EKORAN SEKS RAMBANG TANPA HADNYA RAMAI WANITA REMAJA JADI ROSAK......KATA SALEENA


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tanjung Papat Puan Saleena  Az (gambar) menasihatkan kaum wanita terutama sekali remaja agar pandai menjaga diri dan akhlak yang mulia.

Sebagai seorang wanita seharusnya mempunyai nilai-nilai murni dan punyai  jati diri yang jitu sebab wanita pada hari ini sudah setanding dengan kaum lelaki dalam pelbagai aspek.

Saleena berkata demikian  kepada media ketika diminta mengulas satu kenyataan media yang bertajuk “  Dalam Tempoh Suku Tahun 2014  Pembuangan Bayi Sudah Mencecah 26 Kes” seperti yang tersiar diportal The Sabah Insider News pada 24 September 2014.

Kata Saleen lagi  perbuatan ini amat dikesali kerana melibatkan para remaja perempuan yang terdiri daripada masyarakat Islam yang terlalu cenderong melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Memang gejala masksiat di mana-mana saja memang berlaku fenomena ini memang sukar dibendung selagi seseorang itu cetek dalam ilmu pengetahuan agama Islam maka mereka mudah didorong oleh hasutan iblis untuk melakukan maksiat seperti berzina dengan bebas dengan pasangan masing-masing walaupun mereka belum lagi menjadi suami isteri.
 ujarnya.

Selaku Ketua Wanita PBS Saleena meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Malysia (JAKIM) agar sentiasa membuat serbuan di mana-mana saja rumah penginapan, hotel-hotel tak kira hotel bertaraf 1 hingga 5 bintang harus di serbu kerana tempat-tempat inilah  ramai remaja melakukan maksiat selain di taman-taman peranginan.


Katanya ekoran seks rambang dengan kekasih masing-masing yang belum mughrim tanpa hadnya maka ramai remaja perempuan jadi rosak ramai yang mengandung kemudian bila melahiran anak, anak tadi yang tidak berdosa dibuang begitu saja di mana-mana tanpa ada rasa  belasan kesihan sedangkan binatang yang tidak punya akal namun mempunyai rasa kasih sayang kepada anak-anak mereka.





SABAH INSIDER ADALAH SUARA RAKYAT SABAH DEMI KEADILAN


OLEH: THOMAS  SUNGGIOK

KOTA KINABALU:- Kewujudan Portal Online The Sabah Insider.Net di  negeri ini merupakan wadah rakyat Sabah terutama sekali warga luar bandar untuk mengutarakan pelbagai isu  dingin dan panas yang dipaparkan selain isu-isu semasa seperti pembangunan, Jalan Raya termasuk tanah-tanah adat NCR yang sering menjadi sasaran pencabulan hak-hak asasi manusia.

Pengurus Pentadbiran Sabah Insider.Net Jun Pacifico Abdullah (Gambar) menyatakan portal ini baru saja beroperasi selama 15 hari peminat setia media alam maya yang mengikuti perjalanan portal ini sudah mencecah seramai 826 ini jelas memperlihatankan  rakyat Sabah yang berbilang kaum sentiasa mengikuti perkembangan portal ini.

Menurut Jun pihak editorial menerima banyak sumbangan karya-karya  dari orang luar yang berbentuk kritikan kerajaan  tetapi pihak penyunting kena  berhati-hati  menyunting sama ada berita-berita tersebut boleh disiarkan  atau disebaliknya  kerana ia perlu banyak tapisan dibuat.

Kata Jun bahagian suntingan cerpen, sajak dan puisi ia di bawah kawalan Mohd Shafie Hj Talib yang bertanggungjawab untuk menyunting semua karya-karya sumbangan dari luar.

“Mereka yang ingin mendapatkan berita-berita panas dan sensasi sejajar dengan konsep Hot Spot News (Suara Rakyat Sabah Demi Keadalian) anda boleh melayari lawan web sabahinsider14.blogsopt.com / sabahinsider60.blogspot.com atau email: sabahinsider14@gmail.com “ tambahnya.

“Saya bagi pihak pengurusan dan bahagian pentadbiran mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca setia portal ini kalau bukan kerana anda sebagai pembaca setia  siapalah The Sabah Insider.Net/Sabah Insider.News” ujarnya.



BUANG BAYI HIDUP ATAU MATI SUDAH JADI TREND BUDAYA ORANG MALAYSIA

DARI MEJA EDITOR SABAH INSIDER NET
SAIMON S JUMADI


HARI ini  kita akan membicarakan tentang pembuangan bayi di negara ini semakin menjadi-jadi ini semuanya berpunca daripada melakukan zina (seks) dengan pasangan masing-masing tanpa hadnya di kalangan remaja lelaki dan perempuan.

Kerana perempuan-perempuan sekarang yang berpakaian cukup sopan berhijab (tudung) untuk menutup kepala tetapi dibawah di kangkang dengan begitu mudah sekali untuk di rasmas-ramas  dengan  teman lelaki mereka.


Dan  apabila mata perempuan dah terpalak-palak (terbeliak) kesedapan di mana-mana saja tempat untuk berzina mereka tak kisah yang penting mencari keseronokan bersama nanti  bila anak gadis mereka kebuntingan ibubapa mereka sudah menggelabah  takut   diketahui oleh jiran-jiran mereka kalau bukan cari dukun untuk menggugurkan   kandungan anaknya atau tunggu anaknya melahirkan   kemudian bungkus dengan kain pelikat dimasukan kedalam kotak baru campak ke dalam longkang  atau ditong-tong sampah.

Sewaktu saya pergi ke Kota Kinabalu  dua hari yang lalu atas urusan  menghadiri sesi temuduga di pejabat The Sabah Insider.Net di bangunan CPS Tower Centre Point timngkat 6. Saya terpanggil pula menginap di Bangunan Api-Api centre berdepan dengan kompleks Centre Point  bangunan setinggi 12 tingkat itu dari blok 1 hingga ke blok 6 sebahagian flatnya  dijadikan  rumah tumpangan untuk disewakan kepada orang ramai.

Kami bedua tinggal di tingkat 6 Blok 1  yang  mempunyai 6 buah bilik kami duduk di bilik nombor 3  selama dua malam dan susah mahu melelapkan mata walaupun mengantuk sekali kerana  sering terdengar bunyi bising orang  membuka pintu keluar masuk di bilik 4 hingga bilik 6.

Pada mulanya kami tidak percaya bahawa flat yang kami tinggal itu tempat melakukan maksiat oleh para remaja yang mempunyai kekasih masing-masing.

Semasa kami menaiki lif untuk ke tingkat 6 kami terdengar bisikan sepasang kekasih  katanya selamat kah tempat ini tiada kah JHEAINS buat serbuan.

Selama 2 hari kami tinggal dirumah tumpangan itu bertukar ganti perempuan dan lelaki menyewa  untuk semalaman kelihatan  perempuan-perempuannya berpakaian cukup sopan tutup aurat memakai hijab tetapi mereka terlibat melakukan kanca maksiat.

Kawan saya bertanya dengan seorang  lelaki  yang hendak pergi ke tandas siapa perempuan itu isterimu apa jawabnya bukan bang cewek ku dari Manggatal  kami memang sering menginap ditempat ini seminggu sekali untuk buat projek (Ngentot)

Kita amat kesal dengan peranan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)  baik di Sandakan mahupun di Kota Kinabalu memang ketara sekali mereka walaupun  mempunyai Unit Penguatkuasa Pencegah Maksiat tetapi langsung tidak berfungsi untuk menjalankan tanggungjawabnya bagi membanteras maksiat yang semakin meruncingkan ekoran perbuatan keji yang tiada had dan batansannya.

Krew Sabah Insider News juga difahamkan JHEAINS tidak berani membuat serbuan dihotel-hotel yang bertaraf 1 hingga 5 bintang walaupun telah dimaklumkan bahawa tempat ini ramai dikalangan wanita dan lelaki bukan mughrim tinggal bersama untuk membuat perkara-perkara keji   walaupun mereka mempunyai kuasa mutlak untuk menangkap mana-mana msyarakat Islam yang bersekedudukan namun tidak sampai sasarannya takut didakwa oleh para pemilik hotewl berkenaan.


Jadi jangan hairan kenapa sejak kebelakangan ini ramai anak anak gadis dan wanita yang mengandung tanpa suami  disebabkan seks rambang di kalangan remaja yang tiada hadnya begitu bebas di mana-mana saja tempat untuk melepaskan hawa nafsu.

Bila anak-anak mereka kebuntingan oleh lelaki yang tidak mahu bertanggung jawab lantaran anak-anak perempuan mereka terpaksa dikurung dalam bilik selama 9 bulan 10 hari.

Bagi mereka yang masih bersekolah terpaksa meminta cuti dengan alasan sakit dan berubat dikampung, sementara wanita yang bekerja terpaksa ambil cuti unpaid leave  sehingga melahirkan anak.

Yang menyedihkan sekali bila anak-anak gadis mereka bersalin kerana takut diketahui oleh jiran tetangganya anak yang baru saja keluar dari kangangan ibunya terus diambil oleh kedua ibubapanya lantas dibungkus dengan kain kemudian dimasukan ke dalam kotak entah mati atau hidup itu bukan persoalannya.

Keesokannya atau diawal subuh anak yang tidak berdosa itu dibuang di dalam tong sampai atau didalam longkang mereka kebanyakkannya masyarakat Islam yang melakukan perkara-perkara terkutuk itu.

Mengikut statistik pembuangan bayi yang direkodkan dalam suku  pertama tahun 2014 sebanyak 26 kes sahaja di sekitar kawasan Kuala Lumpur sahaja tidak termasuk di negeri-negeri lain di seluruh pelusuk negara.

Pada kesimpulannya pembuangan bayi di kalangan rakyat Malaysia sebahagiannya sudah menjadi satu trend alaf baru dan budaya yang sukar dibanteras.



BERCITA-CITA TINGGI PR AKAN DUDUK DIPUTRA JAYA PRU 14 INI.....KATA DR AFIF


OLEH: RAMASAMEY KARUNAKARAN

PETALING JAYA::- Semua orang mempunyai cita-cita dan angan-angan tinggi untuk menggapai sesuatu benda yang kita inginkan, angan-angan tidak serupa dengan cita-cita.
Angan-angan tidak perlu bergerak tidak perlu berusaha angan-angan hanya duduk mengelamun termung membayangkan sesuatu benda yang tidak pasti wujud, berbanding dengan cita-cita kalau seseorang itu bercita-cita hendak menjadi seorang peguam mereka  terpaksa berlajar bersunggu-sungguh.
Tetapi untuk mengejar cita-cita yang kita impikan selama ini harus mempunyai keyakinan diri dan jati diri yang jitu bekerja keras dalam satu team yang mantap tiada berlakunya diskriminasi antara satu sama lain barulah sebarang kejayaan dapat dicapai.
Samalah apa yang diimpikan oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Dr Afif Bahardin menyeru semua pihak untuk bergerak maju ke hadapan bersama dengan kepimpinan Menteri Besar Selangor yang baru agar semua rancangan kerajaan PR dapat dicapai dengan mudahnya menerusi kerjasama dalam  berpasukan tanpa adanya berbelah bahagi. 
Menurut beliau, seiring dengan perkembangan ini, AMK akan membantu merangka dasar untuk belia dan anak muda samada di bandar dan desa merangkumi aspek pembangunan insan, ekonomi dan sosial.
“Kami berharap dengan pelantikan ini, Negeri Selangor Darul Ehsan akan menjadi negeri yang komited dengan agenda kesejahteraan dan kemakmuran rakyat seperti mana yang dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat (PR).
“Semoga Negeri Selangor akan menjadi bukti kejayaan dasar pentadbiran PR dan seterusnya menjadi pemangkin untuk ke Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya beliau, mengalu-alukan pengumuman oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah merestui pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru dan juga telah dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR sebulat suara.
“Kami percaya pengumuman ini disambut baik oleh majoriti anggota parti dan rakyat negeri Selangor.
Semalam, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Di dalam surat dari Istana yang diterima FMT mengatakan Sultan Selangor telah berkenan melantik Azmin untuk menjawat jawatan MB Selangor berkuatkuasa 23 September 2014.
“Sehubungan itu, Azmin diminta hadir ke istiadat Angkat Sumpah jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor yang akan diadakan pada 23 September 2014, jam 10.30 pagi di Istana Alam Shah, Klang.
“Kerjasama pihak Azmin dalam menyempurnakan perkenan Sultan Selangor ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih,” katanya di dalam surat tersebut.



WOODEN BRIDGE AT THE KG CECILY HAS BEEN REPLACED WITH CONCRETE STRUCTURE

By Admin
Wednesday  24. 2014


BY ROBERT  CHIN


KARAMUNTING:-  The 100 feet long dilapidated wooden bridge at Kampung Cecily in Jalan Cecily has been replaced with a semi-concrete structure.

Batu Sapi Member of Parliament Datuk Linda Tsen Thau Lin and her aides inspected the newly completed semi concrete bridge two days ago.

She had earlier visited the place last week to examine the condition of the wooden bridge after the matter was brought to her attention.

Linda instructed her aides to replace the dilapidated bridge with a semi-concrete structure to ensure safety and convenience of the nearly 100 residents utilizing the facility.

The Batu Sapi Member of Parliament was accompanied by Head Liaison Officer of Batu Sapi MP Office Kong Nyuk Thou on both visits.

Residents were grateful to Linda for her concerns and promptness in responding to problems and issues affecting her constituents.




GURU SK KITOBU INANAM SALIWATI CEDERAKAN MURIDNYA BOLEH DIDAKWA DIBAWAH SEKSYEN 203 KANAN KESEKSAAN


OLEH: THOMAS SUNGGIOK

INANAM:- Tindakan seorang guru perempuan yang mengajar  di Sekolah Kebangsaan Kitobu Inanam  dikenali  Silawati  Abdul Aziz (gambar) didakwa telah mencederakan  seorang  murid umur 8 tahun Vincent Alfonskia  kerana gara-gara gagal membuat kerja sekolah (Home Work).


Dalam laporan polis rujukan: Inanam/007526/14 bertarikh 23-09-2014  yang dibuat oleh bapa mangsa Alfonskia nombor mykad 801223-12-5979 bahawa mangsa  cedera dibahagian kelapa dan dihantar ke hospital menerima  3 jahitan.

Alfonskia menyatakan keterangan guru kepada pihak Pegawai Jabatan Pelajaran agak bercanggah dengan  kandungan laporan  polis kononnya guru berkenaan hanya memulas coping telinga mangsa tetapi sebenarnya kepala Vincent dihantuk dimeja.


Pihak Jabatan Pendidikan coba melindungi guru berkenaan daripada di tangkap polis dan jelas pegawai berkenaan telah bersubahat dengan Saliwati untuk mengelakan guru terbabit didakwa di mahkamah.

Krew The Sabah Insider.Net  difahamkan bapa Vincent iaitu Alfonskia rasa tidak puas hati  dengan tindakan Guru tersebut kerana  sewenang-wenangnya mencederakan anaknya sambil dilindungi oleh pegawai Jabatan Pendidilan walaupun perbuatan guru itu persis perbuatan jenayah.

Kemungkinan bapa mangsa akan melantik seorang peguam untuk menyaman guru dan pegawai Jabatan Pendidikan kerana bersubahat melakukan jenayah mencederakan anaknya.

Kes semacam ini tidak harus dipandang ringan kerana ramai lagi guru-guru berperangai macam ini suka-suka mencederakan anak-anak orang kerana  mendapat perlindungan dan pembelaan daripada pihak jabatan pendidikan berkenaan walaupun mereka akan membunuh murid tetap guru-guru berkenaan terlepas daripada undang-undang negara tugas guru paling istimewa  kerana kebal dengan undang-undang.

Kalau kes Vincent  kalau tidak dibawa ke mahkamah  nanti guru-guru lainnya naik taocang suka-suka mahu  mencederakan murid-murid yang mereka tidak suka dilayan macam seekor anjing.




BANYAK RISIKONYA KALAU HENDAK MEMBENDUNG PENGEMIS JALANAN TERDIRI WARGA PATI


DARI MEJA EDITOR
SAIMON S JUMADI

UNTUK membendung para pengemis jalanan yang melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang datang dari negera selatan Filipina memang agak sukar sebab mereka bukan tahu undang-undang.

Pengemis jalanan bukan saja berada di bandaraya Kota Kinabalu bahkan di lain-lain bandar dan pekan lebih ramai, dan yang paling banyak kepengemis ialah Pekan Semporna, bandar Lahad Datu Sandakan agal kurang sedikit.

 
Saya pernah berjumpa dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah melaporkan mengenai kegiatan pengemis kenapa tidak ditangkap dan didenda.

Jawab pegawai tersebut  kenapa mereka tidak ditangkap palingpun  diusir saja pertama kalau mereka ini ditangkap mahu taruh di mana sedangkan mereka bukan warganegara tempatan dan  langsung tidak mempunyai apa-apa  dokumen pengenalan diri.

Lain cerita kalau pengemis melibatkan anak-anak tempatan senang diatur mereka dihantar kerumah pusat-pusat pemulihan dan pengemis orang dewasa dihantar ke rumah-rumah kebajikan.

Apapun sebagai masyarakat kita memang simpati terhadap nasib mereka yang kita khuatiri mereka ini ada mastermind (dalang) untuk menyuru mereka jadi pengemis.

Terdapat sebahagian pengemis yang terdiri daripada kanak-kanak lingkungan umur antara 6 hingga 10 tahun mereka  duduk tepi-tepi kakilima sambil membaringkan adik-adik mereka  diatas lantai simen konon-kononnya mereka sedang kelaparan mohon simpati dan belas kesihan  daripada orang ramai yang lalu lalang di kawasan berhampiran.

Ada pula sebahagian dari mereka masuk ke dalam kedai atau restoran-restoran seraya mengendong adik-adiknya sambil menghulur menadah tangan minta sedekah daripada orang-orang yang sedang makan minum dan bersembang-sembang dengan kawan-kawan tiba-tiba muncul makluk ini yang tidak diudang itu mengganggu hingga putus cerita.

Kesihan-kesihan juga tapi sampai bila mereka melakukan perkara keji itu kita 50 senpun susah  nak dapat mereka kalau sehari begitu senang  memperoleh pendapatan antara RM50.00, bayangkan kalau 100 orang yang bagi sedekah.

Saya nampak dengan mata kepala sendiri selepas mereka dapat wang sedekah hasil mengemis mereka pergi ke pasar-pasar umum membeli ikan yang mahal-mahal  seperti ikan merah ikan putih dan ikan kitang berbanding yang kita agak hidup serba serbi mewah pun jarang-jarang beli ikan merah yang 1kg RM28.00

Kesimpulannya bila terserempak dengan para pengemis jalanan yang duduk-duduk  ngelesot  atau duduk nongkrong  ditepi jalan dan kakilima pura-pura ambil gambar mereka pastinya mereka belusir (berlari) macam pelesit kerana ketakutan.

Esok kalau ada masa kita akan membicarakan tentang pembuangan bayi di negara ini semakin menjadi-jadi ini semuanya berpunca daripada melakukan zina (seks) dengan pasangan masing-masing tanpa hadnya di kalangan remaja lelaki dan perempuan.


Kerana perempuan-perempuan sekarang yang berpakaian cukup sopan berhijab (tudung) untuk menutup kepala tetapi dibawah di kangkang dengan begitu mudah sekali untuk di rasmas-ramas  dengan  teman lelaki dan bila mata perempuan dah terpalak-palak kesedapan di mana-mana saja tempat untuk berzina mereka tak kisah yang penting mencari keseronokan bersama nanti  bila anak gadis mereka kebuntingan ibubapa mereka sudah ketakutan diketahui oleh jiran-jiran mereka kalau bukan cari dukung untuk menggugurkan kandungan kandungan anaknya atau tungguh anaknya melahir kandungan kemudian bungkus dengan kain pelikat masuk dalam kotak baru campak ke dalam longkang  atau tong-tong sampah.....cukup esok baru kita buat cerita panjang lebar






SULTAN SELANGOR PERKENAN AZMIN ALI JADI MB SELANGOR BERKUATKUASA 23-09-2014

 Copyright from FST News  23-09-2014


OLEH KAMARUL ZAMAN

SELANGOR:- Impian rakyat  Selangor  mahukan  Mohd Azmin Ali  jadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menjadi kenyataan.
Pemilihan Azmi sebagai Menteri Besar Selangor yang berkuatkuasa hari ini 23-09-2014 memang pemilihan yang amat tepat sekali dan tidak menimbulkan sebarang kontraversi  bukan saja di kalangan rakyat Selangor  bahkan Sultan Selangor sendiri  setuju mengenai perlantikan  tersebut.
Azmin Ali yang menjawat-jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Ini jelas pelantikannya yang  berkuatkuasa 23 September 2014 itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menerima surat pelantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang Isnin.
“Sukacita dimaklumkan bahawa Sultan Selangor telah berkenan melantik YB (Yang Berhormat) tuan untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor berkuat kuasa 23 September (Selasa).
“Sehubungan itu, YB diminta hadir ke istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji serta pengurniaan surat cara pelantikan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor,” menurut surat itu.
Surat perlantikan itu disahkan sendiri oleh Mohamad Munir ketika dihubungi wakil media di ibu pejabat PKR di sini.
 Surat Perlantikan MB Selangor

Menurut surat itu lagi, majlis angkat sumpah itu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi Selasa.
“Kerjasama pihak YB dalam menyempurnakan perkara Sultan Selangor amat dihargai dan diucapkan terima kasih,” katanya.
Pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu itu menjawab spekulasi yang tersebar mengenai beliau akan mengangkat sumpah untuk jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Azmin merupakan antara tiga calon yang disenarai pendek dan telah menghadap Sultan Selangor serta ‘ditemuduga’ secara berasingan pada minggu lalu.
Selain beliau, dua calon lagi adalah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.


AKTA ISA TIDAK KEJAM SEPERTI YANG DIDAKWA SESETANGAH ORANG SAYA PERNAH DITAHAN...KATA IBRAHIM ALI


OLEH: KAMARUN ZAMAN

KUALA LUMPUR:- Sebelum  Akta Keselamatan Dalam  Negeri (ISA) dimansuhkan ramai yang beranggapan akta tersebut merupakan satu tindakan  dan hukuman yang kejam  kerana sesiapa saja  golongan yang dianggap berbahaya yang boleh mempora perandakan atau mencetuskan huru hara dalam negara  sama ada mereka difitnah atau sebaliknya rakyat pada masa yang sama rakyat terus berhati-hati mengeluarkan apa saja  sentiment  yang berbur hasutan dan sebagainya.
Salah satunya  sesiapa saja dari mereka yang ditangkap di didakwa di bawah akta ISA hukuman tanpa dibicarakan itu membuat rakyat rasa agak takut kalau hendak mengeluarkan kata-kata seperti mengina agama mengina bangsa berbanding sekarang setelah akta yang dimaksudkan dimansuhkan   sebahaian masyarakat tidak kira Cina Melayu dan India sudah hilang rasa hormat kalau mahu maki kah caci kah mereka buat saja didedahkan di laman sosial  tanpa memikirkan risikonya di hari kemudian.

Pada hari ini Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya dapat dilakukan oleh pihak berkepentingan seperti ahli politik semata-mata dan bukannya atas kehendak pihak keselamatan.
“Sewaktu ISA dimansuhkan dahulu ia bukan satu keputusan yang dibuat oleh pihak keselamatan sebaliknya keputusan yang dibuat oleh orang politik sahaja.
“Keputusan itu dibuat kerajan bagi mengembalikan dua per tiga undi rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) mereka berjanji untuk memansuhkan akta tersebut kerana pada waktu itu, keputusan berkenaan merupakan keputusan popular dan dituntut” katanya ketika berucap dalam forum ‘Masih Relavankah ISA’ di Taman Melawati hari ini.
Katanya lagi, ISA itu sendiri digunakan untuk keselamatan seluruh rakyat Malaysia termasuk bangsa Melayu, Cina dan India .
“Untuk keselamatan negara, sebab itu kita (Perkasa) bersungguh-sungguh untuk mempertahankan ISA dan Akta Hasutan 1948,” ujarnya.
Ibrahim turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ISA adalah akta yang kejam, menurutnya sewaktu dia ditahan selama dua tahun dua bulan pada tahun 1974 beliau telah menerima layanan yang cukup baik sepanjang tempoh tersebut
“Sewaktu disana pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti bercucuk tanam dan bermain badminton.
“Bayangkan saya tukar berus gigi hampir setiap hari ketika ditahan dan saya juga boleh katakan menukar mentega roti setiap hari,” katanya.
Tambahnya lagi, kempen yang dilaksanakan bagi mempertahankan Akta Hasutan 1948 semakin mendapat sokongan dan sambutan dari orang ramai sejak ia dilaksanakan baru-baru ini.
Forum tersebut turut dihadiri oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Md Nor Abdullah.



PERDANA MENTERI MALAYSIA HARUS BERLAJAR DARIPADA RAKYAT SCOTLAND.....KATA JIMMY WONG


OLEH: THOMAS SUNGGIOK

KOTA KINABALU:- Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong (gambar)  berkata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak harus mengambil pelajaran daripada referendum rakyat Scotland untuk berurusan dengan cara  bertamadun  dengan rungutan-rungutan daripada Malaysia Timur.
Perkara sebeginilah yang  Najib patut mencontohi rakan sejawatnya di Britain David Cameron yang demoktratik, dengan mendengar suara daripada Sabah dan Sarawak sebelum menggunakan Akta Hasutan terhadap pihak didakwa pemisah.
Scotland dikejutkan dengan cadangan merdeka melalui referendum bersejarah yang mungkin memecah belahkan United Kingdom.
Walaupun hasilnya cadangan itu ditolak, Wong berkata, inisiatif itu membuktikan pengamalan sistem Westminster sedia ada gagal memahami keperluan pembangunan di Scotland.
“Ia sama seperti amalan di sini di Putrajaya,” katanya dalam kenyataan di media portal


SAMPAI BILA PENGEMIS JALANAN TERUS MEMBANJIRI BANDARAYA KK MANA PERGINYA PIHAK DBKK?


DARI MEJA EDITOR SABAH INSIDER
OLEH SAIMON S JUMADI


DI mana-mana tempat di persekitaran bandaraya Kota Kinabalu dari hujung ke hujung sudah semestinya terserempak pengemis jalanan yang terdiri anak-anak Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) duduk ngelesot sambil menadah tangan minta sedekah.

Untuk menarik perhatian dan simpati kepada orang ramai  mereka yang berumur antara 7 hingga 10 tahun membawa adik-adiknya yang masih kecil mungkin dalam usia lingkungan 4 tahun tidur  diatas lantai simen yang berpakaian compang camping.

Perbuatan  mereka betul-betul memalukan  sebab semua orang termasuk para pelancong asing melihat pengemis jalanan yang menjijikan mata memandang mereka fikir pengemis itu adalah rakyat tempatan ini telah memcacatkan dan menjatuhkan maruah negara Malaysia  sendiri.

Kita nak tahu adakah fenomena ini dibiarkan begitu saja oleh pihak perkuasa tempatan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat tanpa diambil tindakan atau dipantau.

Memang agak sukar untuk mengambil tindakan kerana  mereka bukan rakyat tempatan sedangkan mereka juga  tidak mempunyai dokumen pengenali diri.


Walaupun demikian pihak kerajaan khususnya pihak DBKK dan Jabatan kebajikan Masyarakat masih ada ruang untuk menghalang mereka untuk meneruskan pengemis jalanan.

DBKK HARUS AMBIL TINDAKAN KEPADA PEMILIK KEDAI MINI MART NEVER CLOSE YANG MENJUAL MINUMAN TIN SUDAH EXPIRED


OLEH: SHAIMON S JUMADI

KOTA KINABALU:- Mini Mart Never Close  yang terletak di Blok 1 Api-Api Centre dekat sini  soalah-olah mahu  membunuh pelanggannya kerana  didapati menjual  pelbagai jenis minuman tin yang sudah luput tarikhnya (expired date)  kepada orang ramai dengan harga RM1.00 setin.

Krew The Sabah Insider.Net telah menghampiri  kedai berkenaan setelah banyak menerima  aduan daripada orang ramai yang mendakwa kedai tersebut menjual pelbagai jenis minuman tin yang sudah liput tarikhnya dan ini boleh membunuh manasia sekiranya mereka keracunan.

Pada mulanya orang ramai  berpusu-pusu datang membeli minuman tin yang disimoan  didalam kontena besar dan dibubuh air batu tambahan pula harganya murah setelah dinasihati oleh beberapa orang supaya jangan membeli mimunan tin yang sudah expired kerana boleh keracunan dan memudaratkan badan akhirnya minuman yang mengandungi lebih 100 tin terbiar begitu saja.

Diharap pihak Penguatkuasa DBKK yang terbaca berita yang tersiar diportal The Sabah Insoder ini dapat mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya terhadap  pemilik kedai tersebut kerana menjual minuman yang telah tamat tempohnya


KES PALING BANYAK DITERIMA IALAH ISU TANAH ADAT NCR MENCECAH 94 KES TAHUN 2013 ....KATA NORDIN



OLEH:  SAIMON S JUMADI
FOTO APEK ANSUKO
I

KOTA KINABALU:- Kes paling banyak yang telah  dimbil tindakan dan dItengehkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) rentetan daripada aduan  yang diterima  sepanjang tahun 2013 adalah isu tanah yang paling tinggi mencecah hingga  94 kes  dan  isu  kedua  adalah isu kewarnegaraan juga mencecah 30 kes.

Sementara kes-kes  lainnya yang membabitkan hak-hak asasi kemanusian setiap kes yang dilaporkan oleh para pengaduh setelah disiasat rapi dan yang mempunyai bukti-bukti kukuh semuanya diambil tindakan.

Pesuruhjaya SUHAKAM Sabah Nordin Kassim menjelaskan dalam sesi terumaramah eksklusip dengan Editor  The Sabah Insider dipejabatnya baru-baru ini telah menjelaskan dengan terperinci mengenai salah satu fungsi sebenar SUHAKAM ditubuhkan.

Nordin berkata  tujuan SUHAKAM di tubuhkan dinegara ini pada 9hb Sept 1999 adalah untuk membantu kepada pihak kerajaan  bagi memperbaiki perundangan dan dasar-dasar khusus yang berkaitan dengan hak-hak asasi manusia.


“Contohnya mengenai kes-kes tanah adat NCR di kawasan-kawasan luar bandar/pedalaman  milik orang-orang kampung anak jati Sabah telah dicerobohi, kes kewarnegaraan kes polis, kes pekerjaan, kes imigeresen kes pendidikan dan kes-kes lainnya.” Kata Nordin.

Selain itu juga pihak SUHAKAM juga banyak membantu mengenai kes-kes ibu tunggal  kes rawatan dan perubatan yang telah dilaporkan kita ambil tindakan.

“Sebenarnya fungsi SUHAKAM ditubuhkan adalah untuk mendidik dan menyedarkan   kepada masyarakat tentang hak-hak asasi manusia supaya mereka tahu  pencabulan hak-hak manusia yang boleh ditengahkan untuk mendapat pembelaan sewajar daripada pihak SUHAKAM.

Munurut Nordin semua laporan tahun kegiatan SUHAKAM sepanjang tahun  disalurkan kepada kerajaan ada juga yang diguna pakai untuk dibentangkan sama ada disidang parlimen mahupun di sidang dewan undangan negeri, semua lapuran yang diserahkan kepada pihak kerajaan telah memdapat maklum balas.

Tambahnya lagi peranan utama SUHAKAM mendidik kepada masyarakat luar bandar dalam beberapa  sudut apek pertama mengenai isu tanah NCR kes ini memang paling banyak yang diajukan oleh para pemilik tanah.

“Sebelum sesuatu kes untuk diketengahkan khususnya di mahkamah semua kes terlebih dahulu dianalisis rujuk kepada mana-mana jabatan yang berkaitan untuk mendapatkan kesahihannya.

Untuk menyelesaikan sesuatu kes bukan mudah untuk dibereskan ia memakan masa bertahun-tahun lamanya  sebab ia memerlukan saringan dan tapisan yang lebih terperinci


“Pihak SUHAKAM tidak secara membabi buta  untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kes-kes yang diterima daripada pengadu semuanya kena rujuk mana-mana jabatan berkaitan untuk mendapatkan maklum balas yang jelas” ujarnya. 

PORTAL THE SABAH INSIDER.NET SUDAH BEROPERASI.....






PENGUMUMAN KHAS


PORTAL ONLINE THE SABAH INSIDER.NET
YANG BERIBU PEJABAT DI BANGUNAN CPS TOWER CENTRE POINT TINGKAT 6 KOTA KINABALU
SUDAHPUN BEROPERASI SEJAK AHAD LALU.


PENGURUS BESAR/C
JUN PACIFICO @ ABDULLAH


MEMBERITAHU MEREKA YANG MAHU MENYUMBANGKAN KARYA-KARYA MEREKA BOLEH DIHANTAR MELALUI EMAIL: sabahinsider14@gmail.com

CAPS SOKONG KEWUJUDAN SABAH INSIDER


Surat terbuka  kepada Editor

Saya Hj Ali Ahmad Pengerusi Hal Ehwal Pengguna Sabah (CAPS) Bahagian Daerah Sandakan ingin mengalu-alukan kewujudan portal The Sabah Insider.Net di Sabah.

Saya berpendapat secara peribadi kewujudan Sabah Insider ia merupakan sebagai ruang tempat masyarakat untuk menyuarakan pelbagai masalah dari beberapa sudut aspek

Saya harap Sabah Insider dapat memainkan peranannya sebagai sebuah portal yang tidak berat sebelah dalam menyiarkan berita-berita terutama sekali menganai pembangunan  sama ada di kawasan Bandar mahupun di kawasan terpencil yang masih dahagakan kemudahan asas yang disalurkan oleh kerajaan yang sedia ada.

Teman-teman saya daripada suku Kadazan, Murut dan Dusun khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman yang mempunyai kemuskilan jangan segan-segan hantar tulisan-tulisan anda ke portal ini.


Sekian terima kasih
Hj Ali Ahmad  CAPS


KEWUJUDAN PORTAL THE SABAH INSIDER DI NEGERI INI WADAH SUARA RAKYAT SABAH.....SHAFIE


OLEH: THOMAS  SUNGGIOK


KOTA KINABALU:-  Seorang Warga Kota Kinabalu yang dikenali nama glamournya Marlini Manja  atau  nama sebenar Mohd Shafie Hj Talib  (gambar) menyambut baik dan mengalu-alukan kewujudan sebuah lagi portal online di negeri ini yang berpusat di Kota Kinabalu.


Shafie yang merupakan seorang penulis veteran  era tahun 1970 hingga akhir 80 an ketika ditemui oleh Sabah Insider pagi tadi menyatakan kewujudan portal ini adalah  merupakan wadah rakyat Sabah untuk menyuarakan mengenai pencabulan hak-hak asasi  rakyat Sabah yang telah banyak  ternoda oleh orang-orang luar sehingga tanah-tanah adat NCR yang sudah turun menurun ke 5 generasi diceroboh tanpa adanya pembelaan dari mana-mana pihak sehingga penduduk di kawasan pedalaman jadi merempat ditempat  sendiri


“Saya yakin  ruang portal yang disediakan oleh pihak editorial The Sabah Insider sudah semestinya dapat memenuhi cita rasa  dan selera pembaca  dan  sebagai sumber inspirasi dan aspirasi anak jati Sabah untuk mengetengahkan tulisan tulisan mereka di portal ini yang berbentuk tangisan dan rintihan rakyat Sabah yang selama ini jadi boneka.


Walaupun kita telah kehilangan sebuah portal sensasi dan panas iaitu Sabahkini.Net  yang banyak membantu membongkar perkara-perkara songsang  namun kita masih ada The Sabah Insider yang berperanan untuk menyelongkar dan membongkar segala perbuatan  yang bertentangan dengan undang-undang” tegas Shafie.

“Saya sebagai anak jati Sabah berbangsa Brunei ayuh kawan-kawan  anak jati Sabah sama-samalah  kita bangkit dengan penuh semangat yang jitu untuk memberikan sokongan penuh terhadap penerbitan berita-berita di portal The Sabah Insider.Net” ujarnya.


“Dan saya difahamkan esok hari Jumaat bersamaan 19 September  pihak Editorial  Sabah Insider akan mengadakan sesi temuduga untuk beberapa jawatan penting  bertempat di bangunan CPS Tower Centre Tingkat 6   tak perlu saya sebutkan namanya orang yang bakal turut untuk ditemuduga esok ialah seorang wartawan veteran dalam bidang kewartawanan selama 35 tahun yang kini masih menjawat-jawatan Editor  di portal FST News yang dikenali SSJ” katanya. 


Sementara dalam kenyataan Pengurus Besar Jun Pacifico The Sabah Insider.Net diujudkan adalah sebuah portal bebas tidak terikat dengan mana-mana badan politik sama ada pro kerajaan atau pembangkang semua bahan-bahan berita dan tulisan akan disiarkan asalkan tidak melanggar etika penerbitan yang boleh menyalahi undang-undang.

Alamat email: sabahinsider14@gmail.com dan laman website http// www.sabahinsider14.blogspot.com  mereka adalah dialu-alukan untuk menghantarkan karya-karya mereka.

Kata  Pacifico  lagi The Sabah Insider baru tiga hari beroperasi sudah mendapat sambutan daripada pembaca di negeri ini  mencecah seramai 338 orang ini menunjukkan rakyat Sabah daripada suku kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Bumiputera dan termasuk pembaca dari kalangan masyarakat Cina semakin berminat untuk mengikuti perkembangan portal ini sebagai wadah suara rakyat Sabah.