AHLI-AHLI UMNO SEMPORNA-KUNAK-LAHAD DATU-SILAM DAN TAMBISAN AKAN KELUAR UMNO DAN MENYERTAI PEMBANGKANG


OLEH AZMIE AZMAN &
PAPARAZI

BERCAKAP tentang  pemecatan Datuk Mohd Shafie Hj Abdal kini telah menjadi isu besar di kalangan ahli-ahli UMNO di Semporna, Kunak, Lahad Datu Silam dan Tambisan dan menjadi tajuk perbualan di warung-warung dan dikedai-kedai mamak.

Rata-rata penyokong tegar UMNO  telah marah dengan Najib dan lain-lain pemimpin khususnya ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana tidak puas hati dengan Shafie.

Dengan itu sudahlah Shafie telah kehilangan jawatan sebagai Menteri Kemajuan  dan Pembangunan Luar Bandar ini pula disusuli dengan pemecatan daripada menjadi ahli UMNO.

Shafie yang mempunyai pengaruh besar bukan saja di kawasan Pantai Timur Sabah bahkan sehingga di Semenanjung  kesan buruk jika Shafie dipecat nanti.

Sabah Insider telah menjelaja di tiga kawasan antaranya Semporna, Lahad Datu dan Kunak di mana pihak kami telah menghantar krew kami untuk membuat tinjauan  mengenai situasi politik di ketiga daerah itu untuk mendapatkan komen-komen.

Dalam pertemuan beberapa orang ahli UMNO di Semporna memang rata-rata mereka murkah dengan pucuk pimpinan UMNO yang tergamak menyingkir seorang tokoh politik tanah air yang berpengaruh besar iaitu Shafie Abdal.

Jika menjadi kenyataan Shafie Abdal dipecat sebelum perhimpunan Agung UMNO ini maka ahli-ahli UMNO dari Semporna, Kunak, Silam Lahad Datu dan Tambisan sekiranya Shafie Abdal menyertai Parti Amanah Negara (PAN) atau PKR mereka semua satu hati keluar dari UMNO yang mengikut jejak Shafie menyertai PKR dan AMANAH.

Pastinya UMNO di Sabah pada menjelang PRU14 nanti memang banyak kehilangan kerusi di sebelah pantai Timur, silap langkah UMNO/BN gagal membentuk kerajaan Negeri.

Pepatah mengatakan jangan dijulok sarang tebuan nanti binasa akhirnya  begitulah Shafie diibaratkan sarang tebuan kena kacau saja memang UMNO berbahaya.