POLIS CAWANGAN KHAS DIMINTA SIASAT DAKWAAN ORANG MENGAKU DIRINYA SULTAN NORTH BORNEO

OLEH: SHAIMON S JUMADI
 
LAHAD DATU:- Sekali lagi penduduk di Sabah khususnya di daerah Lahad Datu telah digembar gemburkan berita yang agak sensasi atau berita mengelirukan di mana seorang penduduk namanya Datu Abdul Razak Bin Datu Aliuddin  dikenali  telah mengaku dirinya sebagai Sultan North  Borneo atau ketua kerajaan North  Borneo.

Dengan merasa bangganya orang ini telah mempamerkan gambar posternya dilekatkan di kereta double cap menyatakan Sultan Borneo.
 
Orang di sekitar Bandar Lahad Datu bila mana terlihat gambar tersebut mereka merasa hairan betulkah wujudnya Sultan  North  Borneo/Ketua Kerajaan North Borneo di Sabah pada masa ini.

Memandakan berita yang mengejutkan masyarakat di negeri ini tentang kewujudan Sultan  North Borneo yang boleh mengelirukan penduduk setempat dan mencemaskan diminta pihak Polis Cawangan di Lahad Datu dan Negeri menyiasat kes ini jika benar dakwaan itu mereka yang mengaku dirinya Sultan North  Borneo perlu diambil tindakan undang-undang yang berat.


Disamping itu pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tolong siasat siapa milik kenderaan dauble cap ini bernombor plat SD1175C agar  memudahkan pihak polis mengesan dan menjejaki i orang ini.

Kalau rancangan  SSKM berjaya keluar dari gagasan Malaysia sudah pasti orang ini bakal menjadi Sultan North Borneo tidak mustahil inilah yang diidam-idamkan oleh anak-anak jati Sabah beriya- iya sangat  masuk keluar dari Malaysia kalau berjaya  akan dibantu Moro dan Abussyap dan pelbagai militant dari seberang. untuk menakluki Sabah.

No comments:

Post a Comment