa kelima pelaksanaan perintah berkurung di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 21 Oktober ini.
 Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman (gambar) berkata  pihaknya juga sedang menunggu tindakan kerajaan dalam rundingan akhir bersama beberapa pihak bagi membebaskan anggota Pasukan Polis Marin, Konstabel Zakiah Aleip yang diculik dalam serangan hendap di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna pada Julai lalu.
Menurut beliau, walaupun kawasan perairan di Esszone berada dalam keadaan ‘tenang’ susulan pelaksanaan perintah berkurung, pihaknya akan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini termasuk penculikan.
“Perintah berkurung ini dilanjutkan kerana kita menerima maklumat-maklumat keadaan di Esszone bagi mencegah dan menyekat kemasukan penjenayah sama ada penyeludupan atau penculikan.
“Minggu lalu saya melawat kawasan-kawasan peranginan di Pulau Mabul, Sipadan, Ligitan dan Kapalai, termasuk kawasan penternakan ikan dalam sangkar, kebanyakan pihak mengalu-alukan perintah berkurung untuk jaminan keselamatan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar lantas memberitahu, perintah berkurung dilanjutkan memandangkan maklum balas baik yang diterima pelancong dan penduduk setempat berhubung jaminan keselamatan.
Ditanya keadaan terkini Zakiah, 26, ujarnya, anggota polis itu berada dalam keadaan baik dan telah membuat 79 panggilan telefon terhadap ahli keluarganya dan polis sehingga semalam.
“Kita tunggu rundingan akhir (antara kerajaan dan suspek) untuk membebaskannya,” tambahnya.
Beliau turut melahirkan keyakinan seorang pemilik pusat ternakan ikan dalam sangkar yang diculik di Kunak pada Jun lalu juga berada dalam keadaan selamat.
Kepada soalan tentang kes pembunuhan seorang guru di Kundasang, Ranau pada Jumaat lalu, jelasnya, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai mengenali suspek.
“Dalam rompakan yang melibatkan kematian, kebiasaannya mangsa mengenali suspek, sebab itu dia (suspek) bunuh,” katanya.
Berhubung seorang wanita yang didakwa menyebar dan menghasut dalam isu ‘memerdekakan’ Sabah daripada Malaysia, ujar Jalaluddin, suspek yang telah dikenal pasti itu masih berada di luar negara dan polis telah mengembangkan skop siasatan.


KAWASAN PENAMPANG BUAT PERTAMA KALINYA DILANDA BANJIR


OLEH: THOMAS SUNGGIUK


PENAMPANG:- Ekoran hujan lebat berpanjangan yang melanda di Kota Kinabalu sejak kelmarin  beberapa kawasan telah dilanda banjir sedalam 3 meter.

Antaranya salah satu kawasan yang turut dilanda banjir  ia kawasan Penampang  di mana bangunan sekolah Tadika dan Pejabat Pocos turut ditenggelami air.

Menurut beberapa penduduk yang sempat ditemui oleh The Sabah Insider.Net kejadian seumpama ini adalah pertama kalinya berlaku di kawasan Penampang.



Kawasan pekan Donggonggon juga telah dilanda  lanjir dan banyak kawasan-kawasan dipersekitaran ditenggelami air.

Ini sebenarnya adalah berpunca daripada saliran longkang yang tidak pernah diselanggarakan oleh pihak Majlis Daerah Penampang jadi bila hujang tidak sampai satu kawasan-kawasan rendah mudah dilanda banjir kilat.

HARI KELUARGA 2014 ANJURAN MPWK P186 SANDAKAN AKAN DIADAKAN PADA 11 OKTOBER INI


OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-Mesyuarat Ahli Jawatankuasa  Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Kawasan P.186 Sandakan bagi kali ke 3 yang diadakan di Restoran Faces Club di Pasar Raya  dekat sini petang tadi berjalan lancar.

Mesyuarat  yang bermula dari jam 2.40 hingga jam 4.45 pm  telah dipengerusi oleh Noraini Sulong yang juga selaku Pengerusi PMWK P186 Sandakan dan telah membincangkan mengenai persiapan Sambutan Hari Keluarga yang akan diadakan  disebuah Hotel Ibis Waterfront Sandakan pada 11hb Oktober ini.


Program yang akan dimulakan pada jam 8.00 pagi hingga jam 1.30 pm sebagai pengisian  program tersebut antaranya persembahan tarian tradisonal dan nyanyian karaokey.

Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon dijangka akan menyempurnakan  majlis tersebut.


Turut hadir pada Mesyuarat pembentukan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Sambutan Hari keluarga 2014 itu antaranya Saleena Titi Ketua Wanita PBS Bahagian Tanjung Papat, Lily Chung Ketua Wanita LDP Sandakan, Lily Aw Ketua Wanita Gerakan Sandakan dan ahli-ahli NGO yang lainnya.

DAP SABAH HANDOVER CHEQUE AMOUNTING RM33,000 FOR SIX VILLAGES



DAP Sabah together with its Impian Sabah team has organized a dialogue and handover cheque ceremony at Kg Dowokon, Pitas to show support to the villagers comprising of a population of 3,000 as well as six villages by helping them to build a road to connect their villages with the nearby town.


ADUN Likas-cum-DAP Sabah Organizing Secretary Junz Wong, DAP Sabah Assistant Organizing Secretary Henry Shim, DAP Sabah Assistant Secretary Tan Lee Fatt and DAPSY Sabah Publicity Secretary Phoong Jin Zhe also attended the ceremony and witnessed this remarkable event.
Pastor Maklin Masiau who calls Kg Dowokon “The Lost World” due to its inaccessibility has been working tirelessly to have a 7.4km road built between the nearest township, Pitas and his village.
Despite repeated promises by the Barisan Nasional government to build the road since 1999, the villagers' calls and prayers have been neglected. The villagers are completely reliant on river transport via Sungai Bengkoka which has become increasing shallow and difficult to navigate due to extensive siltation. As a result, a 12km river journey may take more than 2 hours to complete.
Impian Sabah first heard of the plight of Kg Dowokon and 5 other neighbouring villages from Pastor Maklin in June this year. The other villages are Mandamai, Kobon Seberang, Perupok, Maliau Pusat and Maliau Layung comprising of more than 3,000 Dusun villagers. Subsequently, we made 3 project site visits and confirmed our full support for the project on 28 August.
Impian Sabah, a movement by the Democratic Action Party (DAP), is very pleased today to hand over funds amounting to RM33,000 for supplies and costs incurred to complete Phase 1 of the Pitas Road Project. In this phase, contractors were engaged for clearing the last 3.8km of the road, an effort initiated by the local villages.
With the completion of the first phase of this project, the villagers can immediately enjoy the benefits of the road in their daily lives. They don't have to rely solely on the water level of the river to travel in and out. They can sell their cash crops easily and the children can attend the school nearer to the village.
However currently, road accessibility is still dependent on weather conditions. If it rains heavily, then the conditions of the road will be too hazardous even for four-wheel drive vehicles.
Malaysians all over the country are moved by the enormous effort started by the villagers here, and are disheartened by the long neglect they have suffered in Sabah, which used to be among the richest states in the country.
Hence, Impian Sabah is pleased to pledge our continued support to complete Phase 2 of Pitas Road Project with the locals from these villages. The main objective of the next phase is installation of basic infrastructure (culverts and drainage) to the road.
We would also like to invite the public or private donors to support this project through financial means or expertise. Our aim is to complete the basic access road before the end of 2014. Your support will definitely make a difference to the project.


STEPHEN WONG TIEN FATT
Deputy Chairman, DAP Sabah
MP for Sandakan
DAP Impian Sabah Coordinator

GURU SK KUNDASANG MASINAH SAMADI DITEMUI MATI AKIBAT BEBERAPA KESAN TIKAMAN

OLEH: FRANCIS LEE

KUNDASANG:- Seorang guru wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di ruang tamu rumahnya berhampiran kuarters penempatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Kundasang, Sabah pagi tadi.
Mayat Masinah Samadi, 50, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah oleh suaminya yang pulang dari kerja kira-kira jam 10.35 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata polis menemui kesan umpil pada bahagian pintu dapur rumah mangsa, dipercayai dilakukan oleh penjenayah yang memecah masuk kediaman itu.

“Polis percaya kejadian itu bermotifkan rompakan, namun masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL ADHA ERATKAN PERPADUAN KAUM.....NORAINI SULONG


OLEH: SAIMON S  JUMAD

SANDAKAN:- Majlis Rumah Terbuka Aidil Adha Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong dikediamannya di Park Villa Batu 6 Jalan Labuk walaupun disambut secara sedarhana tapi meriah.

Majlis yang  bermula jam 1.00  hingga jam 5.00 pm telah dihadiri bukan sahaja saudara mara bahkan turut dihadiri oleh  sahabat handai jauh dan dekat ini termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Haji  Abdul Rahman dan Ketua Wanita Bahagian PBS Tanjung Papat Puan Saleena Titi.

Menurut Noraini tujuan mengadakan  rumah terbuka itu adalah untuk merapatkan lagi siratulrahim antara satu sama lain khususnya dihari aidil adha ini.





PRESIDEN DAN PENGERUSI KPBNSDK SUDAH TIDAK SEHALUAN LEBIH BAIK BUBAR PILIH AJK BARU


OLEH: THOSMAS SUNGGIUK

KOTA KINABALU:- Setiausaha Kelab Penyokong BN Sabah  Kerajaan Daerah Sandakan   Sahidah Hj Mohd Said (gambar) mendesak kepada Presisiden KPBNSDK Datuk Mohd Jeffry Rosman supaya membubarkan  dengan seberapa segera jawatankuasa induk yang ada sekarang.
Katanya desakan itu dibuat ekoran bahawa  kedudukan KPBNSDK sekarang tidak stabil  kerana kini sedang berdepan dengan kemelut dan bergeseran antara Presiden dan Pengerusi Daerah KPBNSDK yang semakin meruncingkan.

Saya telah difahamkan  oleh ROS  bahawa di Sandakan belum lagi mempunyai cawangan  mahupun bahagian kerana didalam perlembagaan seperti yang tercatat di Sijil Pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak Pendaftaran Pertubuhan Malaysia  (ROS) KPBNSDK ini yang untuk di daerah Tawau sahaja dan tidak melibatkan daerah Sandakan” kataya kepada Sabah Insider.Net

“Kami tahu  ini sudah menyalahi undang -undang bertubuhan kerana sesebuah pertubuhan atau kelab yang tidak didaftar dan tidak mempunyai sijil pertandaftaran daripada ROS ini jelas KPBNSDK daerah Sandakan tidak sah” katanya lagi.

Katanya bergeseran antara Presiden dengan Pengerusi KPBNSDK ini yang kini semakin  hangat ada baiknya ia diselesaikan dengan  cara baik duduk sama-sama bawa berunding dengan seelok-elok agar perkara ini tidak sampai ke balai Polis seterusnya hingga kemahkamah nanti susah jadinya.

“Ataupun bubar saja adakan kemesyuarat tergempar untuk membuat pemilihan  semula jawatan baru daripada jawatan Presiden sehingga ke Ahli Jawatankuasanya ini saja jalan tebaik untuk meredahkan  ketegangan yang tiada kesudahannya ini” ujarnya.

“Satu perkara lagi yang saya ingin dedahkan kenapa ada cawangan baru KPBNSDK di cawangan Taman Mesra penubuhan cawangan Kelab ini kamipun  langsung  tidak dimaklumkan sepatutnya apa saja cawangan KPBNSDK yang hendak ditubuhkan seharusnya melalui proses  KPBNSDK daerah Sandakan  dulu ini pula telah membelakangkan pihak  kami.” Tegasnya.




IKHLAN NEKA SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


        
    
SELAMA HARI RAYA AIDILADHA

KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN SANDAKAN
NORAINI SULONG






PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PEMBANGUNAN WANITA DAN KELIARGA (MPWK) PARLIMEN SANDAKAN
KETUA DAN AHLI  AJK WANITA UMNO BAHAGIAN SANDAKAN


KAMI SELURUH ANGGOTA
AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN SANDAKAN
AHLI JAWATANKUASA BIRO HAL EHWAL WANITA PEMADAM DAERAH SANDAKAN
AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA (MPWK)  PARLIMEN SANDAKAN
DAN KOPERASI KEUSAHAWANAN PEMBANGUNAN WANITA BERHAD

MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
UNTUK SEMUA AHLI-AHLI





MANGSA-MANGSA KEBAKARAN KARAMUNTING BARU TERIMA SUMBANGAN WANG TUNAI DARIPADA MP BATU SAPI


OLEH: SAIMON S JUMADI

KARAMUNTING:- Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah membahagi-bagikan bantuan berupa wang tunai kepada mangsa-mangsa kebakaran Kampung Karamunting Baru kelmarin.
Katanya tujuan membahagi-bagikan wang tunai tersebut adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa berkenaan kerana ramai yang hanya tinggal sehelai sepinggang.
Semasa kejadian  itu angin begitu kencang sekali jadi kebanyakan mangsa tidak sempat untuk menyelamatkan harta benda mereka.

“Kita sebagai seorang pemimpin khususnya Ahli Parlimen Batu Sapi yang telah diberikan mandat oleh rakyat lantaran kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab kita sebagai pemimpin harus memberi bantuan terhadap mana-mana rakyat yang telah ditimpa musibbah seperti kebakaran yang terjadi di Kampung Karamunting Baru dua hari yang lalu” ujarnya..

Katanya selain pihaknya memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa berkenaan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga turut memberikan sumbangan berupa peralatan dapur dan bahan-bahan makanan. 

Turut hadir  pada majlis penyerahan batuan tersebut ialah Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Hj Awang Supain.



PORTAL SUARA SABAH DAN BERITA HARIAN HARUS MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA KERANA BERITA MENGELIRUKAN

SOROTAN DARI MEJA EDITOR
THE SABAH INSIDER.NET
SAIMON S JUMADI





KARAMUNTING:-  Portal Suara Sabah Berita Sabah dan Berita Harian harus memohon maaf secara terbuka kepada para penduduk Kampung Karamunting terutama sekali kepada para mangsa kebakaran di Kampung Karamunting Baru kerana mereka benar-benar tersinggung kerana dalam kenyataan akhbar tersebut penyatakan Kampung Karamunting adalah Kampung Setinggan.

Saya fikir kedua-dua wartawan sama ada dari Portal Suara Sabah Berita Sabah dan Berita  Harian mereka ini hanya mendapat info yang tidak jelas mungkin semasa kejadian kebakaran itu mereka tidak berada di sana  jadi berita yang tidak terima tidak begitu sahi sedangkang Kampung Karamunting disebut Kamunting.

Kampung Karamunting bukanlah kampung Setinggan ia seperti Kampung Sim-Sim Berhala Darat, Kampung Air dan Kampung Bokara, dan  Kampung Gas ini sebelum kita dilahirkan ia memang sudah wujud mungkin sudah 5 atau 6  genasi.

Ekoran berita yang tersiar di portal Suara Sabah dan Berita Harian menyatakan Kampung Karamunting itu adalah kampung setinggan memang orang marah kerana menjatuhkan imej dan  maruah orang kerana mereka dianggap penduduk setinggan.



Sebagai kesimpulan pihak portal Suara Sabah dan Berita Harian harus memohon secara terbuka atas kesilapannya sama ada disengajakan atau disebaliknya agar perkara ini tidak menjadi satu tomahan berpanjangan yang malu nanti para wartawan portal Suara Sabah dan Berita Harian kerana buat kerja secara semberono saja tidak mendapat maklumat yang tepat.

KETUA WANITA PBS TG PAPAT DAN KETUA WANITA UMNO SANDAKAN UCAPKAN TAKZIAH KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KARAMUNTING


OLEH: SHAIMON S JUMADI

TANJUNG PAPAT:- Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS)  Puan Saleena Titi  (gambar) mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Karamunting Baru di mana rumah-rumah mereka musnah djilat api petang kelmarin.

Diharap semua mangsa berkenaan supaya bertenang dan bersabar mungkin tragedi yang menimpa ini ada hikmah disebaliknya.

Katanya salah seorang Ahli PBS Bahagian Tanjung Papat yang menjawat-jawatan sebagai Penolong Bendahari Bahagian yang dikenali Apek Ansukoi  tinggal sehelai sepinggang  kerana rumahnya turut musnah dijilat  api dan diharap Ketua Bahagian PBS Tg Papat agar dapat menghulurkan  bantuan kepadanya untuk meringankan sedikit   beban yang ditanggung.

Kebakaran yang berlaku pada 3.30 petang itu telah memusnahkan lebih 60 buah rumah  walaupun semasa kejadian tersebut tiga buah bomba berada  situ tetapi gagal untuk memadamkan api kerana dengan tiupan angin kencang  maka api begitu  cepat membesar dengan pantas merebak kelain-lain rumah yang berdekatan.



“Saya  mewakili Wanita PBS Tanjung Papat mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa kebakaran agar bersabar ini menghadapi musibbah ini semuanya ada hikmah disebalik kejadian itu” ujarnya.

Sementara Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong (gambar)  turut simpati terhadap nasib yang menimpa kepada mangsa kebakaran itu dan supaya bersabar menerima dugaan  ini dan sambil mengucapkan salam takziah kepada mangsa-mengsa tragedy tersebut.
 


Manakala Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi Rahima Asra dalam kenyataan bahawa AJK Wanitanya akan membentuk satu Jawatankuasa untuk menyalurkan pelbagai bentuan kepada mangsa-mangsa berkenan

PEMILIHAN NORAINI SULONG SEBAGAI PENGERUSI MPWK PARLIMEN SANDAKAN MEMANG TEPAT SEKALI.....KATA SALEENA


OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sambutan Hari Keluarga 2014 yang bakal diadakan di sebuah hotel disini nanti anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarg (MPWK) P186 Sandakan pada 11hb Oktober ini ia banyak membawa makna yang sebenar.

Syabas diucapkan   kepada Pengerusi MPWK P.186 Sandakan Puan Noraini Sulong  yang begitu prihatin dan mempunyai daya inisiatif menganjurkan sambutan hari keluarga yang banyak membawa erti sebenar dalam kehidupan kekeluargaan bagi menceriakan suasana keluarga masing-masing.

Katanya pemilihan Noraini Sulong  sebagai Pengerusi Majlis Pembangnan Wanita dan Keluarga (MPWK) bagi kawasan parlimen Sandakan memang tepat  sekali dan bersesuaian kerana Noraini adalah seorang Wanita yang paling aktif.

Selain beliau (Noraini) menjawat-jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan beliau juga adalah penyandang sebagai Pengerusi  Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM  daerah Sandakan yang tidak kurang aktifnya dan selain itu Noraini memegang jawatan Pengerusi Pembangunan Koperasi Wanita daerah Sandakan.



“Saya sebagai Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Tanjung Papat akan sentiasa memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan Noraini sebagai Pengerusi MPWK P186 Sandakan dan  apa saja aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan saya akan sentiasa bersama beliau” ujar  Saleena Titi kepada wartawan The Sabah Insder.Net

MPWK P186 SANDAKAN AKAN ADAKAN HARI KELUARGA 2014, PERTANDINGAN KRAFTANGAN DAN WANITA ANTI JENAYAH


OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) kawasan P186 Sandakan akan mengadakan sambutan Hari Keluarga 2014 di sebuah hotel terkemuka di sini pada 11hb Oktober berula dari jam 9.00 sehingga 2 petang.

Pengisian program tersebut antaranya pertandingan nyanyian Karaoke melukis dan mewarnai dan lain lagi.

Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga berkata tujuan mengadakan sambutan Hari Keluarga itu adalah untuk memupuk semangat kecerian keluargaan masing-masing.

Selain itu juga kata Noraini pada 25hb dan 26 Oktober ini MPWK juga akan menganjurkan Pertandingan Kraftangan dan Wanita Anti Jenayah kedua-dua program tersebut akan diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan bermula pada jam 8.00 pagi.

Katanya kedua-dua program tersebut adalah tebuka kepada warga tempatan mereka yang berminat boleh daang ke dewan tersebut untuk mendaftarkan diri.



“Ketiga-tiga program yang telah dijadualkan  diadakan pada bulan Oktober ini adalah sebagai menyahut seruan pihak Kementerian Pembangunan Wanita dan keluarga Malaysia di mana setiap MPWK diwajibkan mengadakan aktiviti-aktivitinya” ujarnya.

Kata Noraini Jawatankuasa Kuasa penganjur bagi ketiga-tga program tersebut sudahpun dibentuk mereka adalah terdiri baripada ahli-ahli NGO, Parti Komponen BN UMNO, PBS, Gerakan, LDP, MCA, MIC, UPKO, PBRS.

LEBIH 60 RUMAH MUSNAH DIJILAT API DALAM TRAGEDI KEBAKARAN DI KAMPUNG KARAMUNTING.


OLEH: SHAIMON S JUMADI

KARAMUNTING:- Lebih 60 buah rumah kayu di Kampung Karamunting musnah dijilat api dalam tragedy  kebakaran  petang tadi.

Menurut saksi kebakaran bermula dari sebuah rumah berhampiran dengan jalanraya  kira-kira jam 3.40 petang tetapi disebabkan angin kencang maka api begitu cepat merebak dari satu rumah kesatu rumah.

Tiga buah bomba turut berada di tempat kejadian nampaknya sia-sia saja kerana gagal dan  tidak dapat memadamkan api yang cukup besar itu satu sebab lagi pihak bomba telah kehabisan air.

Turut berada di tempat tragedy itu ialah Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin, Pegawai Kebajikan Masyarakat Kasrin, dan Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong, para pemimpin PAS,PKR, SAPP dan tidak ketinggalan Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Puan Rahimah Asrah.

Punca kebakaran belum diketahui dan anggaran taksiran kerugian masih dalam penyiasatan pihak Bomba


Menurut mereka ini adalah kebakaran yang ketiga kali menimpa kampung itu.



EKORAN KENAIKAN MINYAK PETROL-DIESEL 20 SEN ROTI CANAI KOSONG DAN TEA TARIK DINAIKAN 80 PERATUS


OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Kenaikan harga petrol dan diesel 20 sen yang bermula hari ini diseluruh negara tidak juga membebankan rakyat sebab berapalah sangat kalau setakat  naik 20 sen.

Akan tetapi yang membimbangkan rakyat ialah rentetan dari kenaikan minyak 20 sen ini sudah pastinya   impak yang buruk daripada kebaikannya akan diterima  dan ini  akan membebankan kepada golongan berpendapatan rendah.

Daripada kenaikan minyak 20 sen ini sudah  tentu para peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikan harga-harga barangan yang melambung tinggi kenapa tidaknya kos pengangkutan sudah tentu dinaikan antara 40 peratus hingga 90  peratus.

Begitu juga tambang kenderaan awam seperti Bas dan Teksi turut dinaikan sehingga 80  peratus fenomena ini memang sudah tidak dapat elakan mestinya terjadi.

Add caption
Saya sebentar tadi pergi kekedai mamak iaitu Restoran Zakaria Bandar Kim Fung untuk bersarapan pagi saya telah memesan roti canai kosong dan tea tarik   biasanya roti canai kosong ialah RM1,20 dan tea tarik RM1.50 roti canai kosong RM1.20X2 baru RM2.40 tea tarik RM1.50 sen  sekali saya panggil pekerja restoran itu saya tanya berapa semua ini sekali dikiranya semuanya RM5.60 sen sepatutnya saya kena bayar RM3.90 sen.

Untuk mengsahikan harga sebenar saya tanya berapa harga roti canai kosong sekeping mereka jawab mulai  hari ini roti canai dari harga RM1.20 telah naikan ke RM1.80 sen sementara tea tarik hari harga RM1.50 dinaikan RM2.00, mee goreng sea food dari harga RM6.50 kini mencecah harga RM8.50 sen nasi barayani RM15.00 .

Inilah impaknya  ekoran  kenaikan minyak 20 para peniaga keseluruhannya  mulai hari ini akan menaikan harga barangan sebanyak 70 peratus minyak manyak 1kg sebelum ini harga RM2.50  kini harga baru RM3,00 beras nasional sebelumnya  harga di pasaran RM20.00 hingga  mencecah RM24.00



MINYAK PETROL DAN DIESEL NAIK LAGI 20 SEN MULAI TENGAH MALAM INI


OLEH:  THOSMAS SUNGGIUK




KOTA KINABALU:- Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.

Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.

Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui kenyataannya hari ini.

"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut, kerajaan sedar bahawa langkah itu memberi kesan ekonomi kepada masyarakat.

Justeru, jelas kementerian, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Sehubungan itu, salah satu langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk menaikkan kadar pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015," menurut KPDNKK.

Antara langkah-langkah lain dipertimbangkan untuk meringankan beban rakyat, termasuk:
  • Meneruskan bantuan persekolahan, subsidi harga rumah serta insentif percukaian.
     
  • Memastikan barangan keperluan harian dijual pada harga berpatutan dan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang mengaut keuntungan berlebihan.

PEMBUANGAN BAYI DI NEGARA INI SEMAKIN MENJADI-JADI INI EKORAN SEKS RAMBANG....SALEENA


OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Nampaknya pembuangan bayi di negara ini semakin menjadi-jadi   seakan akan ia sudah jadi  satu trend di kalangan segelintir wanita.

Ini sebenarnya berpunca daripada melakukan seks rambang yang tidak terkawal dengan pasangan masing-masing yang bukan mughrim terutama sekali di kalangan remaja.

Yang paling menyedihkan sekali kenapa mereka begitu tergamak membuang anak atau bayi yang tidak berdosa itu tidak kah mereka  ada rasa belas kasihan bila melihat bayi yang baru dilahirkan dicampak hidup-hidup sama ada kedalam   longkang ataupun di tong-tong sampah.

Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Tanjung Papat Puan Saleena Titi (gambar) ketika diminta mengulas satu kejadian pembuangan bayi didalam mangkok tandas di Pulau Pinang  baru-baru ini.

Kata Saleena lagi sedangkan binatang yang tidak punya akal tetapi punya  perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya inikan lagi manusia yang diberi akal dan fikiran yang cukup semporna lebih tergamak membuang anak-anak mereka yang dikandung selama 9 bulan 10 hari itu.




SAYANG MENYAYANGI....Lihat ini anjing begitu menyayangi anak-anaknya  yang baru lahir berbanding manusia yang lebih kejam daripada binatang


“Sebagai seorang wanita kena harus pandai menjaga diri jangan terlalu mengikut hawa nafsu dan begitu mudah menyerahkan tubuh badan kepada teman lelaki kerana atas cinta sejati, inilah akibatnya” ujarnya.