The Sabah Insider Online….PAU (BUNGKUS) 2016 TERAKHIR UNTUK UMNO
OLEH:
SORAYA KIGIS
Friday
December 02/2016
1.Kali
ini perhimpunan Agung UMNO
mendapat sorotan dalam ataupun di luar parti itu sendiri. Minat ini timbul
mungkin kerana ini adalah perhimpunan yang terakhir sebelum PRU14 atau
perhimpunan terakhir buat selama-lamanya bagi umno di bawah pimpinan Najib.
2.Bukan
lagi menjadi satu rahsia parti ini adalah menghadapi cabaran yang getir selama
hayatnya menjangkau 70 tahun kerana mendapat cabaran dari bekas perdana menteri
dan dua timbalan perdana menteri dan naib presiden
Shafie Apdal bergabung untuk menjatuhkan UMNO dan Najib.
3.Orang
awam dan penyokong parti faham punca perpecahan umno kerana urustabir tak
betul,korupsi yang berleluasa di kalangan pemimpin kanan parti itu.
4.Namunpun
pemimpin umno cuba mengalihkan pandangan rakyat dan meletakan kesalahan pada
mantan-mantan dan ahli parti itu yang dilabelkan sebagai penderhaka nombor
wahid kerana cuba memusnahkan bekas parti mereka yang satu ketika menjadi
pemimpin utamanya.
5.Namunpun
pencapaian demi pencapaian yang dibuat oleh institusi kerajaan terhadap
kesalahan menurut bekas presiden,timbalan dan naib presiden parti umno dari
kesalahan jenayah dan terdapat penipuan ke atas syarikat kerajaan 1MDB yang
dianggar beribu juta ringgit wang rakyat dilencongkan ke dalam akuan sendiri
dan kroni yang dibuktikan oleh berbagai pihak luar dan dalam negara.
6.Ekoran
dari itu pemimpin kerajaan dicemuh oleh berbagai pihak dengan bermacam
panggilan yang amat memalukan kleptokrasi,pencuri harta rakyat dan
berbagai-bagai lagi.
7.Kelemahan
kerajaan mengurus kehidupan rakyat adalah amat parah jika dibandingkan dengan
zaman Tun Mahathir dan perdana menteri yang lain dimana rakyat melalui
fasa-fasa bahagia menikmati agihan kekayaan negara melalui subsidi dengan cukai
yang relatif rendah dengan sentiasa kecukupan kerana barangan asas harganya
rendah dan perkhidmatan yang lain umpamanya tambang transpot rendah kerana
harga bahan bakar rendah dan terkawal.
8.Kebanggaan
rakyat Malaysia sebagai pelopor negara-negara ketiga dijadikan role model telah
cerna malahan dituduh sebagai negara korupsi sehinggakan ada setengah warga
malu mengakui sebagai orang Malaysia bila berada di luar negara.
9.Tidak
juga semua ahli umno turut bersubahat semasa perbahasan pemuda dan putri umno
ada beberapa ahlinya menegur keadaan semasa terutam ekonomi yang semakin
merosot dan penderitaan rakyat berhadapan kos hidup yang tinggi sehingga
menggalakan Najib turut menaiki pengangkutan umum dan berbaris untuk membeli
minyak masak yang secara mengejut kenaikan harganya terlalu tinggi.
10.Sebenarnya
kerajaan dan pemimpin tidak perihatin ke atas penderitaan rakyat malahan tidak
faham apa yang berlaku ke atas negara ini hanya memberi tumpuan kepada keluarga
dan survival politik mereka semata-mata. Dengan ini rakyat adalah pemilik
negara ini terpulang lah kepada mereka berubah atau kekal bergelut dengan
kehidupan yang ada seperti sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)