BANGSA MEMBACA TIDAK MEMBANGSAT



OLEH: ISMAILY BUNGSU
Selasa Okt. 04/2016

TAJUK kali ini agak kasar tetapi kata penulis professional sesekali berkata kasar tidak mengapa sebab usman awang menjelaskan melayu itu harusnya sesekali bersikap kurang ajar.

Dulunya saya selalu ke luar negara dan boleh dikatakan semua negara sudah saya jelajah dan saya perhatikan negara maju negara yang rakyatnya kuat sangat membaca.

Kenapa Allah turunkan ayat IQRA sebagai ayat pertama dan tidak ayat-ayat lain dan itu jelas Allah mahukan kita menjadi insan bijak sebab insan bijak sukar dibuli dan diperbodohkan.

" Tetapi ada yang bijak lulusan universiti ia duduki kerusi professor tetapi tahap tindakan boleh dikatakan professor kangkung" Kata seorang kawan dan memang itu benar dan saya akui sebab ramai professor kaki bodek dan mengIYAkan kata-kata atasan meski jelas salah.

" Makanya juga kala dulu ramai agamawan bijak berhujah di TV dan ceramah demi kebaikan umat, tetapi bila termasuk ke dalam kadang BN dan menjadi ahli kabinet, maka mereka diam kekenyangan perut boroi terus apa saja PM kata semuanya betul atau kalau tidakpun macam tunggul mati"

Tambah kawan lain dan segala beruk urang utan ketawa terbahak-bahak.
Bangsa membaca tidak membangsat itu benar sebab kalau apa yang ia baca benar-benar dihayati dan dipraktikkan sebalik kalau apa yang ia baca, lain dikata lain dikota makan itu namanya bakal jadi setan.

Seorang Andrew Carnegie yang merupakan jutawan dunia tahu sangat betapa pentingnya ilmu itu dan kesannya ia mahu yang tinggal di dunia ini berilmu sesuai dengan ayat IQRA itu, lalu ia dermakan kekayaannya untuk membina banyak perpustakaan di dunia termasuk perpustakaan umum di kelantan 1938.

Saya perhatikan baik di facebook atau whatsapp banyak sangat komen-komen  yang mengarut dan bersifat meroyan asal ada jawaban kesan tidak banyak mengkaji dan buat penyelidikan dan saya memerhati ianya menjadi sampah memberatkan hand phone.

Paling meloyakan ada yang provokasi melebih-lebih seolah dia benar dan menyentuh peribadi orang lain yang memang tidak benar dan paling buruk memfitnah dan bila dicabar mahu diheret ke mahkamah saman malu terus mendiamkan diri dan menghilang.

Itu saya katakan kalau berhujah tunjukkan sikap jantan guna nama sendiri dan gambar sendiri agar hujahnya dicari yang terbaik dan bukan berhujah semacam berhadapan dengan orang sebelah kamar yang kita tidak tahu dan bila terkena batang hidung dia melarikan diri tanpa pesan.
Perangai satu macam


MANA TANGGUNGJAWAB MENTERI KEBAJIKAN TERHADAP RAKYAT MISKIN


( mereka diam bawah pokok sulaman sepanggar masuk simpang atas bukit )

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Tuesday October 04/2016

 
INI saya bertanya kepada kamu seorang Jainab yang mulia lagi bijaksana. Tentunya tidak saya harap pertanyaan jadi persoalan dan persoalan menjadi teka teki atau silat kata yang tidak berkesudahan sampai nanti mati.

Di mana saja hati dan nurani kamu duhai menteri kebajikan dan apakah kamu tidak nampak kesusahan rakyat dan apakah kamu tidak mendengar keluh desah nurani hati rakyat jelata?

Mereka kalangan yang miskin papa dan mereka tidak perlu tanah berjuta ekar atau hutan balak atau projek mega berbilion masuk kantung.

Mereka saudara-saudara saya yang miskin papa lagi kedana hanya perlukan rumah tempat berlindung hujan panas dan bukan kekayaan atau tanah berjuta berekar.

Kenapa saja banyak sangat alasan dan di mana wang berjuta bilion yang selalu dikatakan selama ini konon negara maju makmur ke abad 2020?

Ke mana perginya slogan rakyat didahulukan dan kenapa saja mata dan hati kamu jadi buta sambil dlontar kata bukan pengundi kawasan dan bukankah kamu itu duduki kerusi kebajikan yang tak mengira siapa saja atas nama kemanusiaan dan islam agama kamu?

Segala khazanah milik rakyat habis kamu kerjakan dan 3 kampung digadai untuk perumahan buat mereka yang kaya raya sedang rakyat miskin kamu pandang macam sampah yang harus sirna tetapi lima tahun sekali kamu datang minta undi menyembah duduk bersila di beranda rumah.

Beginikah rupa bentuk pemimpin akhir zaman yang kerjanya memutar alam dan memberikan alasan seolah tidak sekolahan dan kemudian melawat mangsa susah di dewan diberi kata kesan dan hina?

Memang kamu ini tidak layak duduki kerusi menteri dan kamu kehilangan hati nurani hitam membeku dan harus dibersihkan agar tahu gundah gulana hati rakyat yang kian luka dan parah.

Rakyatku di sekitar kita lihat nanti apa jawaban menteri kebajikan dan saya memang dijadualkan berceramah di kampung berkenaan dalam waktu terdekat.

jumpa nanti

BIASISWA PRAUNIVERSITI DIGANTUNG KESANNYA PERLAHAN-LAHAN


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Selasa  Okt 04/2016

MEMANG ramai yang persoalkan kenapa saja DS Shafie Apdal utamakan hal 1MDB dan alasan mereka itu tidak ada kaitan dengan masalah orang kampung.

" Cuba haji fikirkan bahawa 1MDB itu dana berbilion dan itu dana rakyat dipinjam dan dijamin oleh kerajaan melalui Kementerian kewangan dan sekarang kita tak tahu ke mana perginya dana itu sedang faedah 1MDB membengkak" Katanya serius dan saya terdiam.

Memang benar berhutang itu tidak salah seperti yang dikatakan orang, tetapi kalau berhutang itu untuk sendiri bermewah-mewah diguna untuk peribadi beli kondo, bikin filem, bayar hutang judi dan segala macam memang satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

" Itulah yang salahnya sebab salahguna kuasa dana rakyat jadi mangsa" katanya DS Shafie Apdal lagi ketika kami bercakap empat mata dan saya terus mendengar dan mendengar.

DS Shafie Apdal yang saya tatap wajahnya agar serius dan sedih sangat sebab dia tahu negara berada dalam keadaan susah meski di TV dan media nasional selalu diperkatakan ekonomi negara ditahap baik dan memberangsangkan.

" kalau memang memberangsangkan, kenapa saja biasiswa prauniversiti ditangguhkan dan kenapa peruntukan jabatan-jabatan  kerajaan termasuk swasta dan universiti kurang sekitar 30%? " tambahnya dan itu memang benar.

Ketika negara diwujudkan soal pendidikan merupakan agenda pertama dan islam sendiri memerintah kita jadi bijak melalui ayat pertama yang diturunkan oleh Allah iaitu IQRA.

" Sepatut anak-anak mendapat kemudahan dari kerajaan bila dikaitkan hal pendidikan sebab itu ada dalam perlembagaan tetapi yang kita tahu sekarang, ibu bapa ada yang tidak mampu lagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah/universiti kesan kos mahal sangat malah untuk biayai makan juga susah" Jelasnya dan suaranya itu jelas kedengaran amat sedih dan kesal sekali.

Bila negara berhutang dan hutang itu dibelanjakan dengan tidak menentu dan tidak wajar, malah dana 1MDB hingga sekarang lenyap begitu saja dan 1MDB bukan satu perniagaan maka akhirnya kerajaan kena bertanggungjawab terhadap hutang itu.

" Najib telah menyatakan GST sebagai penyelamat negara dari muflis dan inilah kesan tidak mampu membayar hutang


KEADILAN TERUS WUJUD & UTUH DI SABAH WALAUPUN LAJIM KELUAR PKR


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Isnin Oktober 03/2016

MESYUARAT Majlis Pimpinan Negeri (MPN) kelmarin difahamkan menjelaskan beberapa ketua cabang termasuk pengerusinya meletakkan jawatan, tetapi hari ini satu pengumuman yang jelas diadakan di Yahoo Hotel jam 2:00 petang/Hanya satu jam setengah lagi.

Ada yang mengatakan MPN bubar dan sebenarnya untuk bubar kena kelulusan 1/3 ahli yang sah dan kalaupun bubar ianya boleh disusun semula dan sementara waktu timbalan boleh menjawat jawatan tetapi jika korum tidak cukup kena susun semula setelah adanya lantikan baru sebagai ketua perhubungan di Sabah nanti.

Diperingkat cabang pula tidak boleh bubar begitu saja dan itu kena kelulusan 1/3 dari ahli keseluruhan melalui mesyuarat Agung Khas atas kehendak 2/3 ahli JK dicabang( 35.1.a) dan sesudah itu boleh dibentuk semula untuk membolehkan cabang berfungsi tetapi ini mungkin tidak terjadi kecuali tindakan mengikut perlembagaan parti.

Yang terjadi sekarang mungkin ketua atau timbalan Cabang meletakkan jawatan dan itu boleh dipangku oleh timbalan ketua cabang sendiri yang ada sekarang.
Pertanyaan saya kelmarin apakah benar bubar itu disalahertikan sebab itu hanya pertanyaan dan apa yang berlaku hanyalah ada beberapa ketua cabang meletakkan jawatan dan timbalan boleh memangku sementara timbalan pengerusi MPN boleh memangku menjalankan tugas pengerusi MPN sebelum lantikan dari pusat.

Siapakah bakal ketuai MPN Sabah? adakah YB Roland Chia wakil rakyat Inanam atau ada YB lain yang bakal diamanahkan? Tetapi jika ikut aturan, timbalan bakal ke atas dan pusat boleh melantik siapa saja dia mahu.

Pernah Presiden hubungi saya melalui telefon kesan lantikan pengerusi yang dulu sebelum Sdra Tamrin kali kedua dilantik dan YB Lajim Ukin duduki kerusi dan saya katakan itu tidak benar dan saya cadang ditarik balik dan sesudah itu memang ditarik balik dan diserahkan semula kepada sdra Tamrin sesudah 6 bulan Presiden memangku ketua MPN Sabah/lalu diserahkan kepada sdra Tamrin.

Apapun, kita mengharapkan ada rundingan antara Presiden dan ketua2 Cabang yang ada di Sabah untuk mengelakkan ketidakpuasan hati meski kuasa melantik itu dibawah kuasa presiden
mengikut fasal 27.1 dalam perlembagaan parti keadilan rakyat.

Kita mengharapkan PKR/keadilan Sabah terus utuh dan parti pimpinan Datuk Lajim terus berkerjasama dengan PKR Sabah dan ini tidak ada masalah sebab saya difahamkan DSP Lajim telah merundingkan perkara berkenaan bersama Presiden parti sebelum mengambil tindakan meletakkan jawatan.

BERSATU UBAH SABAH 
SALAM HIJRAH


SIAPA JADI KETUA MENTERI NANTI TAK PENTING ASALKAN JANGAN ORANG UMNO/BN


OLEH SORAYA EGG
Monday Oct. 03/2016
 
1.PERKEMBANGAN muktakhir parti parti pembangkang Sabah adalah amat menggalakan yang nyata menggunakan platfom parti tempatan selaras semangat s4s.

2.Untuk tujuan ini pemimpin pemimpin yang menggunakan parti luar umpamanya DAP,PKR semasa PRU13 bergabung atau membentuk parti tempatan untuk berhadapan Barisan Nasional.

3.Propaganda kerajaan mengatakan terdapat persaingan perebutan ketua menteri Sabah di antara Datu Seri Shafie Apdal  dan Datuk Sri Panglima Lajim Hj Ukin  jika ditakdirkan pembangkang menguasai dewan undangan negeri Sabah.

4.Dalam hal ini Shafie pernah menegaskan bukan tujuan utamanya menubuhkan parti semata mata bermotifkan menjadi ketua menteri Sabah tetapi yang penting dapat memberi keadilan kepada rakyat Sabah dan menjamin arah tuju negeri ini ke landasan yang betul.

5.Tegasnya lagi menjadi pemimpin utama adalah kehendak Allah, kita hanya berusaha jika ditakdirkan kalau rezeki perkara itu tak kemana dan fokus utama ke arah penyatuan parti tempatan dan seterusnya berjaya menubuhkan kerajaan baru supaya kita dapat memberi keadilan rakyat Sabah tak kira latar budaya dan agama mereka.

6.Shafie adalah mantan naib presiden UMNO dan pernah ditawarkan menjadi timbalan ketua perhubungan UMNO Sabah tetapi beliau menolaknya demi perpaduan parti dan rela menyerahkan pada Datuk Salleh dan pada ketika itu mungkin beliau boleh mendesak perdana menteri untuk menjadi ketua menteri Sabah selaras hariaki jawatannya dalam parti.

7.Dengan jelasnya penyatuan parti pembangkang Sabah boleh ditempuh dengan jalan bergabung pada satu wadah parti politik yang sama,kerjasama politik di mana kawasan yang dikuasai oleh UMNO beri mandat kepada Shafie dan selebihnya kawasan KDMR dan Cina kepada pemimpin mereka yang mempunyai kerjasama dengan parti pembangkang.

8.Adalah terlalu awal kita mengatakan bentuk kerjasama parti pembangkang Sabah,berilah mereka ruang untuk merangka gerakan ke arah perpaduan berdasarkan bulat air kerana "pembentung,bulat manusia kerana muafakat".
 EGG
Monday Oct. 03/2016

1.PERKEMBANGAN muktakhir parti parti pembangkang Sabah adalah amat menggalakan yang nyata menggunakan platfom parti tempatan selaras semangat s4s.

2.Untuk tujuan ini pemimpin pemimpin yang menggunakan parti luar umpamanya DAP,PKR semasa PRU13 bergabung atau membentuk parti tempatan untuk berhadapan Barisan Nasional.

3.Propaganda kerajaan mengatakan terdapat persaingan perebutan ketua menteri Sabah di antara Datu Seri Shafie Apdal  dan Datuk Sri Panglima Lajim Hj Ukin  jika ditakdirkan pembangkang menguasai dewan undangan negeri Sabah.

4.Dalam hal ini Shafie pernah menegaskan bukan tujuan utamanya menubuhkan parti semata mata bermotifkan menjadi ketua menteri Sabah tetapi yang penting dapat memberi keadilan kepada rakyat Sabah dan menjamin arah tuju negeri ini ke landasan yang betul.

5.Tegasnya lagi menjadi pemimpin utama adalah kehendak Allah, kita hanya berusaha jika ditakdirkan kalau rezeki perkara itu tak kemana dan fokus utama ke arah penyatuan parti tempatan dan seterusnya berjaya menubuhkan kerajaan baru supaya kita dapat memberi keadilan rakyat Sabah tak kira latar budaya dan agama mereka.

6.Shafie adalah mantan naib presiden UMNO dan pernah ditawarkan menjadi timbalan ketua perhubungan UMNO Sabah tetapi beliau menolaknya demi perpaduan parti dan rela menyerahkan pada Datuk Salleh dan pada ketika itu mungkin beliau boleh mendesak perdana menteri untuk menjadi ketua menteri Sabah selaras hariaki jawatannya dalam parti.

7.Dengan jelasnya penyatuan parti pembangkang Sabah boleh ditempuh dengan jalan bergabung pada satu wadah parti politik yang sama,kerjasama politik di mana kawasan yang dikuasai oleh UMNO beri mandat kepada Shafie dan selebihnya kawasan KDMR dan Cina kepada pemimpin mereka yang mempunyai kerjasama dengan parti pembangkang.

8.Adalah terlalu awal kita mengatakan bentuk kerjasama parti pembangkang Sabah,berilah mereka ruang untuk merangka gerakan ke arah perpaduan berdasarkan bulat air kerana "pembentung,bulat manusia kerana muafakat".


TIADA YANG BARU POLITIK SABAH

 
( Kecuali keluarnya Shafie dan Jaujan)

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Monday Oct. 03/2016

HARI ini dikatakan Datuk Sri Panglima Lajim Hj Ukin  keluar meninggalkan parti Keadilan dan dibawanya bersama 10 cabang dan itu ada sedikit keraguan sebab perlembagaan parti kena kelulusan cabang yang harus mendapat mandat 1/3 keseluruhan ahli cabang.

Kedua diumum juga YB Terrence keluar parti Keadilan dan selanjutnya diperkatakan sertai parti DS Shafie Apdal sementara YB Junz/DUN DAP Likas juga umum keluar parti dan bakal sertai parti tempatan.

Apa yang berlaku tadi di perhimpunan di Hotel Yahoo itu saya lihat bukan sesuatu yang baru, malah di situ timbul keraguan keadaan itu lebih memecahkan undi terhadap pembangkang jika tersilap atur.

Sekarang yang jelas Keadilan pecah dua sebab masih ada sekitar 15 cabang yang masih bertahan dan itu mempunyai undi yang boleh memecahkan undi pembangkang dan apakah ini tidak difikirkan?

Saya setuju sangat perjuangan mereka menggunakan parti tempatan untuk melaungkan slogan Sabah untuk Sabahan atau Sabahan untuk Sabah.

Tetapi kesan perpecahan undi kalangan ahli PKR dan nanti perpecahan undi DAP maka itu terang-terangkan akan merugikan pembangkang sendiri di PRU14 akan datang.

Yang saya lihat bakal mengubah politik 
Sabah ialah bila YB DS Shafie Apdal dan YB Jaujan meninggalkan UMNO dan itu jelas akan cukup berbahaya buat UMNO dan boleh menumbangkan pemerintah BN.

Bila kedua YB itu meninggalkan UMNO dan kawasan pantai timur mereka kuasai, maka kalangan undi pembangkang PKR dan DAP menambah undi maka ini memang berbahaya buat BN yang memerintah di Sabah.

Sebalik perpecahan PKR/keadilan nanti dengan parti baru yang DSP Lajim tubuhkan itu tidak dapat membawa apa-apa yang boleh membanggakan kecuali semua parti pembangkang bersatu.

Apakah USA akan bersatu dengan Pakatan Harapan kalangan DAP/PKR dan Shafie  serta yang lain? Ini sesuatu yang saya lihat sukar sebab perpecahan PKR/keadilan itu sendiri telah tercipta satu jalan yang sukar.

Barangkali sesudah parti Shafie didaftar dan kemudian dicipta lagi satu parti yang boleh menjadi payung semua parti pembangkangseperti parti menggunakan logo BN dan kemudian disepakati menggunakan satu logo lawan BN tentu ini saja caranya yang boleh menumbangkan BN.

Sebalik jika gagal maka kita akan melihat keputusan pilihanraya kali ke14 akan lebih mengecewakan banding PRU-13 lalu sebab jangan lupa ada 18 parti baru berdaftar dan belum dikira parti yang menjadi agen BN.

Saya perpendapat hanya DS Shafie saja yang boleh menjadi orang tengah untuk selesaikan masalah/itupun kalau parti-parti pembangkang tidak bersikap ego akui diri kuat.

Cuba saja difikirkan hal ini dan apakah tindakan yang ada sekarang ini bakal menjadi menang sorak kampung tergadai atau ayam terlepas tangan bau tahi atau juga sama mendengar guruh di langit air di tempayan ditumpahkan dan akhirnya BN ketawa terbahak-bahak sementara pembangkang berputih mata serta rakyat susah menderita GST terus mendaki puncak.

JAMAL SINYOR PENGKHIANAT PADA PEMILIK TANAH KOYAH A KINABATANGAN.....DAKWA MOHSIN

OLEHY: SHAIMON S JUMADI
Monday Oktober 03/2016


SANDAKAN:- Kes pembicaraan Tanah Koyah A Kinabatangan  yang dibicarakan di Mahkamah   Tinggi Sandakan pada Julai lalu dan pihak hakim Mahkamah telah memutuskan bahawa pembicaraan keatas tanah seluas 6,000 ekar menemui kegagalan dengan alasan  terlewat had masa tuntutan.

Menurut jurucakap ahli-ahli Tanah  Koyah A  Mohsin bin Jurop  menjelaskan bahawa keputusan Hakim adalah tidak munasabah dan perlu dibawa ke Mahkamah rayuan  untuk mencari keadilan bagi mempertahan hak asasi mereka.

Berikut fakta-fakta kes berhubung kait dengan kedudukan tanah Koyah A yang kini dalam dilema dihuraikan oleh Penasihat Undang-Undang

FAKTA KES 01


01.    Sangat mengejutkan keputusan Hakim Datuk Martin Indang Mahkamah Tinggi Sandakan seperti yang diberi tahu oleh peguam kami.
02.   Kes kalah kerana terhalang had masa wah hal berkali-kali menunjukan sebaliknya.
03.   Malah perkara 13 Perlenbaga Persekutuan iaitu hak teradap harta menyatakan :


01.   Tidak seorangpun boleh dilucutkan hartanya  kecuali mengikut undang2 .
02.   Tiada undang2 boleh memperuntukan mengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadahi.

03.   Perlembagaan adalah undang2 tertinggi Malaysia, Apakah Hakim tidak melihat peruntukan undang2 ini?

04.   Lima 0rang saksi plaintif tampil memberi keterangan, bukti2 seperti orang yang meninggal dunia lebih awal bersetuju menandatangai surat  membatalkan geran pafa tarikh lebih hadapan, malah orang yang hidup dikatakan mati juga, telah datang memberi keterangan di Mahkamah. Tidak cukup kah itu sebagai bukti yang besar  menunjukan penipuan terhadap harta kami.


05.   Jamal Sinyor yang dulu bersama plaintif telah menjadi saksi  defenden, hanya dia seorang sahaja menuduh Penasihat Undang2 kami dan Saya (Mohsen)  menghasut ahli2 membawa tuntutan ke Mahkamah, mana buktinya? Mana  laporan polis? Semua ini hanya keterangan bohongnya di Mahkamah. Kami saudara2 satu agama, satu bangsanya dikhianati olehnya dan beberapa yang lain. Segala keterangannya itu fitnah semata-mata. Adakah ini yang meyakinkan Hakim dalam mempertimbangkan keputusannya?

06. Sangat dukacita Hakim tanpa menilai bukti dengan terliti. Pandangan kami, bukti2 kukuh kami melalui keterangan mahupun  dokumen2 sudah tidak dapat sanggah lagi kebenarannya dan amat dukacita Hakim memberi keputusan tuntutan ini terhalang kerana had masa tanpa menilai bukti dan perkara 13  Perlembagaan Persekutuan.


07.   Dengan itu dapatlah kami simpulkan bhawa ini adalah  satu ujian perjuangan yang belum selesai untuk kami. Kami akan berusaha keperingkat rayuan walaupun peguam yang mewakili kami pada hari keputusan diumumkan dia juga sudah tidak mahu mewakili kami. Walaupun diletak dengan situasi terkontang kanteng  ketiadaab  lawyer dab bayaran kos kepada dependan2 tidak melemahkan kami kerana Allah SAW  bersama-sama kami. Saya menyeru bagi sesiapa peguam pribumi Sabah yang prihatin, jujur, amanah  dan takutkan Allah sudi menjadi Asbab bantu kami memperjuangkan kebenaran tuntutan kami. Itu harapan kami.


08.   Disatu perinbgkat hakim yang lama, Datuk Douglas Primus tekah membenarkan defendan2 meminda pembelaan mereka dengan memasukan  berkenaan had masa yang mana kes Tanah jika melibatkan penipuan hanya boleh dibawa tindakan 3 tahun  dari sejak pengetahuan plaintif. Plaintif2 dikatakan telah mengetahui 2007. Plaintif  melalui peguam mereka telah menjawab:\

   
01.   Pengetahuan mereka pada tahun 2013  melalui carian tanah  yang dibuat oleh Penasihat undang2 mereka  iaitu pada sekitar April 2013 dan saman telah difailkan pada Oktober 2013 .

FAKTA KES 02.

Perkara 13(1) (2) Perlembagaan Persekutuan

Pada masa itu Peguam kami tekah menasihatkan untuk buat rayuan keatas keputusan hakim, kerana pihak plaitif resau ini akan dijadikan asalan seterusnya untuk membatalkan saman plaintif, maka rayuan dibuat.
Dalam proses itu, peguam kemudian menasihati untuk tidak teruskan rayuan dan memberitahu bahawa hakim Datuk Douglas menyatakan ada kami mahu terus rayuan? Jika kamu ada Good  Defend  perkara 13 Perlembagaan Perseketuan  setekah itu, peguam plaintif mendapat akur janji  secara lisan tidak akan membuat permohonan untuk membatalkan sama plaintif. Kemudian peguan menasihati plaintif tidak meneruskan rayuan agar perbicaraan dapat disegeralan. Namun apa yang berlaku, hakim perbicaraan ini mengambil keputusan bahawa tuntutan plaintif  terhalang had masa. Dimana keadilan bagi semua plaintif? Hak terhadap harta mereka dilucutkan tanpa menurut undang2.

Tidak ada manusia yang waras membatalkan tanah mereka yang diberi kerajaan  purata 15 ekar setiap seorang semata2 untuk diserahkan kepada syarikat. Malah plaintif2 yang menerima wang RM1,500 telah memberi keterangan  bahawa mereka berasa sangat tertipu kerana pada waktu penerimaan wang tidak diberi tahu bahawa kawasab Koyah A tekah diluluskan buat plaintif2, mereke tidak pernah berurusan untuk membatalkan urusab tanah ini di pejabat Tanah tetapi dipanggil di Syarikat defendan diberi wang dengan pelbagai alasan.

Setelah  carian dibuat ada bukti kononnya plaintif2 bersetuju  serahkan geran kepada syarikat dan syarikat memberi saham kepada plaintit.
Jika Mahkahmah mempertimbangkan hal ini sebagai benar sekalipun di mana hasil saham yang sepatutnya diberi kepada plaintif?









KONVOI BAJU KUNING BERSIH O5 BERJALAN LACAR

OLEH AZMI AZMAN
Sunday October 02.2016

SANDAKAN:- Perhimpunan aman baju kuning Bersih 05 yang telah diadakan di Semenanjung anjuran parti PAKATAN HARAPAN di Sabah khususnya di Sandakan tidak juga mahu ketinggalan.
Perhimpunan aman (konvoi) Bersih 05 yang menjelajah dari Sandakan-Kinabatangan-Lahad Datu dan Semporna telah diketuai sendiri oleh Pengerusi DAP Sabah yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt.
Wong berkata mesej dan tuntutan rakyat melalui Bersih 5 kita sebarluaskan keseluruh pelusuk Malaysia  Kita juga menerima banyak keluhan rakyat kerana "kegilaan" sang pemerintah.
“Tapi, ada juga yang mencemuh dan menghina, namun semua itu terubat bila ramai lagi yang menyokong padu usaha memberi kesedaran kepada rakyat ini.
Usaha ini bukan semata mata untuk kita, tapi untuk semua rakyat , anak cucu masa depan kita.
Dengan itu Wong merekamkan ucapan terima kaseh kepada pihak polis, kerana memberi kata nasihat yang baik. "Safe Journey" "hati hati memandu" "semoga selamat sampai" keluar dari mulut setiap anggota polis yang bertugas menyambut kami disetiap daerah. Perjalanan kami rasa selamat kerana terima pantauan kalian.
Semoga aura kuning ini menyelinapkan ke seluruh pelusuk Sabah dan seluruh sudut Malaysia. Kami pasti terus ke depan kerana berdiam bukan pilihan.
Jumpa lagi stage seterusnya.
"Satukan tenaga - Malaysia Baru!"


NAMA LAJIM SEMAKIN TERSOHOR DIPELUSUK SABAH

( pemurah dan suka tolong orang)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Sunday October 02/2016

SAYA kenal Datuk Sri Panglima  Lajim Hj Ukin  sejak tiga puluh tahun lalu. Bukan baru dan dia sendiri selalu memberikan kepercayaan kepada saya untuk membantunya di pelbagai NGO.

Memang saya kenal sangat. Bila sekian tahun saya tidak aktif dalam politik setelah melepaskan jawatan ketua penerangan PKR Sabah, lalu beliau amanahkan saya peggang jawatan Pengarah Komunikasi PKR dan jawatan itu saya peggang sekitar enam bulan dan sesudah itu saya meletakkan jawatan dan masih ahli PKR hingga ke saat ini.

Terus terang sewaktu dalam kabinet di Sabah termasuk menteri persekutuan, saya tidak pernah minta bantu atau mendapatkan sesuatu sebab memang perangai saya tidak akan mengambil kesempatan bila dia berkuasa sebab niat saya hanya membantu dan tentunya sikap saya beda dengan yang lain.

Seorang  Lajim memang insan yang baik dan insan pemurah. Sesiapa saja minta bantu ia akan segera bantu tak kira siapa dan di situlah kelebihan seorang insan bernama DSP Lajim Ukin dan ini diakui oleh banyak orang.

Pernah suatu waktu dia mengeluh dan ketika itu saya hanya diam lalu menitis air mata saya pelan-pelan  dan itu saya sembunyikan dan dalam masa yang sama saya katakan " kalau demikian, gunung juga akan runtuh datuk" Lajim  terdiam dan kami bertatapan mata.

Saya memang merasa rawan dan sedih melihat keadaan dan saya tahu di mana silapnya dan itu sebab dia minta saya berhubung dengan Menteri Besar Selangor secara direct dan memang sudah saya hubungi tetapi keputusan itu saya diamkan sebab tidak sampai hati.

Kemudian kesan saya sedih sangat dan tidak sanggup melihat keadaan maka saya bisikkan sama Lajim untuk saya meletakkan jawatan dan ketika itu Lajim  terkejut dan diam sebab saya ada alasan-alasan  tertentu.

" Haji bertugas dan bantu saya secara peribadi dan jangan peduli kata-kata orang lain" kata-kata itu menjadikan saya terus menduduki kerusi pengarah Komunikasi dan niat membantu secara serius dan memang tugas-tugas  komunikasi itu telah saya lakukan dengan baik cuma yang selalu saya katakan tidak ada SOP.

SOP itu amat saya perlukan sebab di PKR/MPN ada 3 jawatan fungsinya sama iaitu Ketua Penerangan PKR dipeggang oleh YB Terence dan saya peggang jawatan Pengarah Komunikasi dan sementara Datuk Maijol peggang Ketua penerangan dan Komunikasi. jadi tanpa SOP tentulah agak susah khuatir kerja-kerja bertindih dan itu menyebabkan yang lain tidak senang.

Sesudah itu SOP dimaksud tiada dan sesudah kali ketiga menulis surat untuk letak jawatan, barulah diterima dan Lajim  mahu saya kekal sebagai pegawai perhubungannya sendiri dan itulah tugas yang diamanahkan sehingga hari ini tidak ada pula apa selanjutnya.

Seperti saya katakan Lajim  memang seorang insan yang baik dan pemurah, cuma kekadang orang yang tidak dekat dengan dia tidak tahu sikap dan baiknya DSP Lajim dan ini harus saya katakan.

Berita yang belum pasti dan kita lihat esoknya nanti yang Lajim  bakal umum dan tinggalkan PKR Sabah.

Apakah PKR Sabah bakal bubar atau ada pengerusi MPN baru, itu juga kita tidak pasti dan itu terserah kepimpinan pusat nanti.

Kekadang ada yang memikirkan tindakan Lajim  itu jika benar seolah tidak baik tetapi Lajim  seorang yang matang dalam politik tentu sudah memikirkan banyak sudut kesan suara-suara Sabah for Sabahan begitu berkumandang di Sabah dan Lajim  sendiri pernah menyebut perkataan itu yang maknanya Sabah ini untuk orang Sabah.

Sebelum ini Lajim  memang mahu perjuangkan autonomi, tetapi perlembagaan PKR sendiri berulang saya katakan tidak bersifat autonomi, contohnya lantikan ketua Wanita dan ketua pemuda masih kuasa pusat dan ini tidak betul dan itu sebab selalu saya katakan agar ada perubahan/ada usul di kongress nasional untuk merubah keadaan.

Barangkali kata-kata yang ia perjuangkan autonomi itu hanya retorika dan kesan itu ia mengambil keputusan meninggal PKR dan kemudian menubuhkan parti yang saya difahamkan sudah lulus bakal dilancar kira2 minggu depan.

Jika ramalan ini benar dan parti yang ia tubuhkan berkerjasama dengan parti lain yang asasnya lokal terutama parti DS Shafie Apdal sendiri maka itu bakal menyebabkan BN di Sabah tidur tak lena dan makan tak kenyang.

Saya doakan DSPL terus berjaya dan berjaya untuk memimpin parti baru nantinya.


KERAJAAN BN GAGAL TANGANI PENCULIKAN YANG MENJADI-JADI DI PERAIRAN SABAH......DAKWA WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI
Saturday October 01/2016
  
SANDAKAN:- Kes penculikan di perairan Sabah yang semakin menjadi-jadi dan telah membimbangkan dan menakutkan rakyat Sabah termasuk para pelancong asing yang sedang,telah dan akan datang melawat ke Sabah ia boleh menjejaskan ekonomi Negara termasuk negeri Sabah.

 
Selain fonomena ini menakutkan para pelancong asing ia juga menjurus menakutkan para nelayan tempatan untuk pergi ke laut bagi menangkap ikan dan pelbagai hasil sumber laut jelas menjejaskan  pendapatan  harian sebagai sumber mata pencarian kaum nelayan tempatan.

Bukan kah disetiap sudut di seluruh perairan laut di Sabah dari  pantai Timur-Barat-Utara dan Selatan telah di kawal ketat oleh ESSCOM akan tetapi kenapa masih boleh bolos oleh pengganas dari Filipina.

Ekoran trajedi penculikan yang semakin merunsingkan   di Sabah dengan ini Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tien Fatt  amat tidak berpuas hati dan marah terhadap Kerajaan BN yang kurang cekap untuk mengukuhkan keselamatan perairan Sabah daripada ancaman penceroboh pengganas Filipina yang berkaitan dengan kes penculikan di laut.

Beliau berkata bahawa walaupun Kerajaan berjanji akan mengukuhkan kelengkapan keselamatan dan meningkatkan keupayaan tindak balas ESSCOM terhadap pencerobohan, malangnya ia masih tidak membantu menyelesaikan masalah ancaman perairan Sabah yang sering berlaku.

“Kegiatan penculikan ini semakin kerap dan ini sekali lagi menunjukkan ketidakcekapan dan kegagalan Kerajaan kita. Mengapakah walaupun perintah berkurung sudah dilaksanakan, penculikan masih sering berlaku? Mengapakah Kerajaan langsung tidak dapat maklumat ketika pencerobohan berlaku? Apakah yang terjadi kepada perisikan ESSCOM?” kata Wong.

Wong merupakan  Pengerusi DAP Sabah. Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui Ibu Pejabat DAP.

Wong berkata bahawa pihak polis telah mengesahkan bahawa pada 2 malam yang lalu, perairan Semporna di bawah perintah berkurung telah berlaku 2 kes rompakan bersenjata dan salah seorang tebusan yang diculik merupakan warganegara Malaysia. Ini merupakan kes ke-6 berlaku pada tahun ini, sedangkan kes penculikan yang terlibat beberapa orang tebusan pada minggu lalu belum dapat sebarang maklumat selanjutnya.

Beliau amat tidak berpuas hati dan berikrar untuk membangkitkan isu-isu ini pada sidang Parlimen yang akan diadakan pada pertengahan bulan Oktober dan meminta Kerajaan memberi penjelasan.

Wong berkata bahawa sejak pertubuhan ESSCOM, Kerajaan telah mempergunakan peruntukan lebih daripada RM1 billion untuk mengukuhkan keupayaan ketenteraan dan pertahanan perairan Sabah, tetapi malangnya ia telah menjadi bahan ketawa di masyarakat antarabangsa.

Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi bersetuju dengan kenyataan bahawa isu-isu keselamatan Sabah terlibat dengan “orang dalaman”.

“Saya telah beberapa kali mendedahkan Sabah terdapat banyak pendatang tanpa izin, atau salah seorang daripada kita berurusan dengan kumpulan militan di Filipina Selatan bekerjasama melakukan kes penculikan di Sabah. Saya juga telah banyak kali meminta Kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini dan bukan sahaja menjaga sempadan dan gagal mengawal masalah dalaman.” kata Wong.

Beliau berterus-terang bahawa bukan sahaja masalah “orang dalaman”, tetapi juga amat curiga sama ada terdapat rasuah di kalangan anggota polis yang mengakibatkan pengawalan sempadan yang kurang berkesan.

Wong merujuk kepada kes penculikan yang melibatkan tebusan dari Sibu, Sarawak sebelum ini, duit tebusan yang dibayar RM12 juta, tetapi media Filipina melaporkan bahawa Abu Sayyaf hanya menerima RM9 juta, mana lagi RM3 juta? Media Filipina turut menuduh pegawai kanan kedua-dua negara telah melibatkan diri dalam “perniagaan penculikan”.

“Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat satu siri masalah struktur dan bukan hanya keupayaan pertahanan ESSCOM. Yang lagi penting adalah keperluan untuk membasmikan faktor “orang dalaman” supaya boleh menyelesaikan masalah ini dengan sepenuhnya. Memandangkan Datuk Masidi bersetuju juga, adakah Kerajaan akan mengambil tindakan untuk menyiasat dan menghapuskan masalah “orang dalaman”, terutamanya yang banyak terlibat dalam pendatang tanpa izin?” kata Wong.

Wong juga mengkritik Kerajaan masih belum mengumumkan tindakan RCI Sabah terhadap masalah pendatang tanpa izin di Sabah, walaupun laporan tersebut telah siap lama dan Kerajaan telah menubuhkan dua jawatankuasa untuk merancangkan program menangani isu-isu yang berkaitan dengan PTI, tetapi kini telah berlalu hampir dua tahun dan masih tiada apa-apa laporan dikemukakan. Hal ini menunjukkan Kerajaan langsung tidak ikhlas dan tidak berniat untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Beliau berkata bahawa selagi masalah PTI di Sabah tidak diselesaikan, maka “perniagaan penculikan” akan diterusk