TUN MAHATHIR PERSOALKAN MANA PERGI DANA 1MDB?

SOKONG PEMIKIRAN BUKAN INDIVIDU
(Mahathir muncul sebagai pendikar)

NUKILAN ISMAIL Y BUNGSU
PRINSIP saya cukup jelas, saya sokong pemikiran dan tindakan yang baik tetapi jika tindakan tak betul maka sesiapa saja baik PM atau sang raja tetap saya bantah sebab kita sama saja di mata Allah kala mati bakal bawa pahala/amal yang kita lakukan di dunia ini.

Ramai pemimpin menyokong parti bila ketuanya membawa kebaikan, tetapi bila ketuanya lupa diri maka ada pemimpin meninggalkan parti itu bermakna ia punya prinsip sokong pemikiran, tindakan dan bukan individu.
Prinsip ini bermakna tidak mungkin kita ikut individu yang mahu terjun ke gaung dan jika ada jelas yang berkenaan bodoh sebab punya prinsip sokong individu bukan pemikiran dan tindakan.
Memang saya akui Mahathir seorang pemimpin yang bijak sebab dia seorang doktor manusia yang harus bertindak ikut ilmunya dan bukan pandangan orang lain. pandangan orang lain sekadar ilmu tambah untuk dia bertindak sebagai doktor yang mahu membedah pesakit. di situlah kelebihannya Mahathir.
Kelebihan itu juga ia gunakan kala dia tahu di Sabah bakal susah dikuasai dan akhirnya dia halalkan pemberian IC kepada pendatang asing secara meluas dan kesannya berbondong orang asing keluar masuk kala pintu terbuka luas dan kemudian begitu mudah mendapatkan IC terus menjadi pengundi BN dengan niat kekalkan kuasa dan ini kita tidak terima sebab menyusahkan rakyat lokal sendiri.
Sekarang ini Mahathir tiba-tiba muncul sebagai pendikar yang hebat dan apa lagi kaki ampu, bodek yang tidak mendapat habuan dari Najib terus menjadi pencacai dan memuji Mahathir sebagai penyelamat tetapi sayang taringnya sudah tiada setelah selesai duduki kerusi sakti selama 22 tahun dan usia sekarang 89 tahun.
Memang apa saja yang Mahathir katakan itu kita setuju, tetapi bukankan dia sama saja dua kali lima kala berkuasa dulu dan bukankah anaknya itu muncul sebagai orang terkaya di Malaysia dan kala mahu muflis dia arah petronas beli kapal buruk milik anaknya sendiri dengan harga mahal iaitu 1.8 bilion?
Kalau Najib duduki PM dan kasih kaya adiknya sendiri yang juga muncul terkaya di Malaysia dan kemudian bantu anak tiri bikin filem porno di barat/tak diizin tayang di Malaysia dengan kos dekat setengah bilion dan kemudian sesuka hati isteri najib guna jet, beli cincin dan kondo puluhan juta di barat, lalu apa salahnya?
Bukankah itu juga berkat didikan Mahathir dan kenapa pula Najib yang disalahkan dan semula dipersoalkan ke mana perginya dana 1MDB dan gasak wang poket rakyat termiskin dengan cara laksana GST?
Ah, sama saja dua kali lima dan lima kali dua. Kong atas king, king bawah kong sama dengan kong kali kong. PR jangan mudah goyah dan harus jalan terus hadapi PR-14 untuk merubah kerajaan yang maknanya selamatkan negara dari kerakusan pemimpin yang tamak, gila kuasa dan salah guna kuasa hingga rakyat Malaysia menderita.

RAHIMAH SAMBUT BAIK PENUBUHAN KUMPULAN MARHABAN KG GAS

OLEH:- SHAIMON S JUMADI


BATU SAPI:- Ketua Bahagian Wanita UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah berkata penubuhan kumpulan Marhaban Kampung Gas yang diusahakan oleh Pengerusi Kumpulan Marhaban ini menjurus jalan kejayaan.

“Saya selaku Ketua Wanita UMNO Batu Sapi  amat penyokong usaha murni ini agar meneruskan menubuhkan kumpulan Marhaban ia sejajar dengan perkembangan syiar dakwah Islamiah di Negara ini” ujarnya.

Rahimah berkata  sebagai wanita yang bergelar ibu kita tidak semata-mata menumpuhkan pengurusan rumah tangga itu adalah wajib tetapi juga wanita juga mempunyai peranan yang lain selain menjaga rumah tangga ia juga perlu berkecimpung dalam apa jua aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan juga aktivi-aktiviti keagamaan.

“Saya percaya dengan penglibatan kaum ibu khususnya wanita dalam perbagai persatuan NGO atau bidang arena politik  banyak menimba ilmu yang diperoleh hasil  perkongsian maklumat daripada kawan-kawan seangkatan” katanya.

Rahima berkata selanjutnya dengan penubuhan Kumpulan Marhaban di Kampung Gas sekaligus  dapat  mengharumkan  nama Kg Gas sisih masyarakat di kawasan Batu Sapi dalam meningkatkan  syiar dakwah  Agama Islam.



23 CHINESE SCHOOL BOARD AND SCHOOL ASSOCIATION RECEIVED CASH FROM MP BATU SAPI

BY AZMIN AMAN


PICTURE SHOW……Linda (sixth right) with principals of Chinese schools and representatives of school management boards during the cash aid presentation ceremony







BATU SAPI:-   Twenty three Chinese school management boards, schools and school associations received cash aid from Batu Sapi Member of Parliament Datuk Linda Tsen Thau Lin here on Saturda

Linda presented the cash aid to representatives of the various school management boards, schools and school associations in Sandakan during the yearly dinner with school officials, Parents-Teachers Association and school management in Batu Sapi Parliamentary constituency at a leading seafood restaurant on April 25.

She also handed over cheques from the Education Ministry to six Chinese primary schools at the function attended by more than 200 representatives of Chinese school management board committees, principals, teachers and other officials in Sandakan.

“The Barisan Nasional Government will continue to provide aid to Chinese schools which is part of the education system in the country,” Linda said.

On another development, Linda called on school management board committees, Chinese school associations and principals in Sandakan to form a sub-committee to review the performance of Chinese schools in UPSR examination.

“Chinese schools in Kota Kinabalu fared better than the Chinese schools here in UPSR, we must look into ways on how we can best improve our performance to achieve better results,” she said.

Linda also announced she would be giving 1,000 plastic chairs to the 20 Chinese primary schools and kindergartens in Sandakan.





WONG MINTA AHMAD MAZLAN SENARAIKAN HARGA SATU-SATU BARANG YANG KONONNYA TURUN HARGA SELEPAS GST

OLEH:- SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:-  Sejak terlaksananya  GST pada 1hb April ini bukan saja menjadi rungutan di kalangan orang-orang biasa  para penyokong parti pembangkang bahkan juga telah menjadi rungutan oleh para penyokong Barisan Nasional (BN) sendiri yang tidak setuju GST dilaknakan

Dan ini jelas ekoran  daripada laporan   berita yang menunjukkan Ahli Parlimen BN merungut bahawa GST perubatan anak melebihi seribu ringgit, dan Senator berkata harga barang dinaikkan 20% hingga 30% sejak pelaksanaan GST, jika harga barang tidak turun dalam 3 bulan ini, rakyat yang berpendapatan rendah akan menghadapi kesusahan dan mengakibatkan masalah sosial,

Ahli Parlimen Sandakan  (DAP) Stephen Wong menegur secara jujur  bahawa ini adalah akibat kerajaan berkeras sangat hendak melaksanakan GST,  dalam hal ini kerajaan harus bertanggungjawab terhadap perkara ini.

Wong berkata, kenyataan Ahli Parlimen BN dan Senator membuktikan parti pembangkang bukanlah membantah demi membantah seperti yang ditunjukkan oleh kerajaan BN.


Kata beliau, semasa kerajaan BN mengumumkan bahawa pelaksanakan GST bermula pada bulan April tahun ini, parti pembangkang telah meramalkan jika ia dilaksanakan, pasti akan memberi kesan yang buruk  kepada orang miskin, setiap hari diperlukan bayaran cukai 6%.




Beliau berkata, parti pembangkang telah membuat bantahan di Parlimen, tetapi Ahli Parlimen BN langsung tidak menghiraukan kesusahan rakyat.

Apabila bantahan ditolak di Parlimen, parti pembangkang telah menggesa untuk mengurangkan kadar GST, tetapi Ahli Parlimen BN masih tidak mendengar, menyokong kerajaan melaksanakan GST 6%, dan membantu untuk berbohong kepada rakyat, menegaskan bahawa kehidupan rakyat tidak akan terjejas selepas pelaksanaan GST, malah harga barang akan menurun.

Wong mencabar kerajaan BN menyenaraikan barang-barangan yang telah turun harga, jangan menggunakan kata-kata manis untuk menipu rakyat.

Beliau berkata, kini merupakan hari ke-24 sejak pelaksanaan GST, dipercayai rakyat dapat melihat harga barang dan keadaan di pasaran sekarang.

Tambah beliau, parti pembangkang juga pernah mencadang untuk membatalkan GST dan digantikan dengan cara seperti cukai kekayaan, tetapi kerajaan BN masih tidak mendengar. Parti pembangkang juga pernah menyaran agar menangguhkan pelaksanaan GST, kerana kini bukanlah masa yang sesuai, tetapi kerajaan langsung tidak mempeduli, biarpun parti pembangkang membahas dan mengangkat sepanduk menyuarakan bantahan.

Wong berkata, kini Ahli Parlimen dan Senator BN telah merasai kesusahan rakyat yang menghadapi GST, dan harga barang melambung tinggi, tetapi apa gunanya? Kesusahan rakyat pada hari ini adalah akibat tindakan kerajaan BN dan Ahli Parlimen BN.

Beliau juga mengutuk keras Timbalan Menteri Kewangan yang berdalih bahawa GST tidak akan menyusahkan rakyat. Selain itu, ada juga orang kaya yang berdiri bersama kerajaan BN.

Wong berasa amat kecewa dengan pengumuman Datuk Bandar DBKK, Datuk Abidin Madingkir yang melarang perhimpunan BERSIH pada 1 Mei di Padang Merdeka, Padang Chong Thien Vun dan Padang Bandar. Wong mengutuk  sekaras kerasnya  kerajaan BN menindas perhimpunan Anti-GST yang diadakan pada 1 Mei melalui DBKK dan pihak polis, tindakan ini telah melanggar prosedur demokratik.

Kata beliau, perhimpunan aman yang diadakan oleh BERSIH adalah untuk menyampaikan ketidakpuasan hati terhadap GST, merujuk kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, rakyat berhak untuk mengadakan demonstrasi aman, tidak perlu memohon tetapi dihendaki menghubungi pihak polis 10 hari sebelum demonstrasi diadakan, apakah sebabnya DBKK dan pihak polis melarang perhimpunan 1 Mei yang diadakan di 3 lokasi di bawah jagaan DBKK?

Wong menegaskan, ketiga-tiga lokasi tersebut adalah milik rakyat, walaupun di bawah jagaan DBKK, ia bukan milik peribadi DBKK atau pihak polis.

“Dalam konteks Saya ingin menambah sedikit berasaskan keterangan yang amat mengelirukan rakyat menurut Ahmad Mazlan  Timbalam Menteri Kewangan menyatakan kononya selepas pelaksanaan GST bahawa harga barang-barang keperluan akan turun, begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Hassan Malik selepas GST sebanyak 8,282 pelbagai jenis barangan akan turun.


Sementara pihak FOMCA menyatakan selepas GST harga barang-barang akan dinaikan 30 peratus jadi yang mana satu betul, jika kerajaan BN  benar-benar telus dan ikhlas  terutama sekali Ahmad Mazlan sila senaraikan nama-nama  barangan yang bakal diturunkan harganya supaya saya tahu dan tidak tertanya-tanya” tegas Wong

PADERI:...KAMI MAAFKAN PROTES TURUN SALIP GEREJA TAMAN MEDAN BIAR TUHAN YANG HUKUM MEREKA




OLEH MUZLIZA MUSTAFA


KAMI MAAFKAN  Yang protes suruh turunkan Salip Gereja Taman Medan Biar Tuhan Yang Hukum Karma Mereka  Yang Jahil Itu Akan Dapat Balasan  Dari Allah Yang Setimpal
SELANGUR:- Agak terkejut dengan sokongan yang diterimanya, paderi kanan gereja di Taman Medan, Petaling Jaya, Paul Packianathan terharu atas sokongan berkenaan dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana bersolidariti dan berkata mereka memaafkan kumpulan yang mengadakan protes menuntut tanda salib dialihkan.
Bercakap selepas upacara keagamaan pada hari ini, gereja berkenaan memaafkan mereka yang mengadakan demonstrasi di hadapan premis mereka pada Ahad minggu lepas.SELANHO
"Itu apa yang Isa ajari. Jika mereka di sini saya akan peluk mereka," katanya.
Turut hadir adalah isterinya, Victoria, yang juga merupakan pastor, termasuk orang ramai.
Victoria merupakan paderi minggu lepas, ketika sekumpulan 50 individu daripada penduduk Taman Medan mengadakan protes di hadapan rumah kedai yang menempatkan gereja mereka menuntut lambang salib di gereja itu diturunkan.
Mereka berkata, lambang berkenaan mencabar Islam dan akan menggugat akidah remaja-remaja di kawasan itu.
Gereja itu bagaimanapun belum memutuskan sama ada akan meletakkan kembali lambang salib tersebut di tempatnya.
"Kami masih menantikan Tuhan mengarahkkan kami untuk melakukan tindakan selanjutnya," kata Paul.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali awal minggu ini berkata gereja berkenaan boleh meletakkan kembali salib tersebut, kerana tiada sebarang kesalahan dilakukan memandangkan ia merupakan lambang agama Kristian.
Paul turut mengucapkan terima kasih kepada Azmin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mempertahankan gereja berhubung perkara itu.
Paderi itu berkata, menanggalkan salib daripada bangunannya adalah "tindakan tepat" ketika protes tersebut.
"Minggu lepas, pada waktu ini dia sedang bertugas. Upacara keagamaan tidak boleh dihentikan. Tapi dia turut memikirkan soal keselamatan semua pihak," katanya merujuk kepada Victoria.
"Saya menyokong keputusannya untuk menurunkan salib ketika itu. Menjadi ‘pahlawan keyboard’ mudah kerana tidak melalui perkara itu," katanya, merujuk kepada mereka yang mengkritik tindakan gereja menurunkan salib.
Pastor itu turut mempertahankan salah seorang peserta protes, Datuk Abdullah Abu Bakar yang merupakan ketua Umno Cawangan, dan berkata tindakan menyebarkan gambar dan berita mengenainya adalah salah.
"Itu pembunuhan karakter. Sangat salah. Apa kaitannya dengan semua ini?
"Media juga melaporkan dia sangat marah ketika protes. Itu tidak berlaku. Paderi Victoria memaklumkan semuanya dalam laporan polis yang dibuatnya baru-baru ini," kata Paul.
Abdullah, abang kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kepada media sebelum ini beliau terpaksa berada di lokasi protes untuk mententeramkan keadaan.
Polis kini sedang menyiasat peserta protes dan menyoal siasat beberapa peserta termasuk Abdullah.


AKAN DILAHANATI ALLAH..... Mereka yang terlibat protes turunkan salip Gereja Taman Medan akan dapat bala kerana dilahanati Tuhan yang suka berbuat dosa
Khalid, yang sebelum ini berkata peserta demonstrasi tidak melakukan sebarang kesalahan kemudian berkata beliau tidak akan campur tangan jika tindakan diambil terhadap abangnya.
Najib dalam kenyataannya pada 21 April berkata, Kabinet mengarahkan polis menyiasat protes itu dan memberi amaran tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan atau undang-undang sedia ada.
Kerajaan Selangor juga mengesahkan gereja tidak memerlukan sebarang permit untuk dijalankan di kawasan hartanah komersial dan hanya notis pemakluman kepada jawatankuasa hal ehwal agama bukan Islam diperlukan.
Kata Pastor itu inilah kebaikan kerajaan Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat  boleh bertolak ansur dan memahahi aspirasi dan impirasi para penganut Kristian dan kerajaan sebegini perlu dikekalkan buat selama-lamanya untuk memeritah Negeri Selangor.


"Kita mempercayai adanya Tuhan biarlah Tuhan mereka yang jahil itu akan menerima hukum karma dari Tuhan yang masa esa dan akan dilahanati Allah" katanya.

POLIS SABAH SEDANG GIAT BURU SASPEK 7 ORANG ASING TERLIBAT ROMPAKAN BERSIRI KINABATANGAN

OLEH: CHARLES P ANDIANG

KOTA KINABALU:- Orang ramai diseru supaya berwaspada dengan tujuh warga asing yang diburu polis kerana disyaki terlibat dalam dua rompakan bersenjata di pantai timur Sabah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Datuk Salehuddin Abdul Rahman berkata, tujuh lelaki terbabit dikehendaki bagi membantu siasatan dua kejadian tembakan merangkap rompakan di pantai timur Kinabatangan minggu lepas.


TAHIR MAMONG salah seorang mangsa rompakan bersenjata di Estate Melangkin Jalan Sukau.
Suspek, dipercayai terlibat dalam rompakan yang menyaksikan pengurus ladang berusia 50 tahun Yuen Wing Wah ditembak mati dan pemilik ladang Danny Wong, 30, cedera di daerah yang sama pada 13 April.

Satu kejadian yang sama berlaku beberapa hari kemudian pada 17 April apabila pemilik kedai runcit berusia 50 tahun iaitu TMohd Tahir Mamong telah ditembak di dada dalam kejadian yang berlaku pada waktu siang.

Dia kehilangan dua jam tangan dan telefon bimbit, tetapi berjaya melarikan diri dengan memandu laju selepas ditembak.

The Borneo Sabah Insider  difahamkan   mereka tidak akan terlepas begitu saja kerana   pihak ESSCOM sedang giat memburu ke 7 orang asing disemua kawasan ladang sawit di Kinabatangan dan ladang-ladang sawit yang lain.



JAMES TURUN PADANG SELESAIKAN MASALAH PENDUDUK KG POMOTODON ZON LINGKABAU

OLEH: SHAIMON S JUMADI

TURUN PADANG.... James turun padang selesaikan masalah penduduk Kg Pomotodon Zon Lingkabau

 

SUGUT:- Sebagai wakil rakyat yang telah dipilih kita seharus tidak boleh mengabaikan permasalahan rakyat disetiap sudut  ia perlu dibantu agar sesatu masalah kecil mahu besar dapat diberekan.

Membantu rakyat disetiap kampung masalah masalah tanah,pembangunan dan juga masalah pribadi  itu sudah jadi tanggunjawab kita sebagai wakil rakyat dan perkara ini sukar dielakan.

Datuk James Ratib Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sugut berkata ketika mengadakan pertemuan dari hati kehati dengan para pemimpin Zon Lingkabau  di Kampung  Pomotodon baru-baru ini.
  
Banyak aduan diterima daripada penduduk setempat antaranya masalah kemudahan asas, tanah dan juga lain-lain perkara akan diatasi segara.

Saya harap penduduk Kampung Pomotodon agar bersabar apapun semua bentuk aduan yang saya terima pastinya saya akan selesaikan dengan sebebarap segera” ujar James Ratib.

Katanya sokongan padu terhadap kepimpinannya sabagai Ketua Bahagian UMNO Beluran dan juga Wakil Rakyat Sugut perlu disemai dihati sanubari mereka agar segala projek dengan mudah disalurkan disetiap sudut kampung khususnya di kawasan DUN Sugut agar dapat sama-sama menikmati kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
  
Ini ternyata  semenjak Datuk James Ratib menjadi wakil Rakyat bermula pada taun 2013 kawasan Sugut banyak berubah wajah dalam arus perdana pembangunan ini jelas James memang seorang berjiwa rakyat tanpa mengira siapa mereka.










KENAPA ADUN-ADUN SABAH BANGSA SUNGAI-DUSUN-KADAZAN-MURUT TIDAK PERTAHANKAN TANAH-ANAT ADAT NCR DICEROBOH

KUPASAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
Sabahinsider14.blogspot.com.













PENCEROBOH TANAH NCR... Usir Penduduk Kampung  Sinurai dalam daerah Ranau

  
SEJAK dari tahun 1995 lagi kalau Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) yang berketurunan suku Sungai, Kadazan, Murut dan Dusun dari awal-awal lagi mengambil perhatian penuh dalam menjaga hak-hak asasi orang Sabah khususnya anak jati tulen Sabah agar tidak jatuh ketangan orang-orang luar dari Semenanjung yang kini telah menepoli tanah-tanah adat NRC di beberapa kawasan tertentu sudah pasti perkara pencerobohan tanah-tanah adat tadi dapat dibendung.

APA SUDAH JADI.....Penduduk Kg  Sunurai ini jadi pelarian ditempat sendiri PATI dari Indonesia dan Filipina bermaharajalela membina rumah di sana sini tidak dirobon dasar kerajaan ternak PATI


Sekarang agak terlambat sudah dan sukar untuk  membendung atau memantau terhadap tanah-tanah adat NCR kerana 80 peratus tanah-tanah  tadi banyak diceroboh dengan membuka ladang-ladang sawit di sana sini oleh orang-orang luar.
  
TUNTUT TANAH NCR....Di Kuamut kes hingga ke Mahkamah Tinggi Sandakan


Kadang-kadang bila kita mengetahui dan mendengar kes-kes tanah adat dirampas dan ceroboh oleh orang-orang daripada  Semenanjung begitu mudah membuka ladang-ladang sawit di berapa tempat seperti di Kuamut, Kinabatangan, Beluran dan di kawasan-kawasan pedalaman agak menyedihkan juga orang-orang Sungai, Murut dan Dusun yang sudah mendiami tanah-tanah adat NCR begitu lama sehingga ke empat generasi telah hilang begitu juga hak-hak asasi mereka tanpa ada rasa belas kesihan.

KES TERBAHARU....NUNUN seorang penduduk Kampung Benang Sugut mendakwa tanah adat yang didiami oleh penduduk lebih 100 tahun kini diceroboh oleh Syarikat Ibu Emas dari semenanjung.


Ada juga kes pencerobohan tanah-taah adat ini hingga di bawa kemahkamah Tinggi selalunya yang kendalikan kes ini ialah Datuk Kong Hong Ming Syabas  Datuk Kong kerana membela nasib orang-orang kampung yang semakin hari kian tertindas hilang segala hak asasi mereka.

Sementara Jabatan Perhutanan bertindak ganas macam askar rejim Israel tanpa ada rasa simpati rasa belas kesihan tiadak rasa peri kemanusian tergamak membakar rumah-rumah mereka meradu segala tananam sawit yang sudah bertahun-tahun mengeluarkan hasil sebagai sumber pendapatan menjana ekonomi rakyat diluar Bandar.

Dengan khabarnya dengan tindakan kakitangan Jabatan Hutan membakar rumah-rumah diatas tanah adat NCR ada sekeluarga yang rentung tetapi tidak diambil tindakan sehingga kes itu hilang begitu sahaja begitulah ceritanya.

Kenapa dan mengapa para ADUN di Sabah yang berbangsa Sungai, Kadazan, Murud dan Dusun  terus diam seribu bahasa membisu tidak pernah menyuarakan hal-hal yang berlaku sebegini rupa di persidangan Dewan Undangan Negeri untuk mempertahankan hak-hak asasi orang Sabah anak tulen Sabah.


Semasa kerajaan USNO, BERJAYA dan PBS kita tidak pernah mendengar kes-kes orang Malaya mengambil atau menceroboh tanah-tanah adat NCR tetapi setelah kerajaan BN mengambil alih pemerintahan dari PBS disini mulanya kes-kes percerobohan tanah-tanah adat semakin hari semakin menjadi-jadi macam sudah jadi satu trend dan budaya orang-orang Semenanjung monopoli  tanah-tanah adat di Sabah.
  
Yang menjengkelkan sudah mereka ceroboh tanah-tanah orang kampung mereka usir  suruh keluar  daripada kawasan tanah itu yang juga menjadi sesebuah kampung sambil membawa polis taukey tadi mengupah polis suruh tembak satu-persatu penduduk yang enggan berganjak atau berpindah, apa lagi polis ikut telunjuk taukey begitu kejam buat kepada orang-orang kampung.
  
Sebagai kesimpulannya sampai bila kes pencerobohan tanah-tanah adat ini boleh selesai hanya satu jalan saja kalau ADUN-ADUN berbangsa Sungai, Kadazan Murut dan Dusun bersatu hati menentang sudah pasti perkara pengambilan tanah-tanah adat  NCR boleh diatasi.

Orang-orang asing PATI yang mempunyai kad pengenalan nombor H033XXXX H.024XXXX dan H.0505XXX begitu mudah membina rumah-rumah diatas tanah kerajaan sehingga menjadi satu kampung jangan jauh-jauh pergi ke Kampung Paris 1 Paris 2 dan Paris 3 dan pergi ke Kampung Gari Nunoh siapa penghuninya kerajaan tak berani ganggu mereka tetapi kalau bangsa Sungai, Kadazan, Dusun dan Murut sudah menjadi mangsa keadaan buat selama-lamanya.
  
Sungguh malang sekali nasib penduduk asal sabah berbanding dengan  penduduk warga penyu PATI  yang banyak mendapat keistimewaan daripada kerajaan BN.
  
Sedarlah  wahai ADUN-ADUN sabah yang berbangsa Sungai, Murut, Dusun dan Kadazan jangan mudah diperkotak katikan bantulah mereka  bagi mempertahankan tanah-tanah adat walaupun tidak mempunyai geran tapi tanah yang mereka duduki  sudah 4 generasi kuburan  nenek moyang mereka banyak dikubur atas tanah adat itu.


SELAMAT PENGANTIN BARU ZUAMIN DAN SULIANA SEMOGA BERBAHAGIA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ikan dilaut asam didarat bertemu juga didalam belanga jodoh tak akan kemana Ajal Maut- Jodoh Pertemuan adalah datangnya daripada Allah yang maha kuasa.

Begenilah cerita sepasang merpati dua sejoli di mana Zuamin Sulaiman  telah diijabkabulkan dengan pasangannya Suliana Titi sah sudah menjadi suami.

Zuamin Sulaiman   bertugas di Pejabat Urban Transformation Centre (UTC) sementara  Istrinya Suliana Titi bertugas di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kedua mempelai disandingkan di kediamnya Taman Sejati Ujana  dengan suasana meriah sanak saudara sahabat handai menghadiri majlis tersebut.


Kami bagi pihak Krew dan  Editorial The Borneo Sabah Insider.Net mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai semoga bahagia kehingga  ke akhir hayat.

SAMSUDIN GESA WANITA UMNO BATU SAPI AGAR KERJASAMA DISEMUA PERINGKAT

OLEH: AZMI AZMAN
FOTO: SHAIMON S JUMADI


BATU SAPI:- Pergerakan Wanita UMNO merupakan tulang belakang dan sayap kanan kepada perjuangan UMNO Bahagian disaran meningkatkan  kerjasama  bagi menggembling tenaga untuk mempertabatkan perjuangan UMNO dipersadah politik tanah air.

Perjuangan kaun wanita juga amat diperlukan bagi membantu merealisasikan dan memantabkan perjuangan UMNO khususnya berdepan dengan musuh-musuh politik yang sentiasa ingin menggugat kestabilan  keharmonian dan perpaduan  erat di kalangan ahli-ahli UMNO.


Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Datuk Hj Samsudin Yahya berkata demikian ketika berucap menyempurnakan mesyuarat Berkelompok yang melibat 161 Cawangan-Cawangan Wanita UMNO Batu Sapi yang diadakan Ballroom Holeh Ibis dekat sini pagi tadi.

“Kerjasama yang intim di kalangan ahli-ahli wanita diperingkatkan cawangan dan akar umbi ia perlu disemai dan dipertingkatkan demi mengkukuhkan perjuangan yang lebih mantab” ujarnya.

Samsudin berkata  UMNO adalah parti untuk orang Melayu khususnya bumiputera perjuangannya adalah untuk membela nasib kaum dan bangsa Melayu dalam meningkatkan ekonomi dan pelbagai aspek disamping itu UMNO juga adalah rakan perjuangan dalam komponen Barisan Nasional (BN) dengan parti-parti lain seperti MCA,MIC Gerakan, PBS, LDP, UPKO dan PBRS yang berperanaan untuk membela kaum masing-masing di tanah air.

Katanya lagi sejak BN/UMNO memerintah negeri Sabah bermula dari tahun 1994 sehingga sekarang rakyat dinegeri ini banyak menikmati kemudahan-kemudahan asas yang disalurkan oleh kerajaan BN untuk  rakyat jelata tanpa mengira siapa mereka.

Contoh yang terdekat tambah Samsudin dikawasan-kawasan luar Bandar penduduk-penduduknya telah menikmati pelbagai kemudahan seperti jalanraya Klinik Desa, Sekolah, bekalan elektrik, surau-masjid,  air paip dan sebagainya.

Dari itu  kata Samsudin rakyat pada hari ini harus bersyukur dengan pemimpin-pemimpin BN yang sentiasa memikirkan dan menitikberatkan soal kebajikan rakyatnya yang banyak menyalurkan projek-projek pembangunan.  Perdana.

Terdahulu dalam ucapan Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Puan Rahimah Asrah beliau dan rakan-rakan seperjuangan dalam Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi akan setia berdiri teguh dibelakang pucuk pimpinan Ketua Bahagian  Batu Sapi akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Datuk Samsudin.

“Kami selaku Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi sama ada diperingkat Bahagian,Cawangan dan akar umbi berikrar akan  taat setia kepada pimpinan Ketua Bahagian dalam menerajui kepimpinannya sehingga akhir hayat itu janji kami” tegas Rahimah.

Mesyuarat Berkelompok Cawangan-Cawangan Wanita UMNO Batu Sapi  yang dilangsungkan hari ini telah dihadiri lebih 161 ketua-ketua cawangan daripada pelbagai kampung.


Turut Hadir ialah Puan Vijay dari MIC Sandakan termasuk AJK Bahagian UMNO Batu Sapi.

MAJLIS BERSAMA KANAK-KANAK SAN KARAMUNTING WALAU SEDARHANA TAPI PENUH MAKNA....RAHIMAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: RAHIMAH ASRAH
Sabahinsider14.blogspot.com

BERUCAP....Rahimah  anak-anak bakal mewarisi perjuangan pimpinan negara



BATU SAPI:- Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita  dan Keluarga (MPWK) Parlimen Batu Sapi Rahimah Asrah berkata Majlis bersama Pengawas,  Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas  Sekolah Agama Negeri (SN( Karamunting walaupun diadakan sedarhana tetapi membawa makna yang besar dalam erti kata lain.

Usaha sebegini rupa yang diusahkan oleh  Ustaz,Ustazah yang diketuai oleh Guru Besar SAN sebagai pemangkin  dalam menghargai mendidik anak-anak untuk yakin diri dalam menanam semangat  cintakan ilmu bagi mengukukuhkan jati diri sebagai generasi pewaris  perjuangan bagi menegakkan kalimah Allah.

Rahimah berkata demikiian ketika memberi ucapan dimajlis tersebut sempena lawatanya ke Sekolah Agama Negeri   (SAN) Karamunting pagi tadi.
 
Beliau menambah atas perkongsian usaha dan kerjasama sebegini rupa ia bukan sekadar dituntut oleh Agama Islam  bahkan   menjurus mengeratkan siratulrahim antara pemimpin setempat dan juga pihak sekolah disamping itu dapat mendekati kepada anak-anak bagi menyelami sendiri kehendak keperluan mereka.

“Saya difahamkan anak-anak ini amat berpotensi dan berbakat dalam bidang Kurikulum mahupun KoKurikulum.. Oleh itu seharusnya kita menyediakan frasarana dan program untuk menggilap dan menonjolkan bakat anak-anak  ini agar mampu bersaing di peringkat lebih tinggi” Ujarnya.

Selain itu kata Rahimah  untuk berjaya anak-anak diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gejalah negatif yang sekarang ini mudah diperoleh melalui perkembangan media massa yang mana kita disajikan dengan ledakan maklumat tanpa batasan.

“Jika tanpa pemantauan ibu bapa tidak mustahil anak-anak  didik kita yang dikenali sebagai gen Y ini akan mudah tertipu dan akhirnya terpedaya dengan dakyah negatif yang bisa menghancurkan dan memusnahkan keamanan dan kesejahteraan negara  termasuk membinasakan diri mereka.” Katanya

Dalam konteks ini kita sebagai Pemimpin kerdil  di peringkat sekolah anak-anak ini akan mewarisi kepimpinan negara di masa akan datng.

Oleh itu, bekalan ilmu dunia dan akhirat seharusnya seimbang dan menjadi pegangan agar mereka mampu lahir sebagai pemimpin masa depan yang bukan sahaja berketrampilan tapi berakhlak mulia... 

“Kami wanita UMNO dan juga Jawatankuasa MPWK P185 Batu Sapi  yang juga bergelar ibu amat memahami hasrat ibu bapa mereka yang ingin melihat anak-anaknya  ini berjaya satu hari nanti...

Sekali lagi didoakan agar usaha sebegini berterusan demi memberi manfaat kepada masyarakat sekitar.. Tahniah kepada ustaz dan ustazah yang banyak berusaha demi keselesaan anak-anak didik mereka.. kami cuma membantu mana terdaya” Jelas Rahimah



TINGKATKAN PERANAN KAUNSILOR MPS DALAM MENYALURKAN SEGALA MASALAH RAKYAT

DARI KACAMATA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
sabahinsider14.blogspot.com





TERDAPAT banyak masalah timbul di beberapa kawasan taman-taman perumahan di bawah  selia Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) tentang alam sekitar seperti longkang-parit sampah sarap lampu jalan dan rumput panjang ada yang telah diselenggarakan atau yang tidak diselanggarakan langsung.

Apa yang saya tulis ini   jujur saya katakan kita tidak boleh menyalahkan bulat-bulat kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) ia hanya badan pentadibir saja yang kita pertikaikan ialah sikap Ahli Majlis (Kaunsilor) yang telah dilantik untuk memegang satu-satu tanggunjawab dalam menjaga satu-satu hal.

Kegagalan kaunsilor menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh MPS untuk menyalurkan segala maklumat berkaitan tentang sesuatu masalah di kawasan taman-taman perumahan dan lain-lain tempat punca kegagalan pihak MPS untuk melakukan kerja-kerja penyenggelaraan adalah berpunca daripada  kaunselor yang kurang aktif.

Masyarakat dan penduduk setempat terang-terang sudah  menyalahkan bulat-bulat kepada pihak MPS dalam konteks yang sama walaupun MPS mempunyai beberapa merinyu (Inspektor) dalam beberapa bahagian tidak mencukupi hanya beberapa kerat tenaga mereka sudah membuat tinjauan di satu-satu lokasi yang bermasalah.

Makanya kerajaan khususnya MPS melantik orang-orang yang layak untuk dijadikan kaunsilor  sebagai mata dan  telinga untuk membantu menyalurkan segala maklumat yang berkaitan apa saja masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat agar segera dipantau atau diatasi.

Pokok pangkalnya proatif kaunsilor dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak MPS atas sokongan lantikan daripada wakil-wakil rakyat perlu ditingkatkan agar tidak timbul kepincangan dalam urusan hal ehwal pentadbiran yang dijalankan oleh MPS sebagai agensi/badan pentadbiran disesebuah daerah.


Semoga melalui coretan ini ianya bermanfaat kepada ahli-ahli Majlis MPS agar dapat memperbetulkan segala kelamahan-kelamahan untuk berkhidmat kepada masyarakat bagi kesejahteraan sejagat.