KES SAMAN HUSAM MENANG FITNAH NSTP RM350.000



KIRIMAN: ZAR ALI

MAHKAMAH Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dan mengarahkan New Straits Times Press (M) Bhd membayar RM350,000 kepada bekas naib Presiden Datuk Husam Musa berhubung dakwaan memfitnah beliau.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin juga menolak permintaan NSTP bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap liabiliti dan kuantum ganti rugi.

"Kami menolak permohonan itu dan plaintif diperintahkan untuk membayar kos RM15,000 kepada Husam," demikian diputuskan oleh mahkamah itu.

Dua lagi hakim dalam panel bersama Hakim Zulkefli adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Ma'arop.

Peguam Md Yunos Sharif memberitahu Malaysiakini di luar mahkamah selepas prosiding itu, bahawa kesemuanya NSTP yang membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, diarah membayar RM85,000 sebagai kos.

Pada 5 Mei, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa tiada merit dalam rayuan itu. Panel ini diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Tan Sri Mohd Hishamudin Mohd Yunus.

Tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengarahkan NSTP membayar ganti rugi itu.
Laporan media

Husam memfailkan saman fitnah berikutan laporan media bahawa dua ADUN Umno Kelantan, Nozula Md Diah (Paloh) dan Muhd Adhan Kechik (Bukit Bunga), telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 2007, dengan mendakwa sembilan kes salah urus, rasuah dan salah guna kuasa oleh individu dalam kerajaan pimpinan PAS dan dikaitkan terus kepada Husam.

Berikutan laporan BPR dan laporan berita itu yang disiarkan oleh NSTP, Husam memfailkan saman RM6 juta pada Januari 2008, terhadap kedua-dua ADUN itu dan NSTP.

Kedua-duanya kemudiannya memohon maaf kepada Husam pada tahun 2009 berhubung laporan itu, dan salah seorang daripada mereka menerbitkan notis permohonan maaf dalam dalamBerita Harian.

Hakim Su ketika mengarahkan pembayaran sebanyak RM350,000 itu berkata ia adalah untuk gantirugi teladan, ganti rugi teruk dan ganti rugi am.
Posted by Jeebond BLM

MAHKAMAH KEMBALI BUAT TUNTUTAN BALU PI BALA

KIRIMAN  ZAR ALI · 
Jumaat, 02 Oktober 2015.a


MAHKAMAH  hari ini mengembalikan tuntutan saman RM2 juta dipohon balu kepada saksi utama kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, iaitu penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam, sebagai ganti rugi sepanjang 5 tahun mereka sekeluarga tinggal dalam buangan di India.

Panel 3 hakim dipengerusikan Vernon Ong Lam Kiat membenarkan rayuan A Santamil Selvi itu selepas responden, pengusaha permaidani Deepak Jaikishan, tidak membantah permohonan itu.

Deepak, yang mewakili dirinya, memberitahu panel hakim beliau berhasrat untuk mengalah dalam pendiriannya berhubung kes itu.“Saya bersetuju dengan tuntutan plaintif (Santamil dan anak-anaknya), saya tidak akan mencabar rayuan itu,” katanya kepada hakim.Ong: Adakah kamu sedar akibatnya?

Deepak: Saya ada membuat kenyataan di media sebelum ini. Saya tidak boleh menafikan kenyataan berkenaan, kalau tidak akan dikatakan menghina mahkamah.

Mahkamah tidak memerintahkan kos kepada Santamil, dan mengarahkan perkara itu dibawa ke Mahkamah Tinggi.Pengurusan kes ditetapkan pada 23 Oktober.

Peguam Americk Sidhu yang mewakili Santamil memberitahu The Malaysian Insider, Mahkamah Tinggi perlu mengadakan perbicaraan.“Mahkamah Tinggi akan mendengar tuntutan Santamil terhadap Deepak saja,” kata peguam.

Tuntutan itu difailkan pada Julai tahun lalu mungkin akan mendedahkan peranan beberapa individu yang menghantar Santamil dan keluarganya hidup dalam buangan susulan kontroversi menyelubungi 2 akuan berkanun (SD) dibuat Balasubramaniam membabitkan Altantuya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini juga termasuk mengapa Balasubramaniam dipaksa menarik semula SD pertamanya yang membangkitkan mengenai pembabitan Najib dengan Altantuya, dan mengapa mendiang dan keluarga dipaksa meninggalkan negara pada 2008 untuk selama 5 tahun.Balasubramaniam meninggal dunia kerana serangan jantung pada 15 Mac, 2013, seminggu selepas beliau dan keluarga kembali dari India.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hasnah Mohamed Hashim pada Disember membenarkan permohonan Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik perdana menteri Datuk Johari dan Datuk Nazim Razak, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham, anaknya Sunil Abraham, pesuruhjaya sumpah Zainal Abidin Muhayat dan peguam M Arulampalam untuk membatalkan tuntutan balu berkenaan.

Hasnah berkata Santamil kekurangan kapasiti untuk memfailkan tindakan bagi pihak mendiang suaminya.Mahkamah Rayuan pada April mengekalkan perintah membatalkan permohonan itu oleh Mahkamah Tinggi dengan alasan notis rayuan Santamil cacat.

Bagaimanapun, Deepak bukan responden dalam rayuan Santamil ke Mahkamah Rayuan.Pada 6 Mei, Deepak memecat peguamnya Gabriel Daniel dan firma M/s Paul Ong dan Associates daripada mewakilinya dalam tuntutan itu.
Deepak berkata beliau akan memfailkan usul untuk mengemukakan bukti lanjut beliau bukan pihak sukarela yang menolak tuntutan Santamil di Mahkamah Tinggi.

Bala menjadi terkenal selepas bekerja untuk penganalisis politik terkemuka, Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya. Beliau menarik kembali SD pertamanya mengenai perkara itu pada 4 Julai 2008.Dalam SD keduanya, Bala mendedahkan beliau mahu “menarik kembali keseluruhan kandungan akuan bersumpah bertarikh 1 Julai, 2008.

"Saya dipaksa mengeluarkan akuan bersumpah tersebut dalam keadaan terpaksa,” katanya.SD kedua itu juga menyatakan semua kenyataan dibuat sebelumnya tidak tepat dan tidak benar.

Mahkamah Persekutuan awal tahun ini menjatuhkan hukuman mati terhadap 2 bekas polis komando, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh Altantuya.

Sirul, yang melarikan diri ke Australia sebelum hukuman dijatuhkan, kini ditahan di pusat tahanan imigresen susulan notis merah yang dikeluarkan Interpol terhadap penahanannya. – TMI


·          

150 AHLI UMNO CAWANGAN KG AIR SERTAI PKR BATU SAPI

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:-   Pengerusi Parti KeAdilan Sabah (PKR) Datuk Seri Hj Lajim Hj Ukin menyeru ahli-ahli PKR diperingkat akar umbi agar sentiasa menyemai dan menjalinkan kerjasama yang erat demi menjamin keutuhan perjuangan parti PKR dan Pakatan Rakyat.

Katanya kerjasama yang sentiasa terjalin maka sudah tentu perjuangan PKR semakin kuat dan mantap lantas terus diterima oleh rakyat yang berbilang kaum dan untuk menentukan hala tuju parti yang sebenarnya untuk memastikan Pakatan Rakyat dapat memerintah Negara,

Lajim berucap ketika merasmikan kemasukan seramai 150 orang ahli-ahli UMNO cawangan Kampung Air kelmarin  yang di langsungkan dikediaman Mustapha Talib Kampung Bokara  dekat sini.


Turut hadir pada majlis tersebut iaitu Haji Basri Ibrahim Ketua PKR Cabangan Batu Sapi.



STACY PELUK ISLAM DAN SAH BERTUNANG DENGAN HAKIM JANGAN BERDOLAK DALIK LAGI

OLEH: SURAYA ISMAIL

LAFAS DUA KALI LIMA SYAHADAD .....Stacy ketika memeluk Islam di Keningau sah sudah.

KUALA LUMPUR:- Para peminat  penyanyi genit lagi lincah di tanah air ini iaitu Stacy telah memeluk Islam beberapa bulan yang lalu yang mengejut peminatnya yang lain kini akhirnya rahsia demi rahsia  terbongkar juga dan Stacy sendiri memberi pengakuan yang dia telah memeluk Islam dengan rasminya.

The Sabah Insider.Net Bahagian Hiburan di Kuala Lumpur telah dimaklumkan oleh beberapa rakan artis Hakim bahawa majis pertungan antara Hakin dan Stacy telah dilangsungkan  baru-baru ini.\

Kalau begitu Stacy tidak boleh berdolak dalik lagi bahawa dia telah memilih Hakim sebagai teman hidupnya dan dia sah memeluk Islam.



DAH Macam suami isteri tak segan silu bergambar berpelukkan walaupun belum sah jadi Isteri.




Marilah kita ikuti berita selanjutnya mengenia
kesahihan Stacy memeluk Islam dan bertunang dengan Hakim

PETALING JAYA: Setelah sekian lama meluahkan rasa cinta terhadap Islam penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 6 (AF 6) Stacy akhirnya bergelar seorang muslim.
Majlis lafaz syahadah dilakukan pada pagi Isnin.


Stacy atau namaStracie Angie Anam, 25, dilaporkan hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam ditemani Akim dan ibu serta bapa kekasihnya itu bagi tujuan berkenaan di Johor Bahru.

Stacy yang berasal dari Sabah sebelum ini beragama Kristian.

Sehubungan itu pihak Astro akan mengadakan satu sidang media pada petang Selasa bersama Stacy bagi berkongsi berita baik berkenaan.
Tags / Kata Kunci:


WONG TEMPELAK DUA PEMIMPIN MCA DAN GERAKAN BUAT FITNAH MEMBABI BUTA


OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN:- Kedua kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Liang Teck Meng Setiausaha Agung Parti Gerakan dan Dato Ti Lian Ker  Ketua Biro Agama dan Harmoni MCA  pada 30hb September 2015 yang menyalahkan DAP  hijacked Perhimpunan Bersih adalah di wajar,


Kenapa mereka berdua memandai-mandai menyuruh DAP meminta maaf kononnya menghasut kebencian  kaum.


Timbalan Pengerusi DAP Sabah  Stephen Wong (gambar)  mengutuk sekeras-kerasnya berhubung dengan kenyataan pemimpin MCA dan Gerakan  Wong menyifatkan mereka berdua sebagai kebudak-budakan  dan bebal.


Wong yang juga Ahli Parlimen Sandakan  berkata selanjutnya   Perhimpunan  Bersih  diiktirafkan sebagai perhimpunan tidak mengira kaum, dan tiada  sebarang unsur “Hijacked”  atau dipolitikan.


“Saya amat kesal sekali kenyataan   kedua-kedua pemimpin itu telah jelas menujukkan mereka bertujuan tidak lain tidak bukan mahu  dan sengaja membangkitkan isu lama untuk membantu UMNO bagi menyemarahkan isu perkauman.” Ujarnya.
Disamping itu Wong mengkritik kedua-dua pemimpin MCA dan Gerakan tersebut tidak mengutuk perhimpunan baju merah yang hanya disertai satu kaum sahaja, dan banyak kain rentang yang mengandungi perkataan menghasut kedendaman kaum, manakala pemimpin UMNO juga mengaku bahawa ia adalah perhimpunan yang rasis, MCA dan Gerakan sebagai wakil masyarakat Cina di dalam Barisan Nasional, sepatutnya menggesa UMNO minta maaf, bukannya DAP yang seharusnya meminta  maaf!


Beliau  juga menempelak Liang dan Ti membantu rombongan baju merah, mengatakan bahawa perhimpunan Bersih menyinggung dan memprovokasi emosi orang Melayu untuk bertindak balas, pada hakikatnya mereka yang tidak mengenal mana yang betul dan salah, memihak kepada rombongan baju merah, ini menunjukkan MCA dan Gerakan menjadikan dirinya sebagai hamba UMNO!


Beliau menegaskan  bahawa, perhimpunan Bersih adalah perhimpunan yang tidak mengira kaum, walaupun terdapat segelintir peserta melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab, tetapi itu bukan matlamat dan tuntutan perhimpunan Bersih. 


Jika ingin mentafsirkan sama ada perhimpunan tersebut rasis, maka harus bandingkan tuntutan kedua-dua perhimpunan tersebut. Liang yang selaku ahli Parlimen bersikap kebudak-budakan dan ingin mengelirukan rakyat, ini amat memalukan.


Wong berkata, perhimpunan Bersih menuntut sebuah kerajaan yang telus, mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, pilihan raya bebas dan adil, menyelamatkan ekonomi negara dan hak untuk berdemonstrasi, yang mana satu menghasut perasaan dan perkauman? Tiada! Tetapi perhimpunan baju merah yang dikatakan “mempertahankan maruah Melayu”, sebenarnya perhimpunan yang rasis, walaupun dibantah oleh BN, tetapi UMNO membenarkan menteri dan pemimpinnya menyertai.
\

“Tidak apa walaupun kedua-dua pemimpin ini memfitnah DAP, tetapi kenyataan mereka yang mewakili masyarakat Cina ini, akan mengakibatkan kaum Melayu salah faham dan benci dengan kaum Cina, menyusahkan kaum Cina.” Kata Wong lagi.


Wong percaya bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua orang pemimpin ini, tidak mendapat pengiktirafan daripada akar umbi MCA dan Gerakan. Ramai wakil MCA dan Gerakan juga “putuskan hubungan” dengan Najib, dan mengutuk keras rombongan baju merah yang rasis, kini kedua-dua pemimpin ini pula bertindak bertentangan demi kepentingan dan jawatan sendiri, ini amat menyedihkan.


Wong berkata, DAP tidak ada hijacked Perhimpunan Bersih, menyokong Bersih kerana menginginkan kerajaan yang lebih baik dan telus, demi masa depan dan ekonomi yang lebih baik untuk rakyat, ini tidak salah, dan tidak perlu memohon kemaafan.

 Tetapi di sebaliknya, MCA dan Gerakan membiarkan UMNO membangkitkan kedendaman kaum melalui perhimpunan yang rasis, ini bertentangan dengan undang-undang negara dan keharmonian kaum. Kerajaan BN tidak berupaya untuk membela nasib rakyat, BN harus meminta maaf kepada seluruh rakyat.

INILAH WAJAH KUCING JANTAN YANG SEBENARNYA YANG MENGGIGIT KAKI SAYA....KATA SHAIMON.

BISIKAN DARI HATI KEHATI
SHAIMON S JUMADI

HANDSOME JUGA   NAMANYA MIMING.... Kucing Jantan yang
menggigit kaki  saya  sehingga 2 bulan terlantar di wad Hospital Duchess of Kent Sandakan.

PADA tanggal 14hb Julai 2015 hari ini dalam sejarah hidup yang amat menyedihkan sekali  kerana  seekor kucing yang saya bela selama empat tahun dikurung dalam bilik membesar selama 4 tahun juga sehingga kucing itu membesar dalam bilik bersendiri kerana takut gadui oleh kucing-kucing yang lain diluar sana.

Tepat jam 4.17 petang pada tarikh yang sama kucing jantan yang bernama Miming terlepas dari bilik itu dan dia keluar hendak bergadu dengan seekor kucing bernama si Besar (Baru Meninggal Dunia Tiga Hari Lalu kerana Selesma) tak sempat di bawa Klinik Haiwan.

SAYA jadi mangsa keadaan terlantar di Wad Hospital sambil dilawati olwh MP Sandakan YB Stephen Wong dan rombongannya




Apabila si Miming handak menyerang si Besar itu saya tangkap  si Miming yang lempar ke dalam bilik tapi dengan pantas diperpaling terus menerkam kaki saya sehingga dia tidak mahu melepasnya saya terjatuh kemudian isteri saya ambil air disiramnya baru terlepas gigitannya.

Saya menahan kesakitan isteri saya mengajak pergi ke Hospital bahagian kecemasan untuk mendapatkan rawatan ejiksen anti baiotik tapi saya enggan menuruti saya hanya mengambi ubat tahan sakit hingga kehari esoknya kaki saya semakin membekak saya pergi keklinik 1Malaysia tetapi pihak Klini 1Malaysia enggan menerima dengan erti kata mereka dia mahu merawat kaki saya dengan alasan tiada tempat mencuci  saya balik kerumah.


Esoknya  kaki saya semakin sakit sehingga meresap kejantung saya lantas saya pergi ke klinik swasta  untuk mendapat rawatan dengan bayaran RM80.00 tetapi tak juga kurang sakitnya malam itu saya di bawa ke  hospital kecemasan  untuk mendapat rawatan lanjut lantas saya  terus di tahan mereka hantar ke wad aras 4 Hospital Duchess of Kent Sandakan tiga minggu saya dirawat kemudian saya discharged sehari baru berada dalam rumah malamnya saya mengalami sesak nafas kerana terlebih minum air paru-paru  saya dimasuki air kemudian saya di hantar kecemasan lantas saya ditahan dan dimasuki ke wad bangunan lama selama 5 hari untuk mendapat rawatan.

Setelah keluar dari wad hospital lebih kurang 4 hari berada dirumah  saya  ditahan lagi dan masuk ke wad aras 4 lagi untuk menjalani pembedahan yang ketujuh  kaki saya.


Dipendekkan cerita saya keluar masuk  Hospital mahu juga lima kali untuk mendapatan rawatan susulan kali terakhir saya dimasukan ke wad hospital pada 3hb September hingga 2hb Oktober 2015 lama juga

Kini saya berada di rumah namun si Miming tetap dikurung juga akan dipotong biji kontolnya dalam erti bahasa saintifiknya mahu dikebiri biar dia jadi pondan hanya makan tidur saja.


Hamdsome juga si Miming tetapi garang rupanya mirip anak Harimau.

DOKTOR DAN STAFF NURSE HOSPITAL DUCHESS OF KENT SANDAKAN SENTIASA MESRA DAN CERIA.....SHAIMON

OLEH: AZMIE  MOHD AZMAN



SANDAKAN:-  Perkhidmatan Hospital kerajaan  sekarang khususnya di daerah Sandakan semakin bertambah baik jika dibandingkan 20 tahun  lalu  di mana kebanyakannya juru rawat-juru rawat berkenaan sering mengasari kepada sebilangan pesakit bila mereka menyuruh sesuatu.

Gambar Hiasan Sahaja


Ini adalah disebabkan 20 tahun dulu di mana hospital kerajaan telah kekurangan juru rawat lantas pada masa yang sama juru rawat tadi jadi sibuk melayan pesakit yang mempunyai pelbagai karenah maka seseorang juru rawat jadi naik berang bila berdepan dengan pekerjaan yang terlalu sibuk.

 
Sekrang daripada doctor sister staff nursenya tidak sesibuk manapun walaupun saban hari berdepan dengan pesakit kerana bilangan doctor dan juru rawat semakin ramai bilangannya dengan secara langsung tugas telah di bahagikan masing-masing.

Demikian dinyatakan sendiri oleh mantan pesakit yang keluar masuk wad hospital iaitu Shaimon S Jumadi yang mendapat rawatan kakinya akibat digigit seekor kucing jantan seminggu hendak  menyambut hari lebaran lalu.

Di mana beliau  selama dua bulan di hospital Duchess of Kent Sandakan disitu beliau mengaku  bahawa daripada doctor sehingga juru rawatnya mempunyai perangai yang ramatamah  suka berbual dengan mana-mana pesakit inilah membuat pesakit bertambah senang hati.


Apapun tambah Shaimon  semoga sikap para doctor dan juru rawat di hospital-hospital kerajaan  sentiasa ceria dan kekal bersopan santun agar sentiasa disenangi  oleh para pesakit tidak kita bangsa,agama darjat agar mendapat layanan yang seksama.


EDITOR KANAN SABAH INSIDER BERANSUR PULIH DARIPADA SAKIT DUA BULAN

DARI KEJA EDITOR KANAN
SHAIMON S JUMADI


KEHILANGAN Portal Online The Sabah Insidee.Net selama dua bulan tidak menyiarkan bahan-bahan cerita termasuk berita-berita panas dan sensasi bukan disengajakan ini adalah disebabkan saya telah terlantar di wad hospital selama dua bulan baru kelmarin 2bhb Oktober 2015  keluar dari hospital.

Saya telah mengarahkan pembantu Editor saya untuk  mengedit semua berita-berita yang dikirim melalui email akan tetapi pihak pengerusan atau ECO Sabah Insider tidak membenarkannys mahu jugs mrnunggu sehingga saya sembuh nanti.

Ramai para peminat pembaca portal Sabah Insider tertanya-tanya kerana tidak wujudnya portal ini selama dua bulan ada yang menyangka saya telah meninggal dunia  atau kena tangkap polis sebab tidak meucul-muncul sama ada di laman social FaceBook.

Kini saya mulai beransur pulih walaupun saya menggunakan Kerusi Roda bolehlah membuat kerja-kerja harian untuk mengedit  semula bahan-bahan dan berita-berita yang dikirim melalui email.

Saya bagi pihak Sabah Insider berharap anda terus mengikuti perkembangan semasa portal ini.

Dengan ini saya memgucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menjengok saya  selama saya terlantar menahan sesakitan setiap hari di wad  aras 4 Hospital Duchess of Kent Sandakan dan juga rakan-rakan FaceBook jauh dan dekat yang sering mendoakan kesihatan saya semoga anda kelian mendapat rahmat dan hidaya  dariada Allah SAW......Amin.




AU KAM WAH DILANTIK SEBAGAI BAPA ANGKAT SK ST MARY CONVENT SANDAKAN





0520 - Datuk Au menerima sijil pelantikan dari pihak sekolah



0546 Gambar bawah Datuk Au merasmikan program  KILOMETERWALK “HAVE FUN”

OLEH: SHAIMON S JUMADI

ELOPURA:-  Pihak Sekolah St Mary Convent Sandakan telah melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Datuk Au Kam Wah sebagai Bapa Angkat sekolah berkenaan untuk merasmikan KILOMETERWALK “HAVE FUN” anjuran oleh Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)  St  Mary Convent.

Sebagai bapa angkat sekolah berkenaan pada awal tahun ini Au berjanji akan sentiasa memberi bantuan  dan memberikan komitmen yang tinggi bilamana sekolah itu menghadapi sebarang masalah beliau akan sentiasa memberi perhatian kepada sekolah ini agar dalam ladasan yang  baik.

Disamping itu Au  turut mendorong para ibu dan bapa- supaya sentiasa memberi kerjasama kepada para guru-guru dalam pelajaran untuk menjamin keputusan yang cemerlang  anak-anak merekd.
-    
Dalam ucapan Au, beliau juga  mengumumkan sumbangan 2 unit projector kepada sekolah untuk tujuan pembelajaran.

Kemudian  Au telah melepaskan murid sekolah untuk program jalan berkilometer dalam kawasan sekolah tersebut.
-      


Dalam ucapan alu-aluan  Guru Besar sekolah berkenaan  merakamkan penghargaan YB Datuk Au dalam membantu untuk menggantikan sistem pembesar suara seperti mana yang telah dijanjikan oleh beliau pada awal tahun yang lalu ketika menghadiri program sambutan tahun baru cina.

Tetamu-tetamu khas pada hari tersebut juga terlibat Puan Chooi Yu Wen, selaku Guru Besar Sk. St. Mary Convent, Encik Kelvins Kong selaku Pengerusi PIBG, Encik Sudermaje Iscolto selaku Pengerusi Penganjur,  guru-guru SMC dan juga ibu bapa serta para murid-murid berkenaan.




LINDA SERAKAN BANTUAN ZINK- PAPAN LAPIS DAN TANGKI AIR UNTUK KG BUKIT NANAS


GAMBAR KELIHATAN......Linda (berpakaian putih, kiri) bersama pegawainya serta penduduk kampung ketika majlis penyerahan bantuan zink, papan lapis dan tangki air di Kampung Bukit Nanas

OLEH: S S JUMADI


BATU SAPI:  Ahli Parlimen kawasan Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah menyampaikan bantuan bahan pembinaan kepada penduduk Kampung Bukit Nanas Bahagian Bukit untuk membolehkan mereka membaiki rumah mereka.

Linda telah menyerahkan bantuan berbentuk zink, papan lapis dan tangki air kepada 127 buah rumah di kampung berkenaan semasa program turun padang beliau baru-baru ini. 

Beliau berharap para penerima dapat menggunakan bahan-bahan yang diterima mereka dengan sebaiknya.

Ketika lawatan sempena program turun padang itu, Linda juga berkesempatan berjumpa dengan penduduk-penduduk untuk mendengar rintihan dan aduan berhubung masalah yang dihadapi mereka.

Penduduk menzahirkan rasa terima kasih kepada Linda atas keprihatinan beliau dan usaha-usaha beliau mencari penyelesaian untuk permasalahan penduduk-penduduk di kawasan Batu Sapi.

Hadir bersama ialah Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.



KITA AKUR DENGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH?



KIRIMAN  ISMALY BUNGSU


SOAL keputusan mahkamah itu kita tak pertikai dan adil sebab Sirul didapati membunuh dengan bom C4, tetapI apa sebab2nya ia membunuh guna bom C4 itu?

BOM C4 bisa dikelurkan dengan kelulusan menteri dan siapa menteri pertahanan ketika itu? Bukankah PM Najib?

Lalu kenapa kehadiran Altantuya di pintu masuk Malaysia lewat jabatan Imigresen bisa hapus? Apakah Altantuya punya sayap bisa terbang?

RM500 juta kenapa tak dikasih sama Altantuya kesan pembelian kapal salam yang tidak menyelam itu?

Sirul mantan pengawal keselamtan Mahthir dan juga ketika pembunuhan Altantuya masih bertugas sebagai pengawal PM Najib? lalu, Sirul kata dia diarah melakukan pembunuhan itu, siapa yang arah dia?

Orang yang membunuh mesti ada sebabnya membunuh dan SIRUL sendiri tidak kenal Altantuya, kenapa dia membunuh?

Biasanya pembunuh upahan saja melakukan pembunuhan kepada yang tak dikenal. Apakah Sirul pembunuh upahan atau atas dasar perintah dan paksa?
Aneh, setelah dihukum bunuh, Sirul bebas terlepas pula ke negara Kangro yang memang tiada hukuman bunuh.
Keputusan mahkamah kita akur, soalnya sebab2 dibenar dan kesan fakta2 yang di atas jadi persoalan rakyat mahu tahu.

Jika Altantuya itu adik, kakak, ibu kerabat kamu, apakah kamu akan diam dan tidak mahu tahu siapa arah dan kenapa dibunuh?

TERIMA KASIH KEPADA MP SANDAKAN DAN LAIN-;LAINNYA




PENGHARGAAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH  YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA KEPADA YB STEPHEN WONG AHLI PARLIMEN DAN PARA  PEGAWAI KHASNYA AMSI LIEW, BRIAN CHANG DARICK DAN DAYANG ZUBAIDAH DATU TAHIL SERTA ENCIK FRANKIE DAN ISTERI AHLI-AHLI DAP YANG LAIN KERANA MEREKA TAK RASA BOSAN DAN JEMU MELAWAT SAYA SEMASA SAYA TERLANTAR DI WAD HOSPITAL DUCHESS OF KENT SANDAKAN SELAMA SEBULAN BAGI KALI YANG KEEMAT SAYA DIMASUKAN KE WAD BAGI MENJALANI PEMBEDAHAN KAKI  SAYA BAGI KE TUJUH KALI.


BUDI ANDA KALIAN SAYA TIDAK AKAN LUPAKAN SEHINGGA AKHIR HAYAT SWAYA.

WARTAWAN KANAN THE SABAH INSIDER NET SHAIMON S JUMADI MENDAPAT RAWATAN KELIMAH DI WAD KERANA PEMBEDAHAN YANG KETUJUH KAKINYA YANG MENDAPAT  KECILAKAAN DI GIGIT KUCING  SEORANG PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT TAK PERNAH SERIK-SERIK MELAWAT SAYA DI WAD HOSPITAL IAITU YB STEPHEN WONG AHLI PARLIMEN SANDAKAN











W


SEKALUNG BUDI PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA DOKTOR SISTER-STAFF NURSE DAN LAIN-LAIN




SEKALUNG BUDI PENGHARGAAN  TERIMA KASIH DIBERIKAN KEPADA SELURUH DOKTOR-SISTER-STAFF NURSE- JURAWAT MASYARAKAT (JM) DAN PELATIH JURU RAWAT TAHUN DUA WAD ARAS 4   HOSPTIAL  DUCHESS  OF KENT SANDAKAN  BAHAGIAN KECEMASAN DAN KLINIK PAKAR KERANA TELAH MEMBERI RAWATAN  DAN  MELAYANI DIRI SAYA SEMASA SAYA TERLANTAR SELAMA SEBULAN DARI 3HB SEPTEMBER HINGGA 2HB OKTOBER 2015 DENGAN SEBGAIK-BAIKNYA DENGAN INI SAYA TIDAK AKAN MELUPAKAN  JASA DAN BUDI BAIK ANDA KALIAN DAN  SEMOGA ANDA KALIAN  MENDAPAT HIDAYAH DARIPADA  ALLAH.

MP BATU SAPI LINDA SAMPAIKAN TANGKI AIR UNTUK MASJID KG BAMBANGAN

KELIHATAN:-Linda (dua dari kiri) menyampaikan tangki air kepada wakil masjid di Kampung Bambangan

OLEH: LAWRANCE S T CHONG


BATU SAPI:-  Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah menyampaikan sumbangan sebuah tangki air kepada masjid di Kampung Bambangan baru-baru ini.

Linda telah mengambil pelbagai inisiatif untuk membantu mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di kampung berkenaan.

Salah satu daripadanya ialah pengagihan tangki air kepada mereka untuk menampung air bagi kegunaan harian.

Menurut Linda, Kerajaan Barisan Nasional prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat dan sentiasa mencari penyelesaian untuk mengatasinya.

Pelbagai program pembangunan telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional demi kesejahteraan dan kepentingan rakyat jelata, katanya lagi.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi, Kong Nyuk Thou, dan pemimpin masyarakat yang lain.





LARIAN UNTUK KEAMAAN 2015 ANJURAN SOKA GAKKAI MALAYSIA (GGM) DAPAT SAMBUTAN

GAMBAR MENJUNKAN:- Kamal ( 4 dari kanan) bersama para tetamu lain ketika menyempurnakan perasmian “Larian Untuk Keamanan” 2015 anjuran SGM di Padang Bandaran Sandakan

OLEH: AZMIE AZMAN





GUM-GUM;-Larian Untuk Keamanan” 2015 anjuran Soka Gakkai Malaysia (SGM) yang diadakan di sini Ahad lepas mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah penyertaan mencecah lebih 1,000 orang.

Perasmian acara tersebut di Padang Bandaran Sandakan telah disempurnakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum Kamal M. Said yang mewakili ADUN Gum Gum merangkap Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris.

Hadir bersama dalam larian ialah Ketua Polis Daerah ACP Zabidi Md Zain, Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz, AJK penganjur termasuk Harry Tong serta Kalan Khoo.


Peserta memulakan larian dengan menuju ke arah bandar dan Jalan Buli Sim-Sim, ke kawasan Taman Grandview , Sanny Estate, Astana Heights. Mereka kemudian meneruskan ke Jalan Istana menghampiri Sekolah Menengah Sung Siew, sebelum menuju ke Jalan Singapura dan kembali ke Padang Bandaran Sandakan.

Larian itu diadakan serentak dengan Kota Kinabalu.  SGM akan menganjur larian ini di 19 lokasi seluruh negara dalam bulan September ini dan mensasar seramai 100,000 peserta. Acara ini akan dilangsungkan di Lahad Datu, Tawau dan Keningau pada Sep 20.

“Larian Untuk Keamanan” merupakan acara tahunan anjuran SGM di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya hidup dalam dunia yang aman dan damai.