JAMES RATIB GESA KAUM BELIA LUAR BANDAR BERGIAT AKTIF DALAM APA JUGA BIDANG SUKAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI
  

- TERIMA KASIH ... James menerima sebuah cenderahati kenangan daripada pihak penganjur pada majlis tersebut



BELURAN: Golongan belia dan beliawanis khususnya di luar bandar perlu memanfaatkan masa muda dengan bergiat aktif melalui apa jua bidang sukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk James Ratib, berkata sukan adalah merupakan platform terbaik ke arah membentuk gaya hidup sihat sekali gus menjadikan seseorang yang berjiwa positif.


TENDANG JANGAN TAK TENDANG.....James cuba menendang bola sebagai tanda rasminya kejohanan bola sepak 9 sebelah anjuran SK Sualok ini


Katanya, sebagai aset terpenting pembangunan negara maka penekanan ini harus diberikan perhatian memandangkan mereka menjadi harapan untuk membawa cabaran sehingga ke peringkat lebih tinggi.

"Saya mahu golongan belia di kawasan Sugut ini tampil ke hadapan untuk menceburi apa jua bidang sukan yang mereka minat. Ini kerana, bersukan bukan sekadar menyihatkan tubuh badan di samping memberikan keyakinan diri.

"Tetapi juga, kalau anda berbakat dan boleh bermain dengan begitu baik maka sudah pasti negara akan memberikan perhatian terhadap bakat kamu.

"Jadi, jangan buang masa sebaliknya berusahalah untuk menjadi seorang pemain atau atlet harapan negeri dan juga negara.

"Saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah diatas penganjuran kejohanan bolasepak ini yang mendapat penyertaan ramai belia-belia," jelasnya.

James berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Datuk James Ratib anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Sualok 2015 di padang sekolah berkenaan, dekat sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ketua Umno Bahagian Beluran memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap pembangunan sukan di kawasan luar bandar Sugut.

Kata beliau, samada sekolah mahu pun kampung-kampung perlu ada kemudahan sukan yang membolehkan anak-anak muda memanfaatkannya sekali gus meningkatkan kemahiran  sukan yang diminati. 

Dalam perkembangan politik di negeri ini  ketika James Ratib yang ditanya oleh Wartawan Kanan The Borneo Sabah Insider, antara lain beliau menjelaskan  keadaan politik di negeri Sabah semua berjalan baik.

“Saya  berpendapat suasana perjalanan politik di Sabah yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) negeri memang cukup baik saya berani mengatakan kepimpinan Datuk Seri Musa Hj Aman telah mendapat sokongan padu yang tidak berbelah bagi terhadap bapa pembangunan Negeri Sabah itu” Ujar James Ratib.

Dari itu kata James Ratib “Saya selaku ketua Bahagian UMNO Beluran merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sugut dengan rasa rendah diri menyatakan dengan telus dan ikhlas saya dan semua ahli-ahli UMNO daripada Bahagian, cawangan Pemuda, Wanita, Puteri sehingga keakar umbi  UMNO Beluran  berikrar akan menyokong sepenuhnya  kepimpinan Datuk Seri Musa,  dan Dato Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk mentadbir negeri dan Negara Malaysia yang kita cintai”.









KENAIKAN TARIF AIR PUNCA HARGA BARANG MELAMBUNG TINGGI....DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Tindakan Kerajaan Negeri menaikkan kadar tarif air disifatkan sebagai keterlaluan kerana mengakibatkan dan punca kenaikan harga barang melambung tinggi seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Kawasan Sandakan (DAP)  Stephen Wong hari ini.


Beliau memberi respon sedemikian, berhubung dengan peristiwa para peniaga industri ringan di Bandar Kim Fung menerima kadar bil air yang terlampau tinggi.

Beliau juga menyifatkan kerajaan negeri BN yang keterlaluan dengan caj bekalan air, sama seperti pepatah cina "hanya membenarkan pegawai membakar, tetapi tidak membenarkan rakyat menyalakan lampu”, kerana kadang-kadang para peniaga terpaksa menaikkan harga tetapi dilarang oleh kerajaan, kerajaan pula menaikkan semua caj di sebaliknya.

Wong menunjukkan bahawa sebelum ini kadar minimum tarif air adalah RM4, kini kadar minimum tarif air bagi sektor perniagaan adalah RM22.50, kadar minimum bagi sektor perindustrian pula adalah RM70. Peningkatan caj minimum sebanyak berapa peratus? Dipercayai ramai orang pun susah mengirakannya.

Beliau berkata, bukan sahaja kadar minimum tarif air keterlaluan, kadar seunit air juga keterlaluan. Sebelum ini setiap unit adalah 90 sen, kini kadar 0-70 unit bagi sektor perniagaan dan perindustrian adalah RM1.60 setiap unit, jika melebihi 70 unit adalah RM2 seunit.

Bagi kadar air rumah, 0-10 unit adalah 30 sen seunit, 11-20 unit 60 sen, 21-35 unit RM1.10 , 36-60 unit RM1.30, lebih daripada 60 unit adalah RM1.80 seunit.

Wong berkata, walaupun kebanyakan pengguna golongan bawah tidak terjejas, tetapi disebabkan tarif air sektor perniagaan dan perindustrian meningkat, menyebabkan harga barang turut menaik, bagaimanakah rakyat tidak terjejas?

Beliau menyifatkan kenyataan yang berkata golongan bawah tidak terjejas dengan kenaikan tarif air adalah menipu sesama diri sendiri. 

Diharapkan kerajaan BN dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) BN jangan berbohong kepada diri sendiri dan menipu rakyat.

Beliau berkata, 2 orang ADUN DAP pernah menentang kenaikan tarif air oleh kerajaan negeri BN dalam persidangan DUN, tetapi ADUN BN tiada sebarang respon, malah mempertahankan kenaikan tarif air walaupun ia adalah terlampau,  ini amat mengecewakan.

Wong menggesa kerajaan BN mengkaji semula tarif air dengan serta merta, membatalkan tarif air minimum, memulangkan keadilan kepada rakyat.

Beliau berkata, GST telah menyebabkan rakyat amat sengsara, tetapi kerajaan negeri masih menaikkan tarif air secara sewenang-wenangnya, ini sama seperti "menambah penghinaan kepada kecederaan".

Beliau percaya bahawa dengan pelaksanaan GST, tarif air meningkat, harga minyak juga akan menaik tidak lama lagi, ini kerana kerajaan BN adalah “Kerajaan Naik Harga”.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri BN perlu menghalang kawasan perumahan haram mencuri air, dan mencegah kehilangan bekalan air, bukannya menambah kesemua kerugian ke atas para pengguna, ini adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab, terutamanya bekalan air merupakan keperluan rakyat yang perlu kerajaan sediakan.




NBOS MERUPAKAN AGENDA POSITIF BANGUNKAN NEGARA ...KATA ZAKARIA

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN: Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan agenda positif bagi membangunkan negara dengan memastikan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat terus meningkat.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris, berkata perlaksanaan NBOS memberikan faedah kepada semua pihak kerana idea yang kreatif selain kolaborasi antara jabatan dan agensi memudahkannya melaksanakan segera pembangunan berimpak tinggi.



 BANDAR SELAMAT ... Zakaria (tengah) menyampaikan sebuah peti surat kepada wakil penduduk iaitu Hussin Sukan sebagai pelancaran projek NBOS di taman perumahan mereka

Katanya, terbukti melalui program Kejiranan Indah atau 'My Beautiful Neighbourhood yang dilaksanakan merupakan satu usaha mensasarkan perlaksanaan di kawasan bandar seperti memberi perhatian terhadap kemudahan awam yang tidak terjaga, kotor dan mempunyai kadar jenayah yang tinggi.


- BOMBA KOMUNITI ... Zakaria menyampaikan sijil penghargaan dan disusuli alat pemadam api kepada wakil penduduk kawasan perumahan tersebut sambil diperhatikan Mohammad dan kenamaan yang lain

Menurut beliau, projek MyBN ini dilaksanakan dengan cepat dan pantas menggunakan kos minima dengan mengoptimumkan sumber terkumpul bagi mencapai hasil yang lebih baik  sekali gus manfaatnya dapat dirasai semua.
  
- IKRAR ... Hussin mengetuai ikrar penduduk Rumah Pangsa LPPB Batu 3 1/2 Sandakan bersempena majlis penyerahan projek NBOS di taman perumahan mereka
6 Attachments


"Nampak jelas bahawa semua usaha yang dilaksanakan adalah untuk memberikan kebaikan dan keselesaan kepada masyarakat. Bagi Negeri Sabah, beberapa projek MyBN Sabah yang telah dilaksanakan. 

"Antaranya ialah membaik-pulih perumahan awam di Rumah Pangsa Perumahan ERPH Taman Keramat, Kota Kinabalu; Rumah LPPB, Batu 3 ½  Sandakan; Projek House Build Sabah di Kg Kopundadan, Matunggong Kudat; Kg Kelanahan Rimba Papar; Kg Pantai Emas Kota Belud dan Kg Indani Semporna.

"Untuk tahun 2015, ianya akan diperluaskan ke 18 lokasi bagi membaik-pulih perumahan awam kos rendah dan ke 30 lokasi bagi program House Build," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyerahan projek NBOS, Kejiranan Hijau dan pelancaran Program Transformasi Sosial Rumah Pangsa LPPB Batu 3 1/2, Jalan Utara, dekat sini, kelmarin.



GAMBAR KELIHATAN..... Zakaria sewaktu berucap pada majlis itu


Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Haji Mohammad Mentek; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura, Datuk Au Kam Wah; Adun Karamunting, Charles O Pang dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Ir. James Wong serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.
 3.

- CERIA ... Zakariah sambil diperhatikan Mohammad menyampaikan tiga bekas kitar semula kepada wakil penduduk sempena program Rakan Taman dan COMBI 

Mengulas lanjut, Adun Gum-Gum itu berkata perlaksanaan progam di Sabah perlu dilihat sebagai satu inisiatif yang menjurus kepada pemberian perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat seluruhnya.

Ujarnya, keadaan ini menampakkan yang rakyat negeri ini tidak ketinggalan dalam apa jua perancangan dan pembangunan daripada pihak kerajaan persekutuan.

"Buktinya, dapat kita lihat dengan jelas dalam peruntukkan yang diturunkan ke Rumah Pangsa LPPB ini di mana ia melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengindahan lanskap di kawasan kejiranan ini.

"Sehubungan dengan itu, masyarakat seharusnya menghargai apa yang telah diberikan. Budaya menjaga alam sekitar dan kebersihan hendaklah dijadikan amalan harian dalam kehidupan seharian," kata beliau.



- Sebahagian pemimpin masyarakat setempat dan penduduk kawasan kejiranan Rumah Pangsa LPPB Batu 3 1/2 yang hadir bagi memeriahkan majlis penyerahan projek NBOS tersebut

Katanya lagi, pembentukan Rakan Taman, COMBI dan Komuniti Bomba termasuk kewujudan Rukun Tetangga (RT) di kawasan kejiranan ini merupakan satu platform yang 

dapat membantu memastikan persekitaran kejiranan menjadi satu kejiranan yang bersih dan teratur selain merapatkan lagi jalinan hubungan antara sesama penduduk yang melebihi  4000 orang itu.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan agar pihak LPPB mewujudkan 'Management Corporation' atau MC di kawasan kejiranan ini agar perkara yang berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan dapat dijaga dengan lebih teratur dan tersusun.

Ini katanya, bukan saja mengharapkan komitmen pihak berkuasa tempatan semata-mata namun lerjasama erat dan perkongsian bijak antara semua pihak adalah amat penting.





JABATAN AIR RANAU ABAIKAN KEBOCORAN BATANG PAIP DI PEKAN RANAU

OLEH: LAWRENCE  SUNGGIOK



RANAU:- Kebocoran batang paip umum  yang terletak di Pekan Ranau  sudah beberapa hari belum lagi dibaiki oleh Jabatan Air Ranau.

Ekoran kebocoran itu adalah penyebab utama tekanan air disekitar Pekan Ranau menjadi rendah.

Menurut beberapa orang yang mengadu kepada Unit Biro Aduan The Borneo Sabah Insider.Net di Ranau menjelaskan mengenai kebocoran itu sudah dilaporkan tiga hari yang lalu tetapi sehingga kehari ini masuk keempat hari belum dibaiki.

Ini jelas satu pembaziran air dibuang begitu saja dianggarkan selama 4 hari air yang meruap itu mahu juga 100 ribu leter  di mana kah tanggungjawab Jabatan Air Ranau membiarkan kebocoran itu



WONG MINTA SPA TIMBANG SEDALAM-DALAMNYA SEBELUM BERTINDAK MEMBEKUKAN PENGAMBILAN PENJAWAT AWAM

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Tindakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan  (SPA)  mengenai  pembekuan pengambilan penjawat awam  seperti yang diumumkan baru-baru ini betul-betul memberi impak buruk kepada sektor awam yang melibatkan kehidupan masyarakat.


Tindakan pembekuan itu ia  membabitkan sektor kesihatan, perubatan keselamatan dan pendidikan awam dalam hal ini  perlu diambil kira beberapa sudut demi mengorbankan kepentingan rakyat  Sabah yang kini terlalu jauh ketinggalan kebelangkan dari semua aspek

Wong berkata ekoran pengumuman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan pada 22 April untuk membekukan pengambilan penjawat awam baru, sebanyak 15 agensi kerajaan, termasuk kesihatan dan perubatan, polis, angkatan tentera dan lain-lain menerima arahan supaya menghentikan pengambilan kakitangan awam yang baru, ini ditafsirkan sebagai cara kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan awam. 


Beliau berkata, potong bajet dan mengurangkan perbelanjaan, tidak patut mengorbankan kepentingan rakyat, terutamanya sektor awam yang melibatkan kehidupan dan kesejahteraan berjuta-juta rakyat.

Pada pandangan beliau, kini terutamanya di Sabah, banyak sektor sosial awam, termasuk pendidikan dan perubatan adalah kekurangan tenaga kerja untuk berkhidmat kepada rakyat, jika terburu-buru untuk membekukan pengambilan kakitangan awam, ia mungkin mengakibatkan kakitangan perkhidmatan awam di Sabah semakin tidak mencukupi, justeru itu membawa kesan kepada rakyat.

Sebagai contoh, pada masa ini di Sabah adalah salah sebuah negeri yang paling kekurangan doktor, berbanding dengan statistik negara, nisbah doktor kepada penduduk di Sabah adalah seorang doktor bagi setiap 1234 penduduk, manakala seluruh negara adalah 1 kepada 633, dua kali ganda lebih baik daripada Sabah. 

Nisbah doktor kepada penduduk di negara ini mencapai tahap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tetapi Sabah pula jauh ketinggalan, dan ini juga menunjukkan masalah kekurangan doktor adalah serius, masalah ini perlu ditangani.


Beliau juga berkata, suratkhabar baru-baru ini menyatakan bahawa hospital awam penuh sesak, dan tidak mampu menampung permintaan, ini telah menjadi satu masalah yang besar. Ramai pesakit terpaksa menahan kesakitan menunggu lama.

Jika kerajaan menjimatkan wang dengan mengorbankan perkhidmatan kesihatan dan perubatan di Sabah, berhenti mengambil kakitangan perubatan untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit, ia akan mendatangkan kesan yang sangat serius, ini merupakan satu langkah yang mempertaruhkan nyawa.

Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa sekolah-sekolah Sabah kini, terutamanya di kawasan luar bandar atau kawasan pedalaman adalah kekurangan guru, ini merupakan masalah yang berterusan, jika kerajaan benar-benar tidak mengambil guru baru untuk mengajar di Sabah, maka pelajar yang tidak bersalah akan menjadi mangsa. 

Wong  berkata, dasar kerajaan perlu memberi keutamaan kepada keperluan asas rakyat seperti kesihatan dan pendidikan, walaupun demi mengurangkan perbelanjaan, pendidikan dan kesihatan tidak boleh dipermainkan.

GAMBAR Hiasan saja Foto Free Sandakan Today.com


Beliau juga menyebut tentang masalah keselamatan Sabah. Disebabkan keselamatan di Sabah semakin teruk,  bilangan polis di Sabah semakin tidak mencukupi, kerajaan perlu menambah bilangan polis untuk menjaga keselamatan masyarakat, kerana ini berhubungkait dengan keselamatan nyawa dan harta benda, kerajaan harus memperkuatkan sektor ini.

Kata beliau, adalah lebih baik dan lebih praktikal untuk memulakan pengurangan bajet dari Jabatan Perdana Menteri, dan ianya tidak menjejaskan kehidupan rakyat. 


Pada tahun ini, bajet Jabatan Perdana Menteri adalah 7% daripada jumlah perbelanjaan, atau sejumlah 19 bilion ringgit, termasuk 7 billion ringgit dana penyelarasan yang tujuannya tidak diketahui. Ini adalah dana untuk digunakan oleh Perdana Menteri, langsung tidak berhubungkait dengan kehidupan rakyat . Beliau bertanya, mengapakah perlu mengurangkan belanjawan sektor kesihatan dan pendidikan, dan bukannya memotong dana penyelarasan yang begitu banyak?

Beliau menggesa kerajaan supaya bertimbang rasa, terutamanya merasai masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah. 

Kini Sabah masih mundur dan miskin, kerajaan tidak patut mengurangkan perbelanjaan di Sabah, apatah lagi sektor perkhidmatan awam yang berkaitan dengan kehidupan rakyat, kerana jika berlakunya kesilapan, ia akan menjejaskan kepentingan rakyat Sabah dengan serius.

WONG SELAR PRESIDEN MPS TIDAK PUNYA TANGGUNGJAWAB MENANGANI PELBAGAI MASALAH RAKYAT

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Kegagalan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menangani masalah Pasar Umum yang berdepan pelbagai masalah  ini menggambarkan kegagalan Presiden MPS dalam menjalankan urusan pentadbiran.

Bahkan bukan saja  pasar umum  yang berdepan masalah banyak lagi tempat-tempat khususnya di kawasan-kawasan taman perumahan  kalau bukan masalah parit mahu juga rumput panjang termasuk sampah sarap.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong mencabar kepada  Presiden MPS James Wong  agar meletakan jawatan jika tidak berupaya dan mampu menjalankan tugas untuk berkhidmat kepada masyarakat dan lebih baik diberikan kepada orang yang benar-benar berminat bukan makan gaji buta semata-mata.

Wong berkata demikian selepas  meninjau Pasar Umum bandar Sandakan bersama dengan pembantu khas Amsi Liew, pada hari Rabu yang lalu. Semasa peninjauan,

Wong menerima banyak aduan dan kebanyakan adalah di bawah skop pengurusan MPS yang tidak terurus memantau menyenggelarakan apa juga masalah yang terdapat diluar dan dalam pasar.



Beliau mendedahkan bahawa terdapat 40 buah kipas angin di pasar umum telah rosak, menyebabkan para penjaja dan pengunjung mengalami kepanasan, orang ramai tidak lagi mengunjung ke pasar disebabkan masalah ini, justeru menjejaskan perniagaan penjaja.

Wong berkata, menurut aduan, kerosakan kipas angin telah berlaku selama 3 hingga 6 bulan, adakah Presiden MPS pernah melawat ke pasar? Adakah beliau sedar akan masalah berkenaan?

Wong juga diberitahu bahawa MPS ingin menukarkan semua kipas dinding kepada kipas gantung, tetapi sebelum pelaksanaan tersebut, MPS patut membaikpulihkan 40 buah kipas angin yang telah rosak, untuk melancarkan pengaliran udara, ini adalah amat penting.


Beliau berpendapat bahawa, Presiden MPS dan para ahli majlis harus mengambil berat dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat, ini adalah tugas dan tanggungjawab mereka. Jangan lupa gaji dan elaun mereka adalah daripada rakyat, jika masalah masyarakat yang asas juga tidak mampu diatasi, maka mereka patut disalahkan dan harus meletak jawatan.

Wong bertanya, berapa kali Presiden MPS mengunjung ke pasar umum selama 6 tahun berada di Sandakan? Sejak kebelakangan ini, masalah kebersihan di kawasan bandar Sandakan amat teruk sekali, adakah pihak MPS, Presiden MPS dan para ahli majlis akan berasa malu?

Beliau mengingatkan Presiden MPS Datuk James Wong, beliau berada di Sandakan adalah untuk berkhidmat kepada warga Sandakan, bukanlah untuk mengangkat-angkat Ketua Menteri ataupun Menteri, orang Sandakan telah hilang sabar dengan beliau. 

Wong sebagai MP Sandakan juga tidak dapat bersabar dengan beliau lagi.

Kata Wong, sejak bulan September tahun lalu, beliau telah berkali-kali menghantar surat mengenai masalah Sandakan kepada Presiden MPS, namun sehingga kini tiada sebarang balasan yang diberikan oleh beliau. Penjawat awam tidak patut bersikap demikian, dan Sandakan juga tidak memerlukan Presiden MPS seperti ini. 


PERUTUSAN WAN AZIZAH MENGENAI KEJAYAANNYA MENUMBANGKAN CALON BN PERMATANG PAUH PRK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, pertamanya saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT, di atas kurnia-Nya, memberi kemenangan kepada calon KEADILAN bagi Pilihan Raya Kecil P.44 Permatang Pauh yang berlangsung hari ini, 7 Mei 2015.
Kemenangan hari ini adalah bukti bahawa rakyat, khususnya pengundi-pengundi di Permatang Pauh, mahukan sebuah Pakatan Rakyat yang kuat.
Kemenangan ini, bukan hanya kemenangan KEADILAN sahaja. Tetapi ianya adalah kemenangan rakyat, yang menentang kezaliman Barisan Nasional terhadap Saudara Anwar Ibrahim dan ianya merupakan suatu referendum rakyat menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penentangan terhadap rasuah dan salahguna kuasa.
Dalam Pilihan Raya Kecil ini, kita menyaksikan peningkatan undi kepada KEADILAN sekitar 4 hingga 5 peratus daripada kalangan masyarakat Melayu, khususnya anak-anak muda.
Ternyata pemenjaraan bermotifkan politik oleh Barisan Nasional terhadap Saudara Anwar, menzahirkan simpati yang tinggi dan ianya adalah bukti bahawa beliau masih relevan kepada rakyat.
Menerusi Pilihan Raya Kecil ini menterjemahkan manifestasi kepada kekecewaan rakyat terhadap kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dipenuhi dengan pelbagai ketirisan, kemewahan pemimpin dan pelbagai skandal, terutamanya skandal 1MDB, yang terkini terpaksa menggunakan dana dari Tabung Haji.
Pilihan Raya Kecil ini adalah pencetus dan pemberi inspirasi kepada sebuah gerakan rakyat yang lebih besar untuk menuntut suatu perubahan yang total, bagi mengembalikan negara ke landasan yang betul.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh kepimpinan serta pendukung Pakatan Rakyat, daripada KEADILAN, PAS dan DAP yang sejak awal-awal lagi bertungkus lumus membantu kita memenangi pilihan raya ini.
Walaupun saya, Saudara Anwar dan KEADILAN difitnah menerusi media arus perdana setiap hari, walaupun mereka berusaha sedaya upaya memburukkan prestasi saya di Kajang, walaupun mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memecah belahkan kesatuan kita dengan pelbagai isu, namun ternyata segala tohmahan mereka tidak berkesan.
Terima kasih kepada pegawai SPR dan polis yang bertugas untuk memastikan Pilihan Raya Kecil ini berjalan lancar.
Bagi pihak KEADILAN, insya Allah segala isu dan permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat sepanjang Pilihan Raya Kecil ini, akan kami tangani seberapa segera. Untuk itu juga kita berterima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang sudah membuat pengumuman untuk membantu kita di Permatang Pauh ini.
Terima kasih rakyat Permatang Pauh yang sudi menerima Kak Wan untuk kembali berbakti. Reformasi! Hidup Rakyat!
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
Calon KEADILAN Permatang Pauh.
Top of Form
Like · Comment · Share
Bottom of Form


WAN AZIZAH MENANG MAJORITI 8,841 UNDI TEWASKAN CALON BN PRK PERMATANG PAUH

Rasmi: PKR menang, majoriti 8,841

OLEH: DZULKIFLIE AHMAD
SHAIMON S JUMADI

Keputusan langsung PRK Permatang Pauh:

10.17pm: KEPUTUSAN RASMI

BN- 21,475
bebas- 367
PKR - 30,316
PRM- 101
Majoriti: 8,841

Dalam pilihan raya umum lalu Anwar menewaskan calonBN Mazlan Ismail dan Abdullah Zawawi Samsudin dengan majoriti 11,721 undi.

9.56pm: Walaupun kecewa, Pengarah Pilihan Raya BN Datuk Seri Zahid Hamidi dan calon Suhaimi Sabudin menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil itu dengan hati terbuka.
9.37pm Calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di Pusat Penjumlahan Undi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam pada jam 9 malam.

Beliau memasuki dewan IKBN dan diiringi pimpinan Pakatan antaranya Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Pimpinan Pakatan yang tiba lebih awal dari Wan Azizah di dewan ini ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Kesemua pimpinan dilihat berbual sesama mereka sambil tersenyum. Malah, DAP Pulau Pinang turut menghadiahkan Wan Azizah sejambak bunga sebagai simbol "kemenangan".
9.27pm: Keputusan tak rasmi daripada bilik gerakan utama PKR:

PKR: 30,504
BN: 20,586
Bebas: 359
PRM: 98
8.35pm: Analisis segera: Undi popular nampaknya tak banyak berubah.

8.28pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

BN 20019
Bebas 350
PKR 29561
PRM 96
Majoriti 9542
8.13pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

BN 18633
Bebas 342
PKR 27971
PRM 98
Majoriti 9338

8.04pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:
BN 17939
Bebas 328
PKR 26631
PRM 96
Majoriti 8692

7.54pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

BN 16497
Bebas 269
PKR 23745
PRM 95
Majoriti 7248

Keseluruhan sokongan PKR kini 58.47 peratus, rendah sedikit berbanding PRU lalu sebanyak 59.19 peratus.
7.52pm Corak pengundian setakat ini tunjukkan peralihan undi antara BN dan PKR antara 0.1 hingga 3 peratus. Jumlah pengundi faktor utama pengaruhi jumlah majoriti.
7.37pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

Bn 14034
Bebas 244
PKR 20727
PRM 89
Majoriti 6693
7.24pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

BN  10588
Bebas 173
PKR 16009
PRM 62
Majoriti 5421
7.18pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

BN 9793
Bebas 163
PKR 14958
PRM 60
Majoriti 5165
 
7.15pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

PKR 14,540
BN 9,550
Bebas 163
PRM 60
Majoriti 5,027
7.07pm: Keputusan tidak rasmi setakat ini:

PKR: 12,008
BN: 7,863
Bebas: 146
PRM: 50
Majoriti: 4,145

5.33pm: Peratusan keluar mengundi selepas peti undi ditutup sebanyak 73 peratus, turun 15.3 peratus berbanding pilihan raya umum lalu.

Angka itu bukan petanda baik untuk PKR yang sebelum ini menyatakan kebimbangan terhadap peratusan keluar mengundi lebih rendah yang dipercayai boleh menjejaskan sokongan mereka.

5pm: Peti undi ditutup dengan peratusan keluar mengundi setakat jam empat sebanyak 69 peratus.

Pada pilihan raya umum lalu 2013, peratusan keluar mengundi sebanyak 88.3 peratus.

Pengiraan undi bermula dan keputusan dijangka diumumkan sebelum jam 10 malam.

3.50pm: Setakat 3 petang, 45,333 (63.06 peratus) daripada 71,252 telah mengundi.

1.43pm: Pengarah pilihan raya DAP Steven Sim mendakwa seorang warga emas Tan Soo Eng, 70, menjadi mangsa pengundi hantu.

Anggta Parlimen Bukit Mertajam itu mendakwa Tan mendapati undinya dibuat oleh pihak lain di saluran A dan B di pusat pengundian SRJKC Jit Sin.

“Dia pergi ke pusat (pengundian) pada jam 11 pagi ini dan dapati seseorang telah mengundi menggunakan nama dan kad pengenalannya,” dakwa Sim.

“Pegawai SPR yang bertugas mahu menandakan jarinya dengan dakwat kekal tetapi dihentikan oleh agen pengundian kerana Tan tidak mengundi sebaliknya dibuat oleh orang lain.”

1.40pm: Jumlah keluar mengundi setakat 1 petang sebanyak 35,752 atau 49.73 peratus.

1.09pm: Jumlah keluar mengundi setakat 12 tengah hari sebanyak 30,865 atau 43 peratus.

12.40pm: Kira-kira lapan buah trak polis berada di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat berikutan pergaduhan berlaku antara penyokong BN dan PKR.

Terdapat penyokong yang cedera semasa pergaduhan itu telah dihantar ke hospital.

Pada ketika ini puluhan anggota polis antirusuhan kini berkawal di hadapan sekolah tersebut.

Seramai kira-kira 200 penyokong BN dan PKR berada bertentangan jalan di sekitar Tanah Liat.

Turut kelihatan exco Pemuda Umno Arman Azha Abu Hanifah dan dan Ibdilillah Ishak dalam kalangan penyokong BN.

Pada ketika ini juga berlaku perang mulut antara penyokong BN dan PKR. Penyokong PKR "boo" dan melaungkan "BN bodoh".

Sementara itu, seorang wartawan KLXpress, Mahathir Mohammad turut cedera ketika pergaduhan di Tanah Liat.

Beliau cedera di kepala didakwa dipukul dari belakang semasa menjalankan tugas.

11.50am Pengarah Pilihan Raya DAP Steven Sim mendakwa terdapat kes pengundi hantu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jit Sin.

“Kami akan buat laporan pada jam 12 tengah hari,” kata anggota Parlimen Bukit Mertajam itu.

11.44pm Jumlah pengundi yang keluar mengundi setakat 11.00 pagi sebanyak 33.44 peratus atau 24,042
orang.

10.45am: Peratusan keluar mengundi 22.91 setakat jam 10 pagi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Nasib empat calon akan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh terjawab hari ini.

Mereka ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia atau PRM) dan Salleh Isahak (bebas).

Kerusi itu kosong susulan kegagalan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan pengampunan diraja atas kesalahan meliwat.

Azizah dianggap calon pilihan di kerusi tradisi Anwar itu.

Bagaimanapun, jika lebih 6,000 pengundi luar tidak pulang mengundi, susulan hari bekerja di negeri latihan, majoriti PKR mungkin terjejas.

Dalam pilihan raya umum lalu Anwar menewaskan calonBN Mazlan Ismail dan Abdullah Zawawi Samsudin dengan majoriti 11,721 undi.

Permatang Pauh mempunyai 71,699 pemilih dengan 70 peratus Melayu, 23 peratus Cina dan 6 peratus India. POSTED BY FREE SANDAKAN TODAY.COM
:




MP BATU SAPI BANTU BAIKI KEROSAKAN BANGUNAN TABIKA KEMAS KAMPUNG GAS

OLEH: LEE KON CHOI@ABDULLAH LEE
SHAIMON S JUMADI


GAMBAR KELIHATAN…….Linda bersama pegawainya , pemimpin pemimpin Wanita UMNO Batu Sapi, guru-guru serta murid-murid Tadika KEMAS Kampung Gas Tengah



BATU SAPI:-   Kemudahan asas Tabika KEMAS Kampung Gas Tengah di Jalan Batu Sapi yang rosak dan usang akan dibaiki demi keselesaan dan keselamatan murid-murid yang belajar disitu.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin selepas meninjau sendiri keadaan tadika tersebut bersama para pegawai dari Pejabat Perhubungan Parlimen Batu Sapi termasuk Ketua Pegawai Perhubungan Kong Nyuk Thou dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi Rahimah Asrah.

“Saya telah mengadakan lawatan untuk mengenalpasti kerosakan-kerosakan berkenaan selepas dimaklumkan oleh pihak tadika berhubung masalah yang dihadapi oleh (tadika) mereka. ,” Linda said.

Beliau bersetuju untuk menggunakan peruntukan Ahli Parlimen beliau untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikian kemudahan-kemudahan yang perlu dibaiki dalam tempoh terdekat ini.

Pihak tadika berterima kasih kepada Linda kerana keprihatinan beliau tentang masalah yang dihadapi oleh tadika mereka dan juga para masyarakat di kawasan Parlimen Batu Sapi.

JAAFAR .........MINTA PUSAT PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN DIURUS SEMULA OLEH KERAJAAN

OLEH: SHAIMON S JUMAD


BANGUNAN BELIA... nilah Pusat Pembangunan Belia dan Sukan atau PPBS yang terletak di lokasi strategik Pasir Putih, Jalan Bokara dikatakan kononnya tidak lagi berfungsi 



SANDAKAN: Penasihat Persatuan Belia Kg Air, Jafar Mustafah mencadangkan kepada kerajaan agar Pusat Pembangunan Belia dan Sukan (PPBS) di Pasir Putih, Jalan Bokara dekat sini diurus semula supaya matlamatnya tercapai dalam usaha mahu melihat para belia lebih cenderung kepada kesihatan dan kecergasan.

Ini katanya, banyak persatuan yang melibatkan pembangunan belia berdaftar terutamanya di kawasan Parlimen Batu Sapi maka adalah elok kiranya PPBS diselia dengan baik bagi mencapai segala objektif.

"Pada saya, cadangan ini adalah bagi kebaikan kita semua khususnya Generasi Y yang merupakan aset terpenting kepada pembangunan negara jadi pusat sedia ada wajar diurus semula.

"Bayangkan, pihak kerajaan telah berbelanja wang yang banyak untuk menyediakan sebuah PPBS di kawasan Parlimen Batu Sapi yang terletak di dalam DUN 44 Karamunting, lokasinya amat bersesuaian dan paling strategik kerana berdekatan pantai di mana ramai belia berjoging dan beriadah," jelasnya kepada New Sabah Times kelmarin.

Jafar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Air berkata pusat tersebut memberikan manfaat kepada belia dan beliawanis dari sekitar Karamunting dan Sekong seperti Kampung Sheeng Kee; Kampung Pasir Putih; Taman Melanta; Kampung Bokara, Kampung Air; Kampung Karamunting; Perumahan MPS; Kampung Bahagia dan kampung-kampung lain.

Beliau menambah bahawa belia-belia yang berpersatuan dan aktif dalam bidang kecergasan sudah tentu dapat memanfaatkan segala kemudahan yang lengkap terdapat di pusat tersebut.

Namun begitu, ujarnya, apa yang mereka sedia maklum bahawa jurulatihnya telah tiada sekali gus menyebabkan tidak berfungsi langsung pusat kecergasan itu.

"Apakah pusat sebegini hidup dan aktif mengikut jurulatih atau mengikut pengurusan yang aktif. Apabila pengurusan sudah tiada, maka tidak berfungsilah pengurusannya," tanya Jafar.

Sehubungan dengan itu, beliau mahu pihak kerajaan bertindak agar PPBS dapat diaktifkan semula demi kebaikan Generasi Y yang aktif dalam bidang sukan dan kecergasan," jelasnya.




JAMES RATIB DAN SELURUH AHLI UMNO BELURAN IKRAR SOKONGAN PADU KEPIMPINAN MUSA

OLEH:  SHAIMON S JUMADI
 .
- SEMANGAT 1MALAYSIA ... James (duduk, tiga dari kiri) bersama ketua-ketua cawangan dan sayap parti Umno bagi Zon Sungai-Sungai memberikan isyarat 1Malaysia sejurus selesainya persidangan secara berkelompok zon tersebut


- SOKONGAN PADU ... Ikrar taat setia terhadap pucuk kepimpinan parti keramat Umno disampaikan ketua-ketua cawangan dan sayap parti Umno Zon Sungai-Sungai yang juga menyaksikan mereka akan berdiri teguh di bawah kepimpinan James Ratib sebagai Adun Sugut dan Ketua Bahagian Umno Beluran 



BELURAN: Sokongan padu tidak berbelah-bagi disuarakan ketua-ketua cawangan Umno Zon Sungai-Sungai terhadap kepimpinan Perdana Menteri selaku Presiden Parti iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sokongan juga turut diberikan kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri serta Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Musa Haji Aman.

Ikrar taat setia ini disampaikan oleh Ketua Umno Cawangan Kampung Sungai-Sungai, Doing Hassim yang mewakili para ketua cawangan; ketua-ketua sayap dan seluruh ahli Umno pada Persidangan Secara Berkelompok Cawangan-Cawangan Umno Beluran bagi zon tersebut.

"Kami juga menyuarakan sokongan yang padu kepada wakil rakyat Sugut selaku Ketua Umno Bahagian Beluran iaitu Datuk James Ratib sebagai pemimpin kami di kawasan ini yang amat prihatin terhadap apa jua keperluan rakyat jelata.

"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan beliau untuk hadir bagi menyempurnakan persidangan berkelompok yang julung-julung kalinya diadakan di Dewan Mini, Kampung Sungai-Sungai Sugut," katanya ketika berucap dalam persidangan secara berkelompok itu, baru-baru lepas.

Mengulas lanjut, beliau berkata inilah buat julung kalinya ahli-ahli Umno Beluran Zon Sungai-Sungai mengadakan persidangan secara berkelompok sejak James selaku Pengerusi Penyelaras BN Beluran mengambil-alih jawatan ketua bahagian pada tahun 2008.

Antara lain pengisian pada persidangan secara berkelompok itu, menyaksikan penyerahan borang permohonan penubuhan cawangan baharu Umno penaja oleh lima orang Ketua Cawangan Umno Penaja.

Doing yang juga merupakan Pemaju Masyarakat Sungai-Sungai turut menyatakan bahawa seluruh ahli-ahli Umno khususnya Zon Sungai-Sungai sentiasa menghargai jasa mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad dan segala usaha murninya memajukan negara sentiasa dalam ingatan.

"Sebagai rakyat akar umbi dan ahli kepada parti keramat Umno, kami amat berterima kasih kepada Tun Dr.Mahathir dan beliau sentiasa kami sayangi sebagai pemimpin tersohor.

"Ahli-ahli Umno Beluran bagi Zon Sungai-Sungai ini juga akan berdiri teguh bersama-sama Datuk James Ratib dalam mempertahan, memperkasa dan memperjuangkan Umno serta BN di bawah pucuk kepimpinan Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Musa yang merupakan gandingan mantap serta pemimpin terbaik kita," ujarnya.

.